Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
f1
Isu Semasa

Isu demonstrasi awam, tidak perlu permit polis

By Subeditor
June 26, 2024 3 Min Read
Comments Off on Isu demonstrasi awam, tidak perlu permit polis

Suara Mahasiswa yang menyertai perhimpunan #KamiMahuAir Sabah tidak menyerahkan memorandum yang ingin disampaikan kepada kerajaan Sabah. Kumpulan disertai kira-kira 80 mahasiswa dan orang awam itu dilihat terus berada di hadapan menara sambil melaungkan keinginan mereka untuk menghantar memorandum kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya dilihat berada di lokasi untuk menerima memorandum namun sehingga kini tak diserahkan kepada mereka. Kordinator Sekretariat Perhimpunan itu, Mohammad Norhamdin Nordin berkata, mereka tunggu Ketua Menteri Sabah untuk menyerahkan memorandum tersebut.

“Memang niat dari awal adalah untuk menyerahkan ini kepada Ketua Menteri Sabah walaupun berapa lama mungkin bermalam, kami akan bermalam di sini untuk menunggu Ketua Menteri Sabah datang. Sebab kami mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) sudah datang ke Jabatan Air untuk berbincang dan Khamis lalu ada juga mahasiswa UMS berjumpa dengan Shahelmey (Timbalan Ketua Menteri), jadi kita terus saja kepada Ketua Menteri Sabah,” katanya

Ditanya kandungan memorandum yang ingin diserahkan, Mohammad Norhamdin berkata, terdapat enam tuntutan terhadap kerajaan Sabah.

“Pertama tuntutan asas iaitu kami mahu air. Kedua, kami mendesak campur tangan kerajaan Persekutuan membantu kerajaan Sabah secepatnya sebab kami faham bahawa isu air ini adalah di bawah kerajaan negeri. Ketiga, kami menggesa campur tangan daripada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) seperti sebelum ini ada isu rasuah di Jabatan Air. Jadi kami desak SPRM masuk semula ke kerajaan Sabah dan UMS untuk semak dan imbang semula.

“Seterusnya, pastikan segala kepincangan dan karenah birokrasi JANS berkaitan air dapat diselesaikan dan kelima kami mahu ketelusan daripada kerajaan Sabah masalah sebenar Sabah, buat satu sidang media khas, beri tahu apa masalah jabatan air ini kenapa Sabah tiada air.

“Terakhir, adalah menggesa rombakan penuh terhadap individu-individu yang berkaitan menguruskan air di Sabah,” katanya.

Sementara itu, Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya ketika ditemui berkata, beliau diwakilkan Ketua Menteri untuk menerima memorandum tersebut.

“Namun apa yang dimaklumkan oleh polis yang berhubung dengan ketua demonstrasi ini mereka enggan beri memorandum tersebut kepada saya, dan hanya ingin bagi Ketua Menteri,” katanya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, setakat ini situasi perhimpunan tersebut dalam keadaan terkawal. Namun menurutnya, penganjur perhimpunan ini boleh diambil tindakan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 kerana tidak memohon permit.

Suaram minta polis jangan kelirukan orang awam tentang demonstrasi aman

Suaram membidas hujah polis kerana berkeras mahukan permit untuk mengadakan perhimpunan walaupun tiada keperluan sedemikian dinyatakan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012 (PAA).

NGO hak asasi itu mengulas laporan media yang memetik Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Kasim Muda sebagai berkata tiada kelulusan diberikan kepada pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS) yang mahu menganjurkan perhimpunan ‘Kami Mahu Air Sabah’.

“Permit tidak diperlukan untuk menganjurkan perhimpunan aman. Perkara ini telah diperkukuh oleh Ketua Polis Negara pada 4 Mac tahun ini, malah termaktub dalam Akta Perhimpunan Aman melalui keperluan penganjur untuk memaklumkan polis lima hari sebelum perhimpunan,” kata Pengarah Eksekutif Suaram Sevan Doraisamy

Mengulas lanjut, Sevan berkata, polis perlu menghentikan amalan lama yang mengelirukan rakyat untuk mempercayai bahawa permit diperlukan untuk protes menjadi ‘sah’.

Sebaliknya, katanya, polis bertanggungjawab melindungi hak orang ramai untuk berhimpun secara aman, iaitu hak asasi yang dijamin di bawah Perkara 10(b) Perlembagaan Persekutuan.

Mana-mana orang awam boleh menganjurkan dan mengambil bahagian dalam perhimpunan aman tanpa perlu menghadapi ugutan dan tindak balas daripada mana-mana pihak. Ini kerana ia adalah saluran yang sah untuk bersuara mengenai isu-isu berkepentingan.

Kerajaan kata akan terus berusaha untuk selesaikan masalah air

Kerajaan berusaha untuk menyelesaikan masalah bekalan air di negeri-negeri menghadapi kesukaran tersebut termasuk negeri dipimpin pembangkang, dalam membantu rakyat tanpa mengira soal parti politik.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau juga telah mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak, termasuk Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob dalam menyelesaikan masalah bekalan air di negeri pembangkang itu.

“Di Nibong Tebal ada masalah air, di Kedah ada masalah air, di Kelantan lagi masalah air dan di Sabah pun masalah air. Kita cuba selesaikan, dan di Kelantan saya tanya Menteri Besar Kelantan dan beliau maklumkan pam tak boleh bawa naik air iaitu sebab pam tak cukup tinggi untuk ambil air dan apa saya buat, saya arah beli segera pam.

“Ini bukan soal parti politik, ini soal rakyat yang kita buat untuk bantu… Mat Sabu (Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu) juga ambil keputusan (laksanakan) operasi pembenihan awan di Kelantan, supaya hujan di sana dan kita ikhtiarnya dengan baik supaya dapat selesaikan masalah air,” katanya ketika berucap merasmikan Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) MADANI Pulau Pinang di Dewan Seberang Perai (SP) Arena

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
f1
Previous

Isu BlackRock, Anwar beri penjelasan tuntas

f1
Next

Calon PhD lawan calon kurang berpendidikan

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme