Tengah syok jalan-jalan cari buku, brother ni terjumpa Sultan Nazrin! Ini ceritanya

Asd

Baru-baru ni ada seorang brother ceritakan pengalaman ‘epik’ dia apabila bertemu dengan Sultan Nazrin kat Kinokuniya kat KLCC. Apa yang lebih menarik, brother tu sebenarnya dalam perjalanan pulang ke pejabat dia, bila dia tiba-tiba terfikir nak beli buku terbaru Sultan Nazrin. Tengah dia syok cari-cari buku, dia terjumpalah Sultan Nazrin tu kat sana – apa lagi, terus dia kejar dan mintak tandatangan. Lucu jugaklah brother ni, sebab dia tak tahu macam mana nak tegur semula Sultan Nazrin lepas dia bayar buku. Apa yang penting, akhirnya dia dapat tandatangan tu dan dapat bergambar sekali! Cemburu pulak kami.

Melalui cerita dia ni, kita dapat tahulah yang Sultan Nazrin ni seorang Sultan yang mudah didekati dan tak sombong. Jadi kami pun teringatlah artikel yang kami tulis beberapa bulan dulu, so kalau korang fikir Sultan Nazrin ni biasa-biasa je, korang dah silap. Cuba baca ni…

1. Brader, jarang kita tengok Sultan naik pengangkutan awam!

Baru-baru ni tersebar gambar Sultan Nazrin menggunakan kenderaan awam Electronic Train System (ETS). Baginda kelihatan slamber memakai kemeja-T lengan pendek dan seluar khakis, baginda turut disertai oleh isterinya Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim, serta anak-anaknya Raja Azlan Muzzaffar Shah dan Raja Nazira Safya.

Via SAYS

Bukan senang nak tengok orang istana naik pengangkutan awam ni, apatah lagi seorang Sultan dan Pemangku Agong. Ramai yang memuji tindakan baginda kerana ia menunjukkan baginda sangat merendah diri dan bersama rakyat tanpa dikerumun media untuk dijadikan ‘publicity stunt’ (bukan seperti sesetengah pemimpin tu).

2. Dapat Ijazah dan Phd dari dua universiti terkemuka

Kami rasa ramai yang dah tahu, tapi kami nak ulang sekali lagi…Sultan Nazrin punya pencapaian akademik memang power! Baginda memiliki ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Falsafah, Politik dan Ekonomi dari Universiti Oxford, diikuti dengan Ijazah Doktor Falsafah dalam bidang Politik Ekonomi dan Kerajaan dari Universiti Harvard.

Mari kita ulang dalam bahasa yang mudah – Ijazah dari Universiti Oxford, dapat PhD dari Universiti Harvard.

Kenal mamat ni? Dia pun dari Harvard. Via Recode

Semasa PhD baginda, Sultan Nazrin mengkaji sejarah ekonomi Malaya. Bukan setakat tu je, baginda tubuhkan projek kajian Economic History of Malaya pada tahun 2016 dengan tujuan kaji, mengumpul maklumat, menggalakkan diskusi serta menyampaikan ilmu berkenaan sejarah ekonomi negara.

3. Perpustakaan peribadi baginda ada 30,000 buah buku

Kita dah sahkan bahawa Sultan Nazrin seorang yang bijak, tetapi yang lebih menakjubkan ialah baginda memiliki lebih 30,000 naskhah buku yang baginda kumpul sejak kecil lagi.

Disebabkan terlalu banyak buku, baginda terpaksa membina satu perpustakaan khas supaya koleksi buku dapat disusun dengan rapi dan senang diurus. Bila dah ada perpustakaan mestilah dimuatkan dengan pelbagai genre, tetapi genre kegemaran baginda ialah ekonomi, falsafah, sejarah dan politik.

Kan kami dah habaq. Via Sofea-Alissa

Kadang-kadang kalau bernasib baik bolehlah jumpa baginda di Kinokuniya, kerana Sultan Nazrin selalu dilihat membeli buku di sana.

4. Baginda seorang penulis, menerbitkan beberapa buah buku

Nampaknya baginda memang seorang yang cintakan ilmu pengetahuan kerana bukan sahaja tak henti membaca buku, tetapi baginda juga amat rajin menulis serta menerbitkan buku dan kertas kajian. Memang selalunya orang yang gemar membaca ni akan ada kecenderungan untuk menulis. 

Baginda telah menerbitkan lebih daripada tujuh buku tulisan sendiri, selain beberapa kertas kajian yang dibentangkan di peringkat antarabangsa. Kami pun taklah bodoh sangat, tapi kalau baca kertas-kertas yang dibentang tu memang confirm garu kepala, lepas garu hidung.

Tengok terbitan siapa! Via UM

5. Pernah menjadi pemain hoki yang hebat!

Bapa baginda, Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah merupakan seorang yang tak kurang hebatnya; amat disegani dikalangan pemimpin dan amat disayangi oleh rakyat. Antara pencapaian dan legasi baginda yang paling berharga ialah dalam sukan hoki.

Selain meneruskan legasi bapanya sebagai seorang intelektual, Sultan Nazrin juga banyak menyumbang kepada sukan hoki negara. Baginda dulu selalu bermain melawan pasukan-pasukan hebat sekitar 1980-an, kemudian mengetuai Persatuan Hoki Perak (1990-2004) dan Konfederasi Hoki Malaysia (2004-2006). Baginda juga mempengerusi Yayasan Hoki Malaysia pada tahun 1992 sehingga 2005 dan terlibat dalam penganjuran Piala Dunia Hoki 2002 di Kuala Lumpur.

Via AWANI

Macam mana kami tak kagum dengan Sultan Nazrin Shah. Pencapaian dalam bidang akademik, sumbangan dalam bidang sukan dan juga seorang Sultan yang boleh didekati, selain rupa persis bintang Hollywood sewaktu muda, memang Sultan Nazrin adalah Sultan paling cool dalam negara.

Power gila, kadang-kadang cemburu kami dibuatnya! Ada lagi tak yang kami tak tahu? Kalau ada fakta menarik tentang Sultan Nazrin yang kami tak tahu, jangan lupa beritahu yaa!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *