Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
f1
Isu SemasaUndang-undang

Apa sebenarnya yang berlaku dalam Petisyen Nik Elin

By Subeditor
February 10, 2024 3 Min Read
Comments Off on Apa sebenarnya yang berlaku dalam Petisyen Nik Elin

Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 seksyen dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 adalah terbatal dan tidak sah.

Panel lapan hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan itu selepas membenarkan petisyen dikemukakan seorang peguam, Nik Elin Zurina dan anaknya, Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman.

Antara peruntukan kesalahan dalam enakmen itu yang terbatal adalah Seksyen 11 iaitu memusnahkan atau mencemarkan tempat ibadat, kesalahan liwat (Seksyen 14) dan persetubuhan dengan mayat (Sesyen 16).

Keputusan Mahkamah Persekutuan yang mengisytiharkan 16 kesalahan syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 terbatal dan tidak sah sepatutnya menjadi pencetus kepada usaha memperkasa undang-undang syariah dan Mahkamah Syariah, khususnya di peringkat negeri.

Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang, berkata sebagai tindakan susulan, satu jawatankuasa khas di peringkat negeri wajar dibentuk bagi meneliti peruntukan syariah sedia ada walaupun telah diwujudkan Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

“Kes Nik Elin ini boleh dijadikan pencetus untuk memperkasakan lagi undang-undang syariah dan Mahkamah Syariah di negara ini, khususnya di negeri. Negeri juga seharusnya menubuhkan satu jawatankuasa khas untuk mengkaji perkara ini dengan memanggil semua pemegang taruh berkaitan dan semua pihak yang terbabit dengan Mahkamah Syariah.

“Kesemua mereka perlu sama-sama berbincang dan menilai langkah ke hadapan bagi pemerkasaan Mahkamah Syariah termasuk melakukan apa-apa pindaan undang-undang di negeri.

Apa sebenarnya yang berlaku?

Petisyen yang difailkan oleh Nik Elin Zurina dan Tengku Yasmin tidak ada kaitan dengan kedudukan Mahkamah Syariah atau Islam di negara ini. Kedua-duanya terjamin dalam Perlembagaan yang menjaga hak setiap rakyat Malaysia.

Pertindihan di antara Enakmen Jenayah Syariah dan Undang-undang Persekutuan telah lama wujud. Sebab itu telah diwujudkan Jawatankuasa Khas pada bulan lepas untuk melihat isu pertindihan di antara keduanya.

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Tun Azmi dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Khas ini. Jawatankuasa ini akan membantu untuk melihat kompetensi DUN untuk menggubal undang-undang Islam. Langkah ini sebenarnya membantu untuk memperkasakan Mahkamah Syariah.

Berbalik kepada keputusan Mahkamah, Nik Elin dan Tengku Yasmin mencabar 20 daripada 68 seksyen dalam Enakmen Kanun Syariah (I) 2019 negeri Kelantan.

Pempetisyen berhujah bahawa 20 enakmen yang dicabar adalah di bawah bidang kuasa Parlimen dan DUN Kelantan tidak memiliki kuasa untuk mengubalnya.

Isu pokok adalah:
“Adakah DUN Kelantan memiliki kuasa untuk menggubal 20 enakmen yang dicabar – atau ia sebenarnya di bawah kuasa Parlimen?”

Ia bukan isu kedudukan Islam atau Mahkamah Syariah di Malaysia.

Undang-undang Islam dibahagikan kepada tiga – Hudud, Qisas, dan Takzir.

Di Malaysia, kita hanya menggunakan Takzir.

Takzir bermaksud hukuman yang dikenakan oleh pemerintah yang akan ditentukan oleh budi bicara hakim. Mahkamah syariah dan sivil kedua-duanya menggunakan hukuman takzir.

Cuma, undang-undang takzir di Mahkamah Syariah ditentukan oleh DUN, manakala Mahkamah Sivil digubal Parlimen.
Itu yang saya katakan tadi – ada beberapa pertindihan dan jawatankuasa khas sedang mangkaji.

Namun, Perkara 75 Perlembagaan mengatakan jika ada undang-undang negeri yang tidak selaras dengan Persekutuan, maka undang-undang itu akan terbatal.

Antara hujah penghakiman daripada ringkasan penghakiman ketika membuat keputusan ini:

“…Jika dari segi inti patinya peruntukan yang dibuat oleh Badan Perundangan Negeri itu adalah perkara yang termasuk di dalam Senarai Persekutuan, maka Badan Perundangan Negeri tidak mempunyai kuasa untuk membuat undang-undang itu.”

Bahasa mudahnya, beberapa undang-undang yang terbatal telah diperuntukkan hukumannya melalui Kerajaan Persekutuan – dan berada di bawah bidang kuasa Parlimen.

Dakwaan yang mengatakan selepas ini sudah boleh melakukan sumbang mahram atau meliwat adalah tidak tepat kerana ia tetap termasuk jenayah dalam Kanun Keseksaan.

Sebagai rakyat amat penting untuk kita menambah pengetahuan dengan membaca atau benar-benar melakukan kajian terhadap sesuatu isu. Hanya dengan cara ini kita tidak mudah dimanipulasikan oleh kumpulan yang hanya bermain sentiman keagamaan atau bangsa.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
f1
Previous

Najib dapat pengurangan hukuman, pelbagai reaksi timbul

f1
Next

Muhyiddin dakwa dituduh, SPRM kata jangan perasan

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme