Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
Isu SemasaPolitik

Ketua Pengarah YaPEIM ugut stafnya, ramai yang nak dia dipecat

By Editor
May 16, 2019 3 Min Read
Comments Off on Ketua Pengarah YaPEIM ugut stafnya, ramai yang nak dia dipecat

Sekarang tengah kecoh video rakaman Ketua Pengarah YaPEIM, Dato Abibullah Samsudin berucap di retreat YEC Yapeim sblm PRU mengecam PH. Dia melabel DAP sebagai anti-Islam, evangelist Kristian. Bagi mereka yang tertanya-tanya YAPEIM ni apa sebenarnya; Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) ialah sebuah yayasan yang ditubuhkan oleh Kerajaan Persekutuan pada 13 Oktober 1976 dan diperbadankan di bawah Trustee (Incorporation) Act 1952.

Via YaPEIM

Bagi menggerakkan potensi dan meluaskan peranannya, YaPEIM telah disusun dan dilancarkan semula pada 20 Julai 1984 oleh Perdana Menteri Malaysia ketika itu dan sekarang, Tun Mahathir Mohamad.

Apa yang menarik dalam video ucapan Ketua Pengarah YaPEIM tu

Selain daripada menggelarkan DAP sebagai anti-Islam, dia juga mengatakan Parti Amanah Negara  parti serpihan, ‘nyamuk’ dan tidak akan wujud selepas pilihan raya. Dia sempat kata Amanah sebenarnya dikawal DAP. Jangan risau, semua parti dalam Pakatan Harapan akan dapat bahagian masing-masing. Untuk PKR pulak, Selain tu, ia dikatakan sebagai parti yang majoriti bukan Melayu, dia juga kata jika PH menang negara akan diperintah oleh Cina dan Melayu jatuh ke kelas kedua.

1. EKSKLUSIF: Ketua Pengarah @YaPEIM_Official, Dato Abibullah Samsudin berucap di retreat YEC Yapeim sblm PRU mengecam PH. Melabel @dapmalaysia sebagai anti-Islam, evangelist kristian. Dulu dah viral video dia berkempen utk BN. Ni lebih teruk. Apa kata DAP @syahredzan? pic.twitter.com/jJnH1gZeZZ

— bawangst (@bawangst) July 23, 2018

Calon Perdana Menteri PH masa tu, Tun Mahathir dikatakan terlalu tua untuk jadi PM. Tun Mahathir disamakan dengan Gus Dur, yang dikatakan terlalu teruk di Indonesia sampai tak ada pemimpin yang celik terpaksa pilih yang buta disebabkan rakyat tak celik mata dan hati. Apa yang paling tak boleh diterima, dia siap ugut semua kakitangan YaPEIM yang dia akan periksa dengan SPR untuk tengok siapa undi Pakatan Harapan. Dia kata siapa yang mengundi PH, tak layak kerja dengan YaPEIM.

Selain tu, Pusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) pernah dakwa YaPEIM telah membelanjakan sebanyak RM290,000 dana anak yatim untuk program “Simposium Perdana Paris: Isu Perkahwinan, Kekeluargaan, Keusahawanan dan Pengurusan selama 14 hari pada hujung Disember 2014 dan awal Januari 2015.

Menurut Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada waktu tu, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki kata program itu adalah sebahagian daripada aktiviti yayasan untuk membendung LGBT di Malaysia. Sebabnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini terdapat banyak kritikan yang mendakwa bahawa tiada apa yang dilakukan bagi menangani isu-isu seperti budaya LGBT, sampai ke satu tahap kita melihat ada pelajar-pelajar kita di UK memuatkan (upload) gambar lelaki mencium satu sama lain di bibir.

Masalah salah guna kuasa ni diakui sendiri oleh YaPEIM

YaPEIM mengakui wujud kemungkinan salah laku dan kecuaian terhadap pihak pengurusan yayasan tu sejak beberapa tahun yang lepas. Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Yapeim yang baru Dr Mohd Daud Bakar kata pandangan itu diperoleh selepas meneliti laporan audit luar oleh firma PwC.

“Berdasarkan laporan kepada firma PwC dan juga dapatan daripada inisiatif pihak LPA sendiri yang melakukan pemantauan dan interaksi dengan pihak pengurusan secara berterusan sejak Nov 2018. Pihak LPA Yapeim mengenal pasti beberapa kemungkinan salah laku dan kecuaian pentadbiran oleh pihak pengurusan Yapeim sejaka beberapa tahun yang lepas,” kata Mohd Daud seperti yang dilaporkan Malaysiakini

Dr Mohd Daud Bakar. Via Malaysiakini

Isnin lalu, portal The Malaysia Insight melaporkan YaPEIM alami kerugian RM12 juta menerusi skim gadaian emasnya Ar-Rahnu yang melibatkan 1,000 pelanggan. Selain tu, portal itu memetik dokumen sulit kerajaan yang menunjukkan kerugian berlaku apabila YaPEIM gagal membuat lelongan ke atas barang kemas tidak ditebus sebanyak 300 kg dengan nilai RM80 juta, dari 2012 hingga 2014.

Emas. Via Giphy

Mohd Daud yang baru dilantik ke jawatan LPA YaPEIM November tahun lalu mengakui agak bimbang dengan semua dapatan daripada juruaudit berkenaan namun gembira kerana urusan itu dapat diselesaikan mengikut cara yang profesional.

Semoga YaPEIM akan kembali berfungsi dengan sepatutnya

Kami bukanlah nak jatuhkan Dato Abibullah Samsudin tu, takda masa kami nak main jatuhkan orang time bulan Ramadan ni. Tapi apa yang dia lakukan tu agak keterlaluan, lebih-lebih lagi apabila dia ugut pekerja YaPEIM untuk tak mengundi PH. Dalam sesebuah negara demokrasi, undi adalah pilihan masing-masing.

Sejak PRU14, YaPEIM dah tukar Lembaga Pengarah dan lantik PwC untuk lakukan audit terhadap YaPEIM. Moga usaha-usaha ni boleh bantu YaPEIM kembali kepada fungsi asalnya, dan dakwa mereka yang dah pecah amanah.

Author

Editor

Follow Me
Other Articles
Previous

Kisah Cikgu Asnawi, guru yang mengajar di Sarawak

Next

Aliff Aziz dan Bella cerai, Aliff setuju berikan nafkah RM1,000 sebulan

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme