Lupakan pasal politik kejap, kakak kekasih Safawi dah tampil beri penjelasan?!

F1
Lupakan pasal politik kejap, kakak kekasih Safawi dah tampil beri penjelasan?!

Baru masuk awal bulan Mac, macam-macam dah benda yang jadi kat negara kita. Sekarang ni pulak, tumpuan warganet beralih pada pertelingkahan Tengku Mahkota Johor dan Syifa Melvin pasal Safawi Rasid. Kalau korang tak tau, Safawi Rasid ni antara pemain kaki emas JDT dan turut menjadi antara kekuatan tenaga pasukan negara.

Safawi Rasid
Popular dengan gelaran Pawi oleh peminat bola sepak tempatan. Via Semuanya Bola

Safawi dakwa didesak kahwin cepat, Syifa nafikan teguran TMJ…

Kisah ni meletup bila tak semena-mena, TMJ tulis beberapa teguran kat Instagram Story secara berlapik pasal seseorang yang paksa teman lelaki kahwin sampai prestasi teman lelaki tu jadi merundum. Siap muat naik tangkap layar perbualan WhatsApp antara TMJ dengan pemain tersebut.

Tangkap Layar Rashid Safawi Syifa Melvin Tengku Mahkota Johor
Via Oh Bulan

Kemaruk sangat paksa boyfriend kahwin. Beri tekanan setiap hari suruh boyfriend kahwin pasal takut terlepas. Boyfriend kaya, popular. Satu keluarga kemaruk cari laki kaya dari dulu, Patut makin hancur performance budak ni. Kepala dah takda dalam padang.

Well no one is bigger than the club. Kalau kepala dah tak boleh fokus pasal asyik kena pressure setiap hari dipaksa kahwin. All the best. Dalam hidup ada manusia bawa rezeki ada manusia bawa s***. – Petikan dari Instagram Story TMJ, dipetik dari Oh Bulan pada 4 Mac 2020

Dalam klip yang lain, TMJ banyak meluahkan rasa terkilannya terhadap ‘teman wanita’ tersebut sebab baginya, wanita terbaik selalunya adalah orang yang akan sokong seseorang lelaki tak kira situasi dan bukannya nak kawal hidup. Seterusnya dalam klip Instagram Story yang lain, TMJ muat naik satu petikan lagi pasal teman lelaki tu tak sepatutnya jadi sumber pendapatan si teman wanita.

Tmj Kongsi Petikan
Dah TMJ tulis “SM” kat sana, warganet kita ni handal bab gosip artis…Via Oh Bulan

TMJ sempat menulis sebaris ayat “Faham S M?” dekat bawah tu, sekaligus menjawab persoalan siapa gerangan yang dah membuakkan rasa tak puas hati TMJ tu. Warganet kita yang celik gosip artis ni segera meneka bahawa artis yang dimaksudkan oleh TMJ tu adalah Syifa Melvin.

Mula-mula Syifa Melvin diam je. Tak nak besarkan masalah, katanya bila ditanya oleh laman gosip lain termasuklah Mstar. Walhal pada 14 Januari lalu, ada ura-ura mengatakan bahawa hubungan Safawi dan Syifa bakal melangkah lebih jauh ke dalam fasa yang lebih serius. Namun korang taulah warganet kita; lantas mereka naikkan balik gambar hadiah Safawi kepada Syifa masa sambutan ulangtahun kelahirannya.

Syifa Melvin Iphone Kedua
Iphone Boba, kata warganet. -Via yoy.my

Bila dah ditular dan dihentam bermacam-macam benda kat Syifa Melvin, akhirnya dia buka mulut jugak sebab nak jernihkan keadaan. Kakaknya, Syatilla Melvin pun kena hentam oleh TMJ lepas Syatilla cuba pertahankan adiknya dari buli siber tentera bawang kita dan sindiran TMJ beberapa hari sebelum tu. Syifa Melvin nafikan tuduhan TMJ yang mendakwa dirinya ‘kawal dan paksa’ Safawi untuk berkahwin dengannya.

“Saya tak buka mulut since benda ni tular dan saya taktau macam mana dorang wartawan ni dapat cerita? Sejak ramai yang menghentam, biar saya cerita kisah sebenar. Saya dah kerja bertungkus lumus cari duit sendiri, tidur tak cukup apatah lagi rehat tak cukup hanya nak biayai diri dan menampung perbelanjaan diri sendiri. Tak pernah sekali mintak duit “dia” untuk sara hidup. Dia pun kenal Syifa macam mana.

Bahagian paksa kahwin, Demi Allah tak pernah sesekali tapi Syifa yakin dan tahu kenapa dia memberi alasan sebegitu, cuma dia sahaja tahu. Dia tak bermain dengan baik atas padang tak kena mengena dengan soal peribadi, sekali pun Syifa tak pernah usik hal kerjaya dia malah selalu berdoa dan memberi sokongan. Tak tau pulak boleh jadi besar macam ni. Terima kasih kepada yang komen maki, hina atau puji.” – Syifa Melvin, dipetik dari Yoy.com pada 4 Mac 2020

Lv Syifa Melvin
Hadiah mahal jenama LV. Via Yoy.my

Jurulatih ikut tegur Safawi jangan libatkan masalah peribadi, rupanya bukan Safawi sorang je…

Benda ni turut mendapat perhatian jurulatih berpengalaman negara, Azraai Khor Abdullah. Dia pernah membimbing Safawi Rasid dulu ketika dalam T-Team, dan berharap agar prestasinya tak diganggu oleh masalah peribadi. Dari dulu lagi, dia sendiri nampak potensi Safawi yang bersinar hingga yakin bahawa Safawi adalah aset negara dalam sukan bola sepak.

Jadi kalau dia tak boleh kawal tekanan terutama wanita dia akan hilang dari radar. Soal hati dan perasaan ini kita tak boleh nak tolak sebab itu fitrah sebagai manusia biasa, cuma dalam waktu sekarang Safawi kena pandai kawal. Bukan saya nak kata dia tak boleh ada kekasih atau tak boleh berkahwin, tapi dia masih muda dan perjalanan jauh lagi. Kalau ada jodoh jangan risau takkan kemana kekasihnya itu. Kalau boleh fokus dahulu dengan pasukan dan permainannya, InsyaAllah lebih banyak rezeki akan datang selepas itu.- Azraai Khor Abdullah, dipetik dari Oh Bulan

Mohd Azraai Khor Abdullah / Negeri Sembilan
Azraai Khor Abdullah…Via Vocket FC

Ada betulnya pesanan Azraai ni. Semua orang pun ada masalah peribadi, tapi apa yang mencipta kecemerlangan tu adalah bagaimana kita nak elak hal peribadi mengugat prestasi kerja korang. Dalam kata lain, profesionalisme tu kena ada. Kami pun tak tolak kemungkinan bahawa luahan Safawi kepada TMJ ni sepatutnya dalam lingkungan pengetahuan antara orang dalam kelab je. Yelah, bila dah percaya tu memanglah kita mudah luahkan perasaan walaupun kat bos sendiri.

https://www.instagram.com/p/B9TLkqDlHaR/?utm_source=ig_web_copy_link

Bila kita tengok semula perkembangan sukan bola sepak negara, kami perasan pola kemelut pasukan negara ni pun ada kena mengena dengan sikap dan disiplin pemain negara. Menurut Lucius Maximus dalam bukunya “How Malaysia Never Reach World Cup”, pertama kali pasukan kita menjejak langkah ke perlawanan kelayakan Piala Dunia adalah pada 1974. Desas desus wujudnya rasuah dalam kalangan pemain muncul lebih jelas lepas kegagalan kita melayakkan diri pada 1978.

Kegagalan seterusnya pada kelayakan Piala Dunia 1982 pula ditunding pada masalah kurangnya semangat berpasukan dan wujudnya unsur pilih kasih ketika FAM langsungkan kem latihan untuk pemain negara di Bukit Fraser. Misalnya, Mokhtari Dahari dikecualikan dari kem tersebut, manakala Hassan Sani menghilang entah ke mana dan hanya muncul semula ketika pasukan nak bertolak ke Kuwait.

Supermokh Info
Tribut kepada Supermokh. Via Facebook

Bila dah ramai pemain legenda dah pencen dari gelanggang, nampaklah bahawa Malaysia masih kekurangan pemain berkualiti. Barisan pemain muda menggantikan pemain otai, seperti Dollah Salleh dan Zainal Abidin Hassan. Namun prestasi mereka masih tak begitu memberangsangkan, hingga menyebabkan Malaysia terkandas lagi untuk ke Piala Dunia 1986,1990 dan 1998.

Masalah disiplin pemain lebih jelas menghambat perkembangan pasukan melangkah ke kelayakan Piala Dunia 2002. Peristiwa 3 orang pemain negara, dikenali sebagai peristiwa ‘Hard Rock Trio’ yang sengaja curi-curi keluar dari kem latihan untuk bersantai kat Hard Rock Cafe di Kuala Lumpur buatkan ramai peminat sukan bola sepak negara kecewa.

Via Giphy

Urus pemain bukan macam urus kucing kat rumah, kena sekepala untuk maju jaya…

Masalah pengurusan pemain dari pihak FAM dan jurulatih pun jadi faktor yang besar dalam kegagalan pasukan negara bertahun-tahun lamanya. Kalau dapat pemain berkualiti dan berdisiplin tinggi sekalipun, tapi pengurusan tak betul; tetap tersia-sialah jua bakat yang ada. Betul tak?

Via Giphy

Dengan perkembangan dunia sekarang ni yang tengah berusaha mengawal penyebaran COVID-19, banyak event besar terpaksa ditangguhkan demi keselamatan dan kesihatan rakyat serta pemain mereka. Ada khabar angin mengatakan ada kemungkinan perlawanan kelayakan Piala Dunia ni akan ditangguhkan.

“Bagi FIFA mahupun AFC, kesejahteraan dan kesihatan semua individu yang terlibat dalam perlawanan bola sepak kekal menjadi keutamaan tertinggi. Oleh itu, satu cadangan rasmi untuk menangguhkan perlawanan akan datang dalam kelayakan Piala Dunia FIFA Asia 2022 dan Piala Asia AFC 2023 akan dikongsi dengan anggota persatuan yang relevan,”- Kenyataan FIFA yang dipetik oleh Astro Awani pada 6 Mac 2020.

Malaysia Indonesia
Via Tempo.co

Setakat penulisan ni, Malaysia berada di tangga kedua dalam Kumpulan G lepas membaham Indonesia di peringkat kedua kelayakan Piala Dunia 2022. Mampukah Malaysia melangkah ke Piala Dunia kali ni? Kami harap Harimau Malaya akan lebih garang lagi, ditambah lagi dengan  penangguhan perlawanan akibat COVID-19.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top