займ срочно

10 kitchen hacks yang berguna

10 kitchen hacks yang berguna

Kami di ORANGKATA suka nak kongsi ilmu dan fakta yang kami dapat dari pelbagai sumber sebagai pengetahuan dan untuk menggalakkan budaya berfikir dalam masyarakat. Kali ni kami nak kongsi ilmu yang lebih santai tapi berfaedah terutamanya untuk komuniti bawang yang memang suka duduk di dapur.

Ini 10 kitchen hacks yang berguna:

1. Elakkan menangis semasa membawang

Bukan membawang, sorry, memotong bawang. Untuk elakkan dari berair mata semasa memotong bawang, pastikan anda membekukan bawang tu terlebih dahulu dan gunakan pisau yang tajam semasa memotong. Masak terus untuk elakkan bawang tu dari menjadi lembap semasa proses pencairan.

Via Giphy

2. Kupas telur rebus dengan mudah

Bagi yang berniaga nasi lemak tu, atau yang suka makan telur rebus, kami ada kitchen hack yang terbaik untuk anda. Untuk mudahkan kupasan kulit telur tu, masa masak telur tu jangan letak dalam air mendidih terus tapi kukus telur tu selama 13 minit biar wap panas yang masak telur tu. Kemudian letak dalam air sejuk kejap. Nanti mudah je dia cabut.

 

3. Nak gula merah halus tak berkepal?

Gula merah halus ni kalau tak disimpan dengan baik dia boleh jadi berkepal dan keras. Kalau tak nak dia jadi macam tu, cuba letak kupasan buah oren dalam bekas gula tu. Tapi bekas tu pun mesti ditutup rapi lah baru gula tu kekal halus.

Via 5orangespotato

 4. Kekalkan kesegaran tomato lama sikit

Kalau tak nak tomato cepat rosak, letak tomato tu secara terbalik atas permukaan rata. Cara ni, udara dan lembapan tak boleh masuk ke dalam melalui parut sulur batang tomato tu.

Via Seriouseats

 5. Kilatkan sinki guna cuka dan air

Penggunaan sinki hari-hari tanpa penjagaan rapi boleh jadikan sinki tu kusam. Untuk kembalikan era kecemerlangan sinki yang berkilat, tabur serbuk penaik pada sinki kemudian sental. Lepas tu campurkan cuka dan air dan spray dekat permukaan sinki tu. Biarkan kejap lepas tu lap dengan kain.

Via Readre Digest

6. Bersihkan papan pemotong betul-betul

Kebersihan sangat penting kat dapur sebab kita tak nak lah apa yang dimasak tu penuh bakteria kalau dia biar lama-lama. Mungkin tak sedar tapi antara yang paling kotor adalah papan pemotong (cutting board) yang kita guna tu. Untuk bersihkan betul-betul, potong setengah lemon, letak garam kemudian sental betul-betul papan tu dan basuh.

Via My Cooking Spot

7. Buka botol dengan mudah

Biasa nak buka botol mayonais atau jem, mesti si isteri panggil suami sebab perlukan kudrat laki. Kalau nak senang buka botol tu, letak getah di penutup botol tu untuk beri anda lebih grip masa nak buka.

Via Fabhow

8. Lambatkan proses kelayuan buah

Buah kalau dah terdedah akan mudah layu dan busuk. Untuk melambatkan proses tu, cuma perlu letak sikit jus lemon ke atas buah yang dah dikupas. Atau boleh juga rendam dalam campuran air dan madu dengan nisbah 2:1. Kaedah ni akan melambatkan proses pengoksidaan.

Via Lifehacker

9. Mudahkan penggunaan pembalut plastik

Pembalut plastik, atau plastic wrap ni boleh jadi leceh juga sebab kalau kita nak buka tu dia melekat-lekat, lepas tu bila nak letak dia tak seimbang dan sebagainya. Untuk lebih mudah, simpan pembalut tu dalam peti ais. Nanti dia jadi senang untuk dibuka dan diregangkan.

Via Today Show

10. Elakkan makanan kering bila guna gelombang mikro

Perasan tak bila kita guna microwave nak panaskan makanan, makanan tu jadi kering? Kalau tak nak makanan tu kering bila dipanaskan, cuma perlu letak secawan air (tak penuh pun tak apa) sekali dengan makanan yang kita panaskan tu. Jangan letak cawan plastic dah lah.

Via Food Hack

Kadang-kadang ada benda yang simple, tapi berguna

Dalam dunia ni, kadang-kadang benda yang nampak simple, tapi berguna. Kami rasa kalau korang gunakan tips yang diberikan ni, hidup korang akan jadi lebih mudah. Suka tak artikel yang berbentuk tips macam ni? Kalau suka beritahu kami, nanti kami akan keluarkan lebih banyak tips lagi. Termasuklah tips untuk cari jodoh bagi mereka yang dah single dari lahir.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top