Perak dicadangkan untuk jadi Bandar Integrasi TVET, macam mana pulak tu?!

F1

Permintaan pasaran kerja zaman kini semakin memerlukan tenaga kerja yang tak hanya miliki kemahiran insaniah, tetapi mereka perlu mempunyai kepakaran yang sesuai dengan pelbagai sektor yang ada. Pada waktu ni, latihan kemahiran macam vokasional dan teknikal perlu dipergiat lagi terutamanya untuk kalangan belia.

Vokasional
Khusyuk pelajar-pelajar vokasional ni…Via Berita Harian

Latihan vokasional bukan lagi untuk pelajar tercicir, tapi ramai yang pilih nak ambik kursus kemahiran

Potensi latihan Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TEVT) semakin besar apabila semakin banyak industri dan sektor kerja yang memerlukan kemahiran-kemahiran manual seperti kimpalan, kesetiausahaan, kejuruteraan elektrik, elektronik dan automotif. Nak cakap pendidikan vokasional ni hanya untuk pelajar tercicir atau tak cemerlang je bukan lagi satu pernyataan yang sesuai dah.

Sebab tulah, kerajaan sekarang nak gandakan lagi usaha nak sedarkan masyarakat bahawa sekarang ni, masuk universiti je tak lagi janjikan kedudukan dan gaji yang tinggi. Ada kemahiran insaniah (soft skill)  dan kemahiran berbahasa Inggeris jugak antara kemahiran yang dah dianggap wajib dalam industri pekerjaan. Namun, kemahiran vokasional dan teknikal masih lagi penting kerana secara langsung, ia boleh memenuhi keperluan industri yang relevan dengan kemahiran yang ada dalam kalangan belia.

Ye lah, universiti teknikal kita pun tak banyak. Yang banyak pun adalah institut kemahiran awam yang menawarkan banyak program. Dah ramai usahawan berjaya yang lahir dari institusi latihan kemahiran awam sebenarnya. Mereka sendiri pun ada sijil yang diiktiraf ye, iaitu Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dengan pelbagai tahap. Mungkin korang ingat lagi tahun lalu pasal kisah Iron Lady kita yang merupakan wanita pertama bekerja sebagai jurukimpal dalam air pertama di Malaysia ni.

Nur Izzati 2013 Kimpalan
Nur Izzati tengah sibuk bekerja. Via Says.com

Perak jadi negeri pertama perkenal program latihan kepada sekolah Islam

Cadangan Bandar Integrasi TVET ni bertepatan dengan usaha Belanjawan 2020 yang nakkan lebih ramai anak muda menempatkan diri dalam pelbagai program kemahiran. RM5.9 billion kot… banyak tu! Tambah lagi, institut TVET pun dah semakin banyak menghasilkan tenaga kerja dan tenaga pengajar yang mahir. Boleh jadi lama-kelamaan, negara lain pun buka peluang kerja kat anak-anak kita sebab kat negara mereka, tak ramai yang cukup berkemahiran.

Kpm Belanjawan 2020
Ringkasan dari Kementerian Pendidikan. Via KemPendidikan

Selain dari insiatif Kerajaan Pusat sendiri, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) pula kini tengah bekerjasama dengan beberapa negara Nordic seperti Norway, Finland dan Sweden untuk beri latihan kemahiran vokasional dan teknikal buat para pelajar sekolah Islam termasuklah sekolah pondok dan anak-anak yang datang dari keluarga miskin. Menurut Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, Presiden MAIPk:

“Saya sendiri sudah maklumkan dengan Sultan Perak (Sultan Nazrin Shah) tentang perkara ini dan baginda sudah perkenankan. Program tersebut akan berlangsung pada Jun depan (Jun 2020),” – Tan Sri Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin, seperti yang dilaporkan oleh Bernama pada 26 Disember 2019

Automotive Malaysia
Walaupun dengan adanya mesin, tenaga manusia masih penting. Via NST

Bagi kami, ni suatu idea yang menarik dan seharusnya kerajaan negeri lain pun kena belajar langkah ni untuk memperkasakan keluarga miskin dan para pelajar sekolah pondok dan sekolah tahfiz. Program ni pun difikirkan oleh MAIPk sebagai suatu cara nak memberi solusi kepada mereka yang tak berkemampuan untuk memajukan diri. Selain tu, mereka pun turut menyumbang kepada jumlah tenaga kerja produktif negara.

