Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
L1
Sukan

Lee Chong Wei sumbang 2 juta, masih berharap emas di Tokyo…

By Subeditor
October 14, 2019 3 Min Read
Comments Off on Lee Chong Wei sumbang 2 juta, masih berharap emas di Tokyo…

Kami ada sebab yang kukuh untuk katakan kami memang minat gila-gila dengan Lee Chong Wei. Bukan setakat pantas di gelanggang, tapi dia juga ada perwatakan yang menarik. Kalau korang perasan Lee Chong Wei dah macam simbol perpaduan rakyat Malaysia; setiap kali dia main, seluruh rakyat Malaysia ada kat belakang dia.

https://www.youtube.com/watch?v=8wI6NOG0mLg

Baru-baru ni karakter baik yang ada pada dia makin menonjol – dia dermakan sejumlah wang yang besar. Secara logiknya, kalau kami jadi orang yang dah banyak berjasa; kamilah yang mintak duit. Okay, gurua je. Apa-apa pun, ini cerita dia…

Salurkan 2 juta ringgit untuk BAM dan MSN, rancang nak taja atlet berpotensi…

Lee Chong Wei yang salurkan dana RM2 juta kepada Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan Majlis Sukan Negara (MSN) menerusi Yayasan Lee Chong Wei.

Atas rasa kecintaan terhadap sukan yang jadi darah dagingnya sejak 19 tahun lepas, Chong Wei sumbangkan RM1.4 juta kepada BAM untuk pembangunan sukan badminton. Untuk MSN pulak, dia salurkan RM600,000 untuk tujuan persediaan atlet bagi menghadapi temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.

L1
Macam ayah dan anak. Via NST

“Beraksi di Sukan Olimpik Tokyo 2020 adalah impian saya, tapi saya terpaksa bersara atas sebab kesihatan. Jadi saya harap dengan dana ini, dapat bantu persediaan atlet untuk mereka melayakkan diri ke temasya itu,” Lee Chong Wei kepada pemberita selepas majlis sambutan kemuncak Bulan Sukan Negara di perkarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, seperti yang dilaporkan oleh Free Malaysian Today

Dia kata, yayasan tu juga sedang meneliti cadangan untuk menaja mana-mana atlet yang berpotensi bagi meneruskan karier diorang dalam bidang sukan selain mereka yang sukar mendapat tajaan daripada sektor swasta.

Via Giphy

Untuk mereka yang nak beraksi dalam Olimpik pulak, Chong Wei yang juga ketua kontinjen negara nasihatkan atlet agar menghindarkan diri daripada dilanda kecederaan dalam usaha mereka memburu slot ke temasya lima tahun sekali itu.

“Saya sendiri tidak berjaya menyumbang pingat emas buat negara, namun saya harap atlet yang akan saya bawa ke Tokyo boleh berbuat demikian. Tapi apa yang penting sekarang, kita jangan beri tekanan kepada atlet dulu,” – Lee Chong Wei, seperti yang dilaporkan FMT

Lee Chong Wei nasihat elakkan kecederaan, dan cerita kehidupan selepas bersara

Lee Chong Wei ada kata jugak, Sukan Olimpik adalah temasya terbesar dunia dan sudah pasti cabaran memang sukar. Atlet perlu kuatkan mental mereka. Apa yang saya harapkan sekarang ialah semua atlet sihat, tidak mengalami kecederaan dan teruskan memburu kelayakan.

https://www.youtube.com/watch?v=KRjs-SCk3Co

Mengenai beberapa sukan yang masih belum dapat slot ke Tokyo, termasuk badminton, bekas Lee Chong Wei kata; semua atlet melalui tempoh yang sukar, khususnya tahun ini kerana cabaran juga tidak kurang sengit daripada atlet negara lain yang mempunyai tujuan sama. Setakat ni lapan atlet negara layak secara merit ke Sukan Olimpik 2020.

Mereka adalah Pandelela Rinong, Leong Mun Yee, Nur Dhabitah Sabri dan Wendy Ng Yan Yee (terjun); Khairulnizam Mohd Afendy dan Nur Shazrin Mohd Latif (pelayaran); Khairul Anuar Mohamad (memanah) dan Farah Ann Abdul Hadi (gimnastik).

Z12
Via Zankari

Mengenai kehidupannya kini yang sudah bersara akibat penyakit kanser hidung yang dialaminya, Chong Wei kata semuanya dalam keadaan baik.

“Saya kini lebih tenang dan banyak menghabiskan masa bersama keluarga…Esok pula saya akan ke Itali selama 13 hari membawa isteri saya (Datin Wong Mew Choo) untuk bulan madu kali kedua,” Lee Chong Wei, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Dengan wang yang ada Kementerian Belia dan Sukan perlu ada wawasan yang jelas…

Ini adalah antara salah satu sebab kami tabik kat Lee Chong Wei, dia sanggup laburkan sejumlah wang untuk kebaikan orang lain. Cuma dengan duit yang ada – KBS, BAM dan MSN perlu bekerjasama untuk bina satu ‘framework’ dan wawasan yang jelas untuk atlet Malaysia. Kami tak tahulah kami terlepas pandang, atau memang takde dasar sukan yang jelas sejak kita bertukar kerajaan.

Wawasan dan polisi sukan yang jelas akan bantu pembangunan atlet dan menjadikan pelbagai agensi dan badan sukan di bawah KBS mempunyai kiblat untuk dihadap.

 

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
K1
Previous

Cara demonstrasi ni unik, diorang gunakan kasut untuk tunjukkan bantahan…

Y!
Next

Kes letupan belon libatkan 16 mangsa, sebenarnya tak berpunca dari letupan helium

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme