Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
f1
Isu Semasa

Buat komen rasis terhadap pemain badminton, rakyat Malaysia marah

By Farahani
October 7, 2021 5 Min Read
Comments Off on Buat komen rasis terhadap pemain badminton, rakyat Malaysia marah

Rasisme takde tempat di Malaysia. Tu yang seharusnya terjadi, dan tu jugaklah yang akan kita kekalkan demi kesejahteraan negara. Walau bagaimanapun, kata-kata berunsurkan perkauman jugak yang ‘merobek’ hati ramai orang apatah lagi bila ia dilontarkan oleh sorang ahli politik kepada atlet badminton negara.

Sementara ahli politik memecahbelahkan rakyat, atlet badminton menyatukan rakyat. Tentulah ramai marah dengan perbuatan sorang ahli politik ni. Ramai beranggapan ahli politik ni tak hormat perjuangan atlet badminton, sementara dia turut dikecam oleh beberapa ahli parti lain. Polis pun dah buka kertas siasatan, manakala cawangan parti negerinya mohon benda ni tak dipanjangkan.

totalenergies bwf sudirman cup 2021 day 7
S. Kisona.. -Via Stadium Astro

“Kerana mulut, badan binasa”, Borhan Che Rahim dikecam teruk lepas gelarkan Kisona ‘keling’ dari estet

Macam kami katakan sebelum ni, rasisme takde tempat di Malaysia. Namun bagi pemilik akaun Facebook Borhan Che Rahim, apa yang dituliskannya dalam media sosialnya takde unsur perkauman sekalipun. Gelaran ‘keling’ ni, meskipun pernah disebut dalam sejarah, membawa maksud yang lain bila tengok perkembangan semasa dan cara seseorang tu nak maksudkan perkara tersebut. Beberapa orang warganet sempat tangkap layar apa benda yang si Borhan ni katakan tentang S.Kisona semasa Kisona sedang berentap dengan pemain dunia.

kisona borhan bersatu keling
Tangkap layar sebelum ia dipadam.. -Via Facebook

Bukan senang nak bertarung dengan pemain dunia. Kisona mungkin masih muda, tetap dia berbakat dan bersemangat tinggi. Dato’ Lee Chong Wei pun dulu bermula sepertimana Kisona jugak. Lagipun, biasalah kan adat pertandingan, ada menang dan ada yang kalah. Tak kiralah apapun keadaannya, Kisona dah melakukan sedaya mampunya dan kita sebagai penonton yang diam-diam kat rumah tak perlulah sampai nak kecewa sangat hingga sanggup lontarkan nista perkauman kat para atlet. Apa yang dilakukan oleh Borhan Che Rahim sangatlah tak patut, terutamanya apabila dia pada ketika tu merupakan Naib Ketua Bahagian Pasir Puteh, Kelantan.

Nama penuhnya, Borhanuddin Che Rahim dikecam ramai. Kenyataannya turut menarik perhatian Persatuan Badminton Malaysia (BAM) sendiri, yang mengutuk sekeras-kerasnya terhadap sebarang unsur perkauman ke atas Kisona, seterusnya dalam sukan. Dalam hantaran diorang, tanda pagar #StandwithKisona, #KeluargaMalaysia dan #NoRacismInSport menjadi sohor kini di platform media sosial yang lain. Kami menelusuri tanda pagar pertama, #StandwithKisona dan melihat ratusan sokongan terhadap Kisona. Antara tokoh terkemuka yang bersolidariti mengecam kata-kata rasis ni adalah Dato’ Lee Chong Wei sendiri.

https://www.facebook.com/malaysiabadmintonloversofficial/photos/a.355165175816100/537776624221620/

Selain Dato’ LCW, Menteri Sukan Faizal Azumu dan mantan KBS, Reezal Merican Naina Merican turut mengecam tindakan tersebut. Ternyatalah dalam hal ni, Borhan Che Rahim perlu bertanggungjawab ke atas tindakannya di samping memohon maaf kepada Kisona.

Borhan Che Rahim tarik balik kenyataan dan mohon maaf secara terbuka, sanggup lepaskan jawatan Naib Ketua Bahagian Bersatu

Bercaka kepada Utusan Malaysia, Borhan Che Rahim ni kata dia takde niat nak hina kaum India dan memberi alasan bahawa ‘keling’ tu bahasa percakapan di Kelantan. Oleh sebab kena kecam ramai pihak, dia nak tarik balik kenyataan tersebut dan dahpun menandatangani sepucuk surat permohonan maaf secara terbuka dan ditularkan untuk meredakan kemarahan rakyat.

“Saya tidak berniat menghina kaum India dengan panggilan tersebut, ia sebaliknya bahasa percakapan di Kelantan yang merujuk kepada orang India. Ini adalah satu kekhilafan yang telah saya lakukan tanpa mengkaji kesannya.

Dengan ini saya menarik balik kenyataan itu dan memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia terutama kepada yang terkesan akibat posting tersebut. Saya juga akan memperbaiki sikap saya kelak,”- seperti yang dilaporkan Utusan

maaf terbuka borhan kisona
Mohon maaf secara terbuka Borhan kepad Kisona & rakyat Malaysia.. -Via Facebook

Walau bagaimanapun,bekas pemain badmiton nombor satu dunia, Roslin Hashim kata kepada Borhan Che Rahim ni, baik minta maaf dengan Kisona depan-depan.

“Lebih baik minta maaf dengan Kisona dan keluarganya depan-depan. Setakat pakai surat semua orang boleh buat! Ramai yang kecewa tengok Kisona main lawan Jepun hari itu, tapi tak perlulah sampai menyentuh isu perkauman

Dia cakap dia tak ada niat? Come onlah, dia dah buat benda itu, kalau ulang balik baca takkan tak terasa. Benda yang kita buat memang ada niat. Takkan tiba-tiba main tulis, main tarah sajakan? Dah tentu ada niat sama ada nak kutuk, nak jatuhkan, nak buli orang itu ke? Saya memang sangat sensitif dengan perkara macam ini kerana saya ini orang sukan,”- seperti yang dilaporkan Utusan

roslin hashim 1
Roslin Hashim.. -Via Utusan

Oleh sebab Borhan ni bawa nama parti sekali dalam kontroversi yang menimpa dirinya, Bersatu Kelantan kata perkara ni tak perlulah dipanjangkan lagi. Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md. Nor kata pengakuan keterlanjuran secara terbuka tu sepatutnya jadi pengakhiran kepada episod tersebut dan tak perlu jadi bahan perdebatan mana-mana pihak. Katanya;

“Apa lagi Borhanuddin sudah memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kekhilafan yang dilakukan. Tidak perlu lagi dipanjangkan. Bahkan, dia turut menawarkan diri untuk meletak jawatannya dalam parti. Warganet dan semua pihak seharusnya menerima permohonan maaf itu,”- seperti yang dilaporkan Utusan

borhanuddin che rahim
Tangkap layar identiti sebenar pemilik akaun Borhan Che Rahim.. -Via Berita Perak

Permohonan maaf ni tak bermakna Borhan akan terlepas begitu je. Pihak polis mengesahkan bahawa diorang dah buka kertas siasatan berhubung kes sorang ahli politik yang didakwa buat kenyataan berbaur perkauman terhadap sorang atlet badminton negara. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mazlan Lazim kata ia dibuat ikut Seksyen 504 Kanun Kesekssaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Kami harap selepas ni, para ahli politik dapat belajar daripada kesilapan Borhan Che Rahim ni. Tak bermakna korang geram atau kecewa terhadap atlet yang korang sokong, korang boleh sesuka hati gelarkan diorang dengan gelaran perkauman. Begitu jugak dengan masyarakat secara amnya; kita tak boleh memberi ruang tersuburnya rasisme apatah lagi selagi mana ahli politik sendiri sengaja mencipta perselisihan antara kaum. Retorik kaum tak patut didendangkan lagi dalam politik pasca-2020.

Author

Farahani

Follow Me
Other Articles
f4
Previous

Akibat percayakan berita palsu, rusuhan depan tokong Salak Selatan berlaku

f1
Next

Gunung di La Palma antara paling aktif di Pulau Canary, meletus akibat gempa bumi

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme