Kisah Cikgu Asnawi, guru yang mengajar di Sarawak

Kisah Cikgu Asnawi, guru yang mengajar di Sarawak

Pejam celik, pejam celik, 16 Mei datang lagi tahun ini, Hari Guru di Malaysia. Pendidik yang punya banyak gelaran; guru, cikgu, ustaz, ustazah, pensyarah dan sebagainya adalah individu penting untuk membina negara bangsa. Justeru, Hari Guru diraikan bagi menghargai segala jasa dan pengorbanan mereka.

Kisah Cikgu Asnawi yang berkhidmat di Sarawak

Mohd Asnawi Satdimin (Cikgu Asnawi) seorang guru yang berusia 32 tahun berkongsi kisah bagaimana satu ketika dahulu dia pernah berkhidmat di SMK Ulu Baliangan, Sarawak selama empat tahun. Kini, dia sudah kembali ke Semenanjung untuk mendidik para pelajar di sini.

Semasa mengisi permohonan posting dulu, dia tidak terlintas langsung untuk mengajar di Sarawak, tetapi semuanya ketentuan Allah. Semua itu diterimanya dengan hati terbuka, pada awal perjalanan ke Sarawak Cikgu Asnawi diselubungi perasaan teruja dan tidak sabar-sabar untuk mengajar.

Guru-guru SMK Ulu Balingian. Via Cikgu Asnawi

Sudah tentu tempat kelahiran Cikgu Asnawi di Selangor adalah sangat berbeza dengan keadaan di Sarawak. Terutamanya dari segi kemudahan mengajar dan kawasan tempat tinggal, ia amat jauh berbeza. Sebagai manusia biasa, dia ada juga rasa kecewa kerana terpaksa meninggalkan keluarga tercinta, tetapi demi amanah yang diberikan, dia tetap mendidik anak bangsa.

Cikgu Asnawi tengah syok mengajar. Via Cikgu Asnawi

Berhadapan dengan masalah bekalan air dan elektrik terputus

Pengalaman dan cabaran di luar bandar mengajar Cikgu Asnawi erti kesabaran dalam menjadi seorang pendidik. Walaupun hanya berkhidmat selama 4 tahun di Sarawak, namun pengalaman yang dilalui di situ adalah pengalaman yang paling mahal dan tidak akan dilupakan.

Anak murid fokus menimba ilmu. Via Cikgu Asnawi

Kehidupan yang serba kekurangan dengan masalah sukar mendapatkan bekalan air bersih dan masalah bekalan elektrik yang sering terputus. Ini semua sudah sebati dalam kehidupan seharian di sana sehingga kadangkala terpaksa bermalam tanpa lampu dan kipas menjadikan Cikgu Asnawi seorang guru yang tabah dan cekal.

Menurut Cikgu Asnawi, jika difikirkan segala peristiwa itu sebagai satu kenangan yang pahit, maka ianya adalah satu bebanan kepada kita dan berfikiran positif perlu sentiasa ada dalam fikiran setiap masa.

Cuma cabaran yang paling besar adalah penggunaan keperluan asas seperti air yang masih menggunakan genset untuk mendapatkan bekalan air bersih dan kadangkala ianya terpaksa dicatu. Malah menurut Cikgu Asnawi, membasuh pakaian di sungai adalah menjadi rutin kebiasaan di sana.

Komen Cikgu Asnawi terhadap isu yang tular di media sosial

Baru-baru ini, sebuah video tular di Facebook memaparkan seorang lelaki warga emas dikelilingi sekumpulan remaja lelaki di Kampung Sijangkang, Selangor. Di mana, dalam rakaman video berdurasi 1 minit 42 saat itu menunjukkan beberapa orang remaja sehingga sanggup membuli seorang warga emas.

Video yang telah tular itu telah mendatangkan kemarahan ramai sehingga kesemua remaja tersebut diburu oleh penduduk kampung. Cikgu Asnawi ada beberapa pendekatan dalam menangani perkara seperti ini.

Pertama sekali, dia kata kena tengok faktor utama yang menjadikan pelajar itu bertindak sedemikian rupa dan dapatkan bantuan kaunselor bagi memberi bantuan kaunseling. Tetapi pelajar-pelajar ini kadangkala memilih guru juga untuk menceritakan masalah mereka dan langkah yang paling bagus mendekati mereka ini adalah dengan menjadikan mereka sebagai kawan.

Selamat hari guru buat Cikgu Asnawi dan semua pendidik

Apa yang boleh dikatakan, pelajar-pelajar di sana dilihat lebih meraikan kami sebagai guru sehingga terdapat pelajar yang layan cikgu ini seperti keluarga mereka sendiri. Ada yang datang ke sekolah bawa bekal untuk guru dan bermacam-macam lagi.

Via Pos Kupang

Cikgu Asnawi sangat terharu melihat ketabahan pelajar-pelajar di sana menuntut ilmu dalam serba kekurangan dan itulah adalah kenangan terindah beliau berkhidmat di Sarawak suatu masa dahulu.

Selamat Hari Guru buat Cikgu Asnawi dan semua tenaga pengajar yang dah banyak berkorban untuk agama, bangsa dan negara! Selesai je baca artikel ni, pergi ucap terima kasih kat guru korang!

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top