Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
f1 min (15)
Isu Semasa

Sanusi kata Penang milik Kedah, ramai kritik

By Subeditor
May 30, 2023 3 Min Read
Comments Off on Sanusi kata Penang milik Kedah, ramai kritik

Baru-baru ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor terus menegaskan bahawa Pulau Pinang adalah milik negeri tersebut. Katanya Kedah hanya mempunyai sempadan negeri dengan Perak dan Perlis sahaja.

“Saya tunggu dari Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) kalau ada asas ditentu sahkan sempadan Kedah dengan negeri-negeri lain, yang saya tahu Pulau Pinang itu Kedah punya.

“Jadi tak dak la sempadan Kedah-Pulau Pinang itu, sempadan negeri kita dok sebelah pulau sana (Balik Pulau), dengan Perak mungkin ada. (sempadan Kedah-Pulau Pinang) nak ukur kat mana, nak pakai warta nombor berapa,” katanya pada satu sidang akhbar

sanusi 1

Dia kata macam tu selepas Majlis Menandatangani Perjanjian Sempadan Darat dan Maritim Antara Kedah Perlis di Wisma Darul Aman.

Perjanjian tu ditandatangani oleh Muhammad Sanusi dan Menteri Besar Perlis, Mohd Shukri Ramli yang disaksikan Ketua Pengarah JUPEM, Mohammad Zaki Mohd Ghazali dan Setiausaha Bahagian Tanah, Ukur dan Geospatial, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Datuk Muhammad Yasir Yahya.

Kenyataan seperti ini memperlihatkan Sanusi lemah sejarah

Kenyataan Pulau Pinang milik Kedah yang dibuat Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, adalah satu tindakan menghasut, kata Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Timbalan Perdana Menteri berkata kenyataan itu juga menunjukkan, Menteri Besar Kedah itu daif dari segi ilmu sejarah, malah tidak memahami Perlembagaan.

“Hanya orang yang tidak buta sejarah sahaja tidak membangkitkan perkara ini.”

Saya fikir ini bukan sekadar menghasut, tetapi juga daif dari segi ilmu sejarah,” katanya kepada pemberita selepas menutup Seminar Fikrah Siddiq Fadzil – Citra Budaya dan Peradaban Bangsa Malaysia, di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP)

Dia mengulas kenyataan Muhammad Sanusi yang menegaskan Pulau Pinang adalah milik Kedah kerana kedua-dua negeri itu tidak mempunyai sempadan.

Mengulas lanjut Ahmad Zahid berkata sebagai seorang pemimpin negeri, Muhammad Sanusi seharusnya faham soal Perlembagaan dan perundangan di sebalik perjanjian antara kedua-dua negeri itu. Katanya terdapat perkara yang sudah ditandatangani dan ia termaktub dalam perjanjian pemerintahan kedua-dua negeri ketika berada di era kolonialisme.

“Biarpun kita menolak (perjanjian) kolonialisme itu, namun perjanjian itu diterjemahkan dalam Suruhanjaya Cobbold bagi pembentukan sebuah (Persekutuan) Tanah Melayu,” katanya.

Ahmad Zahid berharap, Muhammad Sanusi turut memahami serta mengetahui mengenai Negeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu, dalam membuat kenyataan tersebut.

DAP gesa supaya rakyat Pulau Pinang lapor polis

Pengerusi DAP Lim Guan Eng menggesa penduduk Pulau Pinang untuk buat laporan polis terhadap Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor atas dakwaannya bahawa negeri itu masih milik Kedah.

Lim yang juga bekas ketua menteri Pulau Pinang kata Sanusi bersikap “tak bertanggungjawab” dan “melulu” dengan buat dakwaan itu yang boleh menimbulkan permusuhan antara penduduk kedua-dua negeri.

“Rakyat Pulau Pinang harus buat laporan polis terhadap Sanusi kerana timbulkan ketidaktenteraman awam dan cuba menimbulkan permusuhan antara penduduk Kedah dan Pulau Pinang dengan mendakwa Pulau Pinang masih milik Kedah.

“Bukan hanya 1.8 juta rakyat Pulau Pinang, malah Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Pembaharuan Institusi) Ramkarpal Singh juga telah menafikan Sanusi kerana gagal memahami undang-undang sehingga ke tahap tidak menghormati malah memperlekeh Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam sebuah kenyataan

Kenyataan Sanusi turut mengundang kritikan Anwar yang antara lain berkata Sanusi selaku menteri besar seharusnya terikat dengan aspek perundangan dan memahami Perlembagaan Persekutuan.

guan eng fb 3056437 20230322153901

Mengulas lanjut, Lim menyifatkan kenyataan Sanusi boleh “mengancam keamanan dan keselamatan negara” kerana mempersoalkan kedaulatan Pulau Pinang dan haknya untuk wujud sebagai negeri.

“Laporan polis harus dibuat oleh 1.8 juta rakyat Pulau Pinang untuk mendesak tindakan terhadap Sanusi bagi melindungi Pulau Pinang dan menghalang ‘penceroboh politik’ daripada menceroboh negeri kita, demi memastikan kita dapat meneruskan kehidupan ini dengan aman dan menikmati kemakmuran,” katanya lagi.

Dia juga menggesa agar PAS Pulau Pinang menyatakan pendiriannya berkenaan perkara itu dan sama ada mereka setuju atau tidak dengan kenyataan Sanusi.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
f1 min (13)
Previous

Salahuddin akui kartel minyak ugut bunuh penguatkuasa

f1 min (14)
Next

Mahathir didakwa hina raja, mahu bersama Muhyiddin

boostwin казино
arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

pinup
betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

пинап
1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
https://www.visitbraintreedistrict.co.uk/
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

https://mks-unia.eu/
7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme