Isu undang-undang India yang menindas orang Islam, Tun