Sempena Hari Kemerdekaan mari pelajari asal-usul Jalur Gemilang

Daaa
Sempena Hari Kemerdekaan mari pelajari asal-usul Jalur Gemilang

Bendera merupakan sebuah lambang dan imej kepada sesebuah negara dan ianya menjadi tanggungjawab semua masyarakat untuk sama-sama menjaganya. Baru-baru ni telah tular tentang isu bendera kita iaitu Jalur Gemilang yang telah diterbalikkan oleh rakyat yang tidak bertanggungjawab. Tapi, korang tahu tak macam mana sejarah bendera Jalur Gemilang negara kita tu tercipta? Biar kami ceritakan…

Jalur Gemilang merupakan sebuah hasil idea seorang arkitek kerajaan negeri Johor…

Jalur Gemilang bermula apabila Majlis Raja-Raja Persekutuan Tanah Melayu telah menubuhkan satu jawatankuasa pada tahun 1949 untuk menimbang serta membuat perakuan berkaitan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu dan akhirnya satu pertandingan merekacipta bendera Persekutuan Tanah Melayu telah diadakan dalam tahun tu. Untuk pengetahuan korang, seramai 373 orang telah mengambil bahagian dan turut serta dalam pertandingan tersebut yang mana pada akhirnya hanya tiga reka bentuk bendera sahaja yang telah terpilih dan layak untuk ke peringkat akhir. Bukan main banyak lagi penyertaan kan?

Encik Mohamad bin Hamzah. Via FB

Seterusnya, sebelum mereka memilih reka bentuk bendera yang layak untuk bergelar juara, Majlis Perundangan Persekutuan telah menjemput orang ramai untuk memberi pendapat mereka masing-masing tentang reka bentuk yang disukai oleh mereka. Pada 28 November 1949, satu keputusan telah pun dibuat berdasarkan suara majoriti orang ramai yang memilih reka bentuk ketiga yang telah dicipta oleh seorang arkitek kerajaan di negeri Johor pada ketika itu iaitu Encik Mohamad bin Hamzah.

Namun, pada 22 dan 23 Februari 1950 pihak Mesyuarat Majlis Raja-Raja telah buat beberapa pindaan terhadap reka bentuk bendera tersebut yang mana akhirnya pada 19 April 1950, Majlis Perundangan Persekutuan telah meluluskan usul yang dibentangkan oleh Pemangku Ketua Setiausaha Negara seperti yang berikut:

“That in the opinion of this Council, the Flag of the Federation of Malaya should be as follows:-

Eleven horizontal stripes alternately red and white in colour, the uppermost stripe being red, having a blue quarter with a cresent and eleven-pointed star in yellow superimposed, the standard size of the flag to be six feet by three feet.”

King George VI, orang yang bertanggungjawab meluluskan reka bentuk bendera Malaysia…

Kalau korang nak tahu, reka bentuk tersebut telah diubah dengan menukarkan warna putih pada bulan dan bintang kepada warna kuning untuk melambangkan warna diraja bagi raja-raja Melayu dan juga mereka menambah bucu bintang kepada 11 bucu untuk mengambil kira jumlah negeri yang terdapat dalam Persekutuan Tanah Melayu pada ketika itu.

Akhirnya pada 19 Mei 1950, reka bentuk bendera tu dapat kelulusan daripada King George VI dan bendera Persekutuan Tanah Melayu telah dikibarkan buat kali pertamanya dalam majlis menaikkan bendera yang dianjurkan oleh Pesuruhjaya Tinggi British pada 26 Mei 1950 di perkarangan Istana Sultan Selangor dan turut dihadiri oleh D.Y.M.M. Raja-Raja Melayu serta Para Pegawai King George VI.

Via mohdnajib27.blogspot.com

Percantuman serta kemasukan negeri Sabah, Sarawak dan Singapura ke dalam Persekutuan Tanah Melayu akhirnya telah melahirkan sebuah negara baru yang diberi nama sebagai Malaysia. Dengan percantuman itu, bendera Persekutuan Tanah Melayu telahpun diubahsuai bagi mengambil kira penambahan kepada negeri-negeri tersebut. Pada masa tu, barisan Raja-Raja Melayu dan Tuan yang terutama Gabenor-Gabenor dalam satu Persidangan Majlis Raja-Raja menjelang pembentukan negara Malaysia telahpun memperkenankan reka bentuk bendera Malaysia hendaklah mengikut reka bentuk bendera Persekutuan Tanah Melayu namun harus melakukan sedikit pengubahsuaian pada bilangan jalur-jalur dan bintang berbucu 14 bagi menunjukkan bahawa terdapat 14 buah negeri baru di dalam negara Malaysia.

Walaupun Singapura telah berpisah daripada kerajaan Malaysia pada 9 Ogos 1965, namun jalur dan bintang berbucu 14 yang terdapat pada bendera negara kita terus dikekalkan sehinggalah ke hari ini. Kini, jalur dan bintang berbucu 14 melambangkan 13 buah negeri yang terdapat dalam negara Malaysia dan satu Kerajaan Persekutuan yang terdiri daripada 3 iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Bagaimana bendera Malaysia mendapat nama Jalur Gemilang…

Pada malam 31 Ogos 1997 bersempena dengan Hari Kemerdekaan negara yang ke-40, Perdana Menteri pada ketika itu iaitu Tun M telah mengisytiharkan nama bendera Malaysia sebagai Jalur Gemilang di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Sebelum itu, pada tahun 1995, Datuk Hashim Mat Dris telah mencadangkan bendera Malaysia diberikan sebuah nama rasmi seperti bendera kebangsaan negara lain contohnya Indonesia (Sang Saka Merah Putih), United Kingdom (Union Jack), Amerika Syarikat (Star Spangled Banner) dan Perancis (Tricolor).

Pada masa tu, Datuk Hashim telah meberikan cadangan agar bendera Malaysia dinamakan sebagai “Si Tuah” bersempena dengan nama Hang Tuah. Cadangan tersebut kemudiannya telah diusulkan kepada Tun M. Pada 11 Julai 1995, Tun M telah bersetuju untuk mengadakan satu peraduan bagi memilih nama yang sesuai untuk bendera Malaysia. Oleh itu, satu Jawatankuasa Induk Peraduan Mencipta Nama Bendera Malaysia akhirnya ditubuhkan. Jawatankuasa tersebut telah dipengurusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid dan dianggotai oleh wakil daripada beberapa kementerian dan agensi yang berkenaan.

Via OhBulan

Pada 1 April 1996, jawatankuasa induk peraduan mencipta nama bendera Malaysia telah bersetuju untuk tidak memilih nama bendera Malaysia melalui peraduan tetapi hanya memilih melalui senarai cadangan nama yang dikemukakan oleh ahli-ahli jawatankuasa yang terdiri daripada wakil-wakil kementerian dan agensi-agensi yang berkaitan.

Via: giphy

Untuk pengetahuan korang, jawatankuasa tersebut telah buat penilaian terhadap 75 cadangan nama yang telah dikemukakan. Setelah melakukan penilaian dan penilitian, tiga cadangan nama yang telah dipilih iaitu “Setia Perkasa”, “Seri Setia Perkasa”, dan “Seri Setia Negara”. Cadangan nama-nama tu telah dipilih kerana ianya amat sesuai dengan lambang sejarah dan perjuangan negara serta mampu memupuk semangat jitu dalam kalangan rakyat.

Namun, apabila cadangan nama tersebut dikemukakan kepada jemaah Menteri, tiada satu nama pun yang mampu memikat hari mereka dan ahli mesyuarat Kabinet berpandangan bahawa ia tidak benar-benar melambangkan sifat dan semangat yang diwakili oleh bendera Malaysia itu sendiri dan mereka telah mengarahkan agar jawatankuasa induk menamakan bendera Malaysia untuk mencari cadangan nama baru.

Via Harian Metro

Pada 2 Jun 1997, dalam sebuah mesyuarat yang telah dipengurusikan oleh Tan Sri Abdul Halim Ali yang merupakan Ketua Setiausaha Negara pada ketika itu telah mempertimbangkan 28 cadangan nama yang baru dan telah menyenarai pendekkan tiga nama iaitu “Jalur Gemilang”, “Jalur Nusa Gemilang”, dan “Jalur Sinar Gemilang”. Setelah cadangan nama tersebut dibentangkan pada 9 Julai 1997 akhirnya para jemaah menteri telah bersetuju dan bersepakat untuk memberikan nama bendera Malaysia sebagai “Jalur Gemilang”. Nama “Jalur Gemilang” telah di ilhamkan oleh Tuan Haji Md. [email protected] Redzuan bin Tumin yang merupakan seorang pegawai daripada Jabatan Muzium Antikuiti pada ketika tu.

Semarakkan cinta kepada identiti negara kita sendiri…

Boleh tahan susah juga kan nak menghasilkan sebuah lambang dan identiti negara seperti bendera ni? Oleh sebab itu, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya berasa bersyukur dan menghargai hasil usaha keras rakyat pada masa dahulu dalam menjadikan negara kita sebuah negara yang mempunyai identiti sendiri sehinggalah ke hari ini.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print