Mahathir didakwa hina raja, mahu bersama Muhyiddin

f1 min (14)

Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan panggil dua lagi pemimpin politik bagi berhubung siasatan Tun Dr. Mahathir Mohamed berkaitan Proklamasi Orang Melayu.

Setiausaha Polis Diraja Malayisa (PDRM), Datuk Noorsiah Mohd. Saaduddin berkata, pihaknya akan memanggil Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Dr. P. Ramasamy bagi membantu siasatan.

“Isu Proklamasi Orang Melayu masih di peringkat siasatan bagi rakaman percakapan Abdul Hadi dan Ramasamy,” katanya dalam satu kenyataan

Datuk Noorsiah dah sahkan pihaknya merakam percakapan bekas Perdana Menteri itu bagi membantu siasatan berhubung kes menghina institusi Diraja dan Proklamasi Orang Melayu.

Sebelum ini beberapa media laporkan Ramasamy yang juga Timbalan Ketua Menteri II Pulau Pinang dakwa Proklamasi Orang Melayu dicetuskan Tun Dr Mahathir Mohamad hanya bermatlamat untuk gulingkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ramasamy kata proklamasi tu hanya propaganda politik untuk raih sokongan orang Melayu, bagi menjatuhkan Kerajaan Perpaduan dan takde kaitan dengan usaha martabatkan orang Melayu.

Katanya, proklamasi 12 perkara tu bertujuan menyelamatkan orang Melayu tu amat ironi kerana ia dicetuskan dan disokong pemimpin yang telah mengecewakan orang Melayu sebelum ini.

Ini susulan tular gambar menunjukkan pertemuan antara Mahathir dan Abdul Hadi yang dipercayai berlaku di kediaman bekas Perdana Menteri itu, yang turut disertai beberapa pemimpin Pas dan sekretariat Proklamasi Orang Melayu.

Kertas siasatan telah diberikan kepada Pejabat Peguam Negara

Kertas siasatan ke atas Dr Mahathir Mohamad berhubung isu menghina institusi raja dah disiapkan. Setiausaha PDRM Noorsiah Mohd Saaduddin berkata selaras dengan peruntukan undang-undang kertas siasatan tersebut akan dirujuk ke Jabatan Peguam Negara (AGC) minggu depan.

“PDRM telah melengkapkan kertas siasatan terhadap Tun Dr Mahathir bersabit kes penghinaan terhadap institusi diraja. Kertas siasatan akan dirujuk kepada Pejabat Peguam Negara pada 6 Jun ini selari dengan peruntukan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan,” katanya dalam kenyataan media.

04f7dd8b 2570 49b7 8893 fff0e20073d3 04aa7299

Dalam kenyataan sama Noorsiah juga beritahu bagi isu babitkan Proklamasi Orang Melayu, PDRM masih di peringkat siasatan. Peguam Rafique Rashid Ali yang mewakili Mahathir berkata bekas perdana menteri itu disoal mengenai video yang dikatakan menunjukkan pemimpin berusia 97 tahun itu bercakap di sebuah majlis.

Dalam video itu, Mahathir didakwa buat kenyataan bahawa orang Melayu tak boleh bergantung kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi mereka.

Mahathir disoal siasat oleh polis di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan atas dakwaan “aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen.”

Rafique menyifatkan soal siasat itu sebagai “intimidasi” terhadap Mahathir, berkata siasatan tertumpu kepada laporan yang dibuat mengenai ‘Proklamasi Melayu’ – kempen terbaru bekas ahli parlimen Langkawi itu.

Cinta Mahathir-Muhyiddin kembali berputik

Sambil-sambil tengah siasat ni, Tun Mahathir akui dia kini bersedia bekerjasama dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya kedua-dua pihak dapat mencapai matlamat yang sama. Kenyataan ini sekali gus membayangkan kedua-dua bekas Perdana Menteri berkenaan berkemungkinan boleh kembali duduk semeja selepas bermusuhan selama lebih tiga tahun.

Tun Mahathir kata, usaha untuk memperjuangkan nasib orang Melayu perlu dijadikan antara matlamat utama selain menolak individu yang terpalit dengan isu rasuah atau salah laku jenayah.

mm

Tambah Tun Mahathir, masyarakat Melayu yang berpecah mengikut politik kepartian mengakibatkan parti politik Melayu sukar untuk memperbetulkan sebarang keadaan.

“Kita hendak adakan kerjasama, tetapi matlamat mesti ditentukan. Kita (Melayu) berpecah jadi banyak parti, kita hilang kuasa. Bila hilang kuasa, kita tidak boleh betulkan keadaan yang merugikan orang Melayu. Sebab itu kita perlu bersatu,” katanya dalam wawancara eksklusif bersama MalaysiaNow di Putrajaya

Parti Bersatu pimpinan Muhyiddin ditubuhkan pada 2016 selepas beliau dan beberapa pemimpin UMNO dipecat daripada parti itu selepas secara terbuka mengkritik isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Penubuhan Bersatu dilakukan bersama Tun Mahathir yang dilantik sebagai Pengerusi sebelum parti itu menyertai gabungan politik Pakatan Harapan (PH) yang akhirnya berjaya menumpaskan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) pada 2018.

Dua tahun kemudian, Tun Mahathir bagaimanapun dipecat daripada Bersatu selepas berlaku perubahan kerajaan menerusi ‘Langkah Sheraton’ yang menyaksikan kerajaan PH tumbang dan digantikan dengan kerajaan PN yang dipimpin oleh Muhyiddin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *