Stadium tak ada penonton? Liga Denmark ada idea untuk “atasi” masalah ini

F1
Stadium tak ada penonton? Liga Denmark ada idea untuk “atasi” masalah ini

Bagi peminat bola sepak, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tempoh hari berlangsung dengan keadaan yang “membosankan”. Bosan sebab takde mana-mana liga utama bola sepak yang tengah berjalan. Bagi peminat Manchester United macam kami, walaupun kami sedih bola sepak takde, tapi kami gembira satu benda – Liverpool ada kemungkinan tak akan dinobatkan sebagai juara Liga Perdana Inggeris.

Kalau main bola macam ni, best jugak. Via Giphy

Yalah, semua keadaan normal – sehinggalah Liverpool nak menang liga. Kami takut kalau diorang dah menang, benda yang lain pulak akan jadi. Peminat Liverpool jangan marah ye, kami gurau-gurau manja je.

Kejuaraan Liverpool kali ni dah macam tak dapat dielakkan, Covid-19 cuma mampu tangguhkan kemenangan…

Minggu lepas, United Kingdom keluarkan panduan fasa kedua kepada pihak Liga Perdana dengan benarkan ‘kontak rapat’ dan ‘kompetitif’ pada sesi latihan setiap pasukan. Nampaknya, semua pasukan dah mengundi untuk jalani latihan fasa seterusnya selepas pihak Liga Perdana benarkan latihan diadakan dua minggu lepas.

“Tarikh akhir akan diketahui dengan aksi di antara Manchester United dan Tottenham Hotpsur mungkin menjadi perlawanan pembukaan. Semua pemain juga telah memulakan latihan dengan sentuhan dibenarkan dan jurulatih dibenarkan memantau pemain masing-masing. Pegawai dan pengurus pasukan akan turut membincangkan kemungkinan risiko dalam fasa kedua Projek Restart ini,” – Seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Macam yang kebanyakan korang dah tahu, Musim Liga Perdana England (EPL) dijadual akan disambung semula pada 17 Jun, tiga bulan selepas ia digantung ekoran pandemik Covid-19. Takde perlawanan diadakan sejak Leicester City menewaskan Aston Villa 4-0 pada 9 Mac.

Nampaknya kita akan lihat aksi macam ni, lebih kurang tiga minggu lagi. Via Giphy

Agensi berita BBC laporkan dua perlawanan pertama adalah antara Aston Villa dengan Sheffield United dan pertarungan di antara Manchester City dengan Arsenal. Perlawanan-perlawanan lain akan berlangsung pada hujung minggu antara 19 hingga 21 Jun.

Lloris kata tak adil kalau Liverpool tak menang liga, mungkin dia lupa dia main kelab mana

Walaupun ramai yang suka kalau Liverpool tak jadi juara liga, penjaga gol Tottenham Hotspurs Hugo Lloris, sifatkan kejam kalau peneraju Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum liga ditangguhkan, tak diiktiraf sebagai juara EPL musim 2019/2020. Lloris kata, Liverpool berada pada kedudukan terbaik di puncak liga dengan perbezaan 25 mata berbanding pencabar Manchester City apabila saingan EPL dihentikan.

Budakraya
Via Transfer Tavern

“Ia tentunya teruk jika semua perkara berakhir sembilan hari sebelum tamatnya saingan EPL. Ia juga kejam untuk Liverpool berdasarkan kepada kelebihan yang mereka miliki kerana mereka hampir menjadi juara.  Ia seperti satu perkara yang tidak selesai. Lagi pun, kita berada di ambang saat paling menggembirakan, detik paling indah bagi musim ini dan sudah tentu tiada siapa mahu ia berakhir seperti ini,” – Lloris, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Liverpool hanya perlukan dua lagi kemenangan untuk jadi juara EPL buat kali pertama dalam tempoh 30 tahun. Lloris ada kata juga, meneruskan aksi tanpa kehadiran penonton dilihat bukan sebagai satu tindakan yang ideal sebab ia akan ‘melenyapkan’ segala faktor yang jadikan bola sepak sebagai sukan yang istimewa.

Penonton tak boleh datang stadium? Takde masalah, gunalah Zoom

Isu takde penyokong yang boleh datang ke stadium ni, satu hal jugak. Cuma, dah ada negara yang manfaatkan teknologi untuk cuba “atasi” masalah ni. Liga Denmark manfaatkan aplikasi Zoom untuk membantu penyokong tengok pasukan kegemaran diorang.

Pandemik Covid-19 tentunya dah timbulkan kerugian bagi pihak atlet, pasukan dan peminat sukan, terutamanya bola sepak. Yalah, main dekat stadium kosong ni rasa macam latihan je, sebab takde apa-apa sorakan. Dia kalau main catur takde penonton tak apalah, ini bola sepak kot. Penonton lagilah rasa sedih, sebab tak dapat bersorak dan sokong pasukan diorang. Dalam bola sepak, penyokong ni kira pemain ke-12. 

Untuk mengatasi masalah ni, Denmark datang dengan inovasi unik. Dengan dunia yang berada di hujung jari, dan melalui teknologi – diorang mampu hadirkan penonton ke stadium. Liga Super Denmark memanfaatkan aplikasi Zoom untuk bantu memenuhkan stadium tu.

Budakraya
Boleh tahan jugak kan? Via ABC News

Benda ni diorang dah uji pada perlawanan pembukaaan di antara AGF Aarhus vs Randers. Dengan gunakan tiga layar gergasi yang digabungkan, para penyokong yang gunakan Zoom dapat terpampang wajahnya di layar besar. Dalam perlawanan tu, ada 10,000 pengguna Zoom yang  menyaksikan perlawanan tu secara langsung.

Apabila EPL bersambung, korang jangan gatal kaki pergi tengok bola secara berjemaah pulak

Dengan pengumuman EPL disambung ni, kami harap ia sedikit sebanyak dapat membantu peminat bola untuk duduk di rumah. Sebabnya kita belum menang lagi melawan Covid-19 ni. Sehingga vaksin Covid-19 ni ditemui, kita boleh selalu duduk di luar dan kena amalkan normal baharu. Kami harap takdelah pulak orang yang pergi lepak mamak ramai-ramai untuk tengok bola.

Kalau nak tengok bola, buat je macam kaedah Denmark tu, diorang guna aplikasi Zoom untuk tengok bola.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top