Bunuh diri kerana undian Instagram, mereka yang mengundi boleh didakwa

Bunuh diri kerana undian Instagram, mereka yang mengundi boleh didakwa

Dengan dunia sekarang berada di hujung jari, macam-macam benda boleh jadi. Kami fikir apabila semua dah berada di hujung jari, manusia akan makin punya rasa simpati dan empati yang tinggi. Baru-baru ni, seorang remaja 16 tahun merealisasikan undian netizen yang mengundinya untuk “mati” dengan terjun bangunan di tingkat tiga sebuah rumah kedai di Bandar Baru Batu Kawah dekat sini malam tadi.

Dipercayai tertekan dengan sikap bapa tirinya

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Aidil Bolhassan memberitahu Astro Awani, mangsa membuat undian tersebut melalui akaun Instagram.

“Sebanyak 69 peratus rakan instagram mangsa menyokong hasratnya untuk mati menerusi kotak undi yang dimuat naik sekitar jam 3 petang hari kejadian,”

Mangsa sebelum tu menulis catatan ‘Really Important, Help Me Choose D/L pada kotak undi. D bermaksud ‘die’ (mati) manakala L bermaksud ‘live’ (hidup).

Via Giphy

Mangsa turut memuat naik status ‘WANNA QUIT F**KING LIFE I’ M TIRED’ dalam facebooknya.Semakan pada telefon bimbitnya pula, menemui status WeChat yang mengucapkan sayang kepada kawan-kawannya, yang ditulis dalam bahasa Cina.

Kata Aidil, remaja tersebut dipercayai tertekan selepas bapa tirinya berkahwin dengan wanita Vietnam di Singapura dan jarang pulang ke rumah mereka. Mangsa ditemui sekitar jam 8.00 malam oleh seorang lelaki, yang kemudian melaporkan insiden tersebut kepada Balai Polis Batu Kawa.

Via Tenor

Mayat mangsa kemudian dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Umum Sarawak untuk prosedur bedah siasat. Tiada unsur jenayah dikesan di lokasi dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mereka yang mengundi ‘dead’ boleh didakwa membunuh tanpa niat

Ramai yang tak mengetahui golongan yang menggalakkan serta membantu seseorang untuk bunuh diri dianggap sebagai membunuh tanpa niat. Di Amerika Syarikat, kesalahan ini digelar sebagai ‘involuntary manslaughter’ atau membunuh tanpa niat.

Masyarakat Malaysia dikejutkan dengan kematian seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ekoran menerima 69 peratus sokongan untuknya memenuhi hasrat membunuh diri.

Via Notakaki

Peguam dan Penganalisis Undang-Undang, Dr Syed Iskandar Syed Jaafar Al Mahdzar berkata di Malaysia sudah ada Seksyen 304A Kanun Keseksaan undang-undang yang sama diguna pakai di Amerika Syarikat.

“Amerika ada involuntary manslaughter dan kita pula ada ‘kesalahan membunuh tanpa niat secara cuai. Kedua-dua ini disebabkan kecuaian,” katanya semasa ditemu bual dalam program Komen Tengah Hari di Astro AWANI.

Tambahnya lagi, netizen yang mengundi atau memberi pendapat berkenaan bunuh diri itu sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan apa yang mereka lakukan. Jangan mereka ingat orang yang nak bunuh diri itu bercakap secara main-main. Jadi, mereka perlu ambil tindakan serius bila ada perkara ini berlaku.

Beliau juga tidak menolak seandainya kerajaan mahu menimbang untuk menggunakan Seksyen 304A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan membunuh tanpa niat dengan cuai sebagai ganti untuk penghilangan nyawa dengan kelalaian di Malaysia jika pengendali media sosial tidak dapat menangani masalah ini.

Bayangkan dipenjara kerana mengundi di Isntagram. Via Tenor

Menurut Penganalisis Undang-Undang itu, ramai yang mengundi sesuka hati mereka hingga menyebabkan kematian boleh didakwa dan dihukum sekurang-kurangnya penjara dua tahun.

Sudah ada seruan untuk mengambil tindakan

Memetik laporan portal berita Malay Mail, peguam dan ahli politik, Ramkarpal Singh menggesa pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk menyiasat kes ini. Beliau juga menyelar tindakan masyarakat yang dengan secara tidak bertanggungjawab mendorong kepada kematian remaja itu.

Oleh sebab tu, lepas ni kami pesan kat korang; berhati-hatilah ketika menggunakan sosial media, jangan disebabkan sikap cuai anda, orang pergi bunuh diri.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top