Cadangan Bandar TVET di Perak, jadi pusat bandar pintar dan bersepadu

Idea bandar pintar ni nampaknya turut diteruskan dalam visi 2020, sejak 2017 lagi, pembinaan sebuah bandar pintar sentiasa berada dalam minda kerajaan. Lepas Putrajaya, Cyberjaya dan Bandar Iskandar, kali ni satu lagi bandar pintar lagi nak dimajukan. Berbeza dengan beberapa bandar pintar yang lain, konsep bandar pintar yang dicadangkan kat Perak ni lebih berfokuskan pada pembangunan latihan vokasional dan teknikal.

Bandar Pintar
Via Huawei

Secara asasnya, konsep bandar pintar ni adalah;

“Bandar yang menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dan kemajuan teknologi untuk menangani isu-isu perbandaran dan meningkatkan tahap kehidupan, pertumbuhan ekonomi, kemampanan alam sekitar dan pengurusan bandar yang lebih efisien dan selamat”. – Laporan Draf Rangka Bandar Pintar di Malaysia 2018-2025″

Bandar pintar ni mengutamakan teknologi pintar untuk menyelesaikan isu-isu perbandaran, di samping menjadi bandar penting untuk memacu ekonomi dan kesejahteraan masyarakat. Misalnya, ada infrastruktur penting yang berdekatan dengan taman perumahan, mesra OKU dan boleh disifatkan sebagai bandar yang selamat dengan bantuan pihak berkuasa dan polis peronda.

Atau polis separa robot? Via Giphy

Jadi kat mana cadangan Bandar TEVT ni? Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar kata ‘Bandar TVET’ ni akan diwujudkan di Tanjung Malim, Perak. Cadangan tersebut dah pun mendapat perhatian Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran dan akan dibincangkan dalam masa terdekat.

“Saya mengimpikan sebuah bandar pintar dan bersepadu dikenali Bandar TVET di Malaysia dan di dalamnya mempunyai universiti dan pusat industri sesuai dengan keperluan yang disasarkan di bawah program TVET… Sudah sampai masanya pemikiran anak muda berada pada satu tahap setanding masyarakat dunia dengan menjadikan Malaysia sebagai negara pengeluar produk ciptaan kita sendiri,”- Datuk Mahfuz Omar, seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian pada 19 Julai 2019

Bandar TEVT yang dicadangkan ni turut menjadi Pusat Sehenti Kawal Selia dan Tadbir Urus Pendidikan dan Latihan Vokasional TEVT, ia jadikan Perak sebagai pusat kepada usaha teraju negara dalam penghasilan tenaga berkemahiran yang sesuai dengan keperluan pasaran kerja.

Peluang TEVT terbuka luas, banyak ruang yang boleh ditambahbaik

Tumpuan kerajaan kini terhadap TEVT sebenarnya merupakan peluang emas buat anak muda di luar sana. Lebih banyak program akan ditambah dan dikendalikan oleh pakar bertauliah dan sentiasa dikaji keperluannya supaya tak berlakunya lambakan graduan TEVT ni.

Tvet Vokasional
Via JPKMalaysia

Usaha kerajaan negeri Perak pun harus kita contohi jugak sebab pendidikan ni kan tanggungjawab semua. Tak boleh harapkan kerajaan je berusaha, sedangkan kerajaan negeri lebih maklum dengan masalah-masalah rakyat negeri sendiri. Dahlah bekerjasama dengan negara-negara maju dan selalu dipuji sistem pendidikannya seperti Finland, kami pun rasa kagum dengan usaha dan pemikiran terkehadapan ni.

Selain tu, kami teringat kat Nurul Izzah dan beberapa cadangannya nak majukan TVET ni. Sesuailah dengan latar belakang pendidikannya untuk cakap pasal benda ni. Cadangan utamanya adalah nak tubuhkan sebuah suruhanjaya khas yang boleh meneliti perkembangan TVET ni agar selari dengan keperluan pasaran.

Nurul Izzah
Antara matlamat cadangan suruhanjaya tersebut. -Via Malaysiakini

Mungkin jika benarlah khabar angin yang kata Kementerian Pengajian Tinggi bakal diwujudkan semula, boleh jadi wujud lebih banyak ruang untuk laksanakan idea Nurul Izzah ni. Sebelum ni, KPT dah gabung dalam KPM ketika di bawah pimpinan Dr. Maszlee dulu. Kami setuju jugak jika adanya suruhanjaya sebegini agar tumpuan kerajaan tak tersasar kat penambahbaikan yang tak perlu dan tak berimpak tinggi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *