Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
Fok
Isu SemasaIsu TularPolitik

DUN Sabah akhirnya dibubarkan, rakyat Sabah perlu turun mengundi

By Subeditor
July 30, 2020 4 Min Read
Comments Off on DUN Sabah akhirnya dibubarkan, rakyat Sabah perlu turun mengundi

Semalam Musa Aman umumkan dia ada majoriti untuk bentuk kerajaan baru Sabah. Dia kata; sebuah gabungan baru diterajuinya dibentuk dan dia akan kemukakan akuan bersumpah (SD) yang akan sahkan sokongan diterima kepada yang dipertua negeri Sabah. Bagi yang tak tahu, di Sabah 33 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) diperlukan untuk membentuk kerajaan. Melalui gambar yang tular semalam, beberapa ahli politik yang sebelum ini bersama Warisan, kelihatan telah lompat parti. Sabah ada 65 anggota dewan undangan negeri (Adun), termasuk lima Adun dilantik.

779991
Mesyuarat semalam yang mengumpulkan ADUN yang telah lompat. Via Sinar Harian

“Saya juga ingin memaklumkan yang Menteri Keselamatan dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Nardin, setiausaha politik kepada PM telah membuat kunjungan hormat kepada Tuan Yang Terutama pagi tadi untuk memaklumkan gabungan baru yang menyokong Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperolehi sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru,” – Musa Aman, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Pada 19 Julai lepas, Ketua Umno Sabah, Bung Moktar Radin kata berkemungkinan ada gabungan baru di Sabah yang disebut sebagai “BN Sabah plus plus” sebagai dasar rundingan kerusi untuk pastikan kemenangan buat PN.

Musa Aman kata dia ada majoriti mudah, tapi Shafie nafikan kenyataan itu

Cuma, beberapa jam selepas pengumuman Musa Aman, Pejabat Ketua Menteri beritahu Malaysiakini yang Shafie pun masih ada sokongan yang cukup untuk pertahankan kerajaan Warisan. Sebelum ini, Warisan yang disokong Upko, DAP dan PKR, ada 43 kerusi dalam dewan. Pada sidang media yang sama, Musa kata dia akan serahkan SD kepada Yang Dipertua Negeri Sabah, Juhar Mahiruddin, untuk buktikan diorang dah ada cukup Adun untuk bentuk kerajaan negeri yang baru.

Semalam, Musa Aman kata ia akan jadi kerajaan yang ditubuhkan dengan majoriti mudah. Ketika ditanya jumlah ADUN yang ada di belakangnya, Musa tak dedahkan sebarang angka. Dia cuma beritahu cukup untuk tubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah. Dakwaan ini disangkal oleh Shafie Apdal apabila dia mengatakan dia masih kekal sebagai Ketua Menteri Sabah selepas masih mendapat majoriti sokongan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

“Saya masih ketua menteri (Sabah) dan masih memiliki majoriti (ADUN). Esok ada satu sidang media dan semua akan saya ulas mengenai keadaan ini,” – Shafie Apdal, seperti yang dilaporkan Berita Harian

779991
Via Sinar Harian

Bagi Pengerusi Pakatan Harapan (PH) pulak, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dia yakin suasana politik di Sabah tak menggugat sokongan rakyat kepada PH. Dia kata, mandat diberikan kepada PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) jelas buktikan rakyat menolak segala bentuk penindasan dan pengkhianatan ke atas mereka.

“Ini soal ‘sepak terajang’ politik, ia tidak semestinya mewakili aspirasi rakyat. Kadang-kadang orang salah telahan bahawa percaturan politik golongan kelompok atasan itu mewakili aspirasi rakyat, ia tidak semestinya,” – Anwar, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Akhirnya jawapan kepada krisis politik Sabah ditemui, DUN Sabah akan dibubarkan

Dari semalam kami masih tertanya-tanya tentang situasi yang berlaku di Sabah. Akhirnya, kira-kira pukul 11.50 pagi tadi, kita dikejutkan dengan berita Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan berkuat kuasa hari ini. Pembubaran tu diumumkan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal pada sidang media khas.

Dia juga Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), kata permohonan pembubaran tu dah diperakukan Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, pagi ini.

“Saya berjumpa dengan Tun pagi ini dan atas kuasa Tun mengikut Perlembagaan Sabah beliau bersetuju (pembubaran DUN Sabah). Perakuan ini bagi membolehkan pilihan raya negeri dikendalikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam tempoh 60 hari. Kita serahkan balik mandat kepada rakyat untuk menentukan siapa yang layak membentuk kerajaan negeri yang baharu. Saya yakin rakyat akan membuat keputusan yang bijak. Berikutan itu, cerita pasal apa saja angka dan nombor, angkat sana, angkat ini, DUN sudah terbubar,” – Shafie Apdal, seperti yang dilaporkan Berita Harian

ADUN Sabah. Via Giphy

Mohd Shafie kata, dia kekal sebagai Ketua Menteri sehingga selesai pilihan raya negeri dikendalikan SPR. Nampaknya kita akan melihat Pilihan Raya Negeri Sabah dalam masa yang terdekat. Mesti ramai yang akan tertanya-tanya; mampukah Warisan mengekalkan kuasa diorang sebagai kerajaan? Keputusan pilihan raya ini akan memberi gambaran tentang apa yang berlaku dengan pertembungan di antara Perikatan Nasional dan Pakatan Harapan kelak. Kami pun tak sabar nak lihat keputusan PRN ni.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
F1
Previous

Rehat kejap bab politik, ini perkembangan terbaru isu Sugu Pavithra dan suami

F1
Next

Ini perkembangan terkini pelaksanaan ibadah haji di Arab Saudi, dah mula terima pengunjung

boostwin казино
arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

pinup
betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

пинап
1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
https://www.visitbraintreedistrict.co.uk/
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

https://mks-unia.eu/
7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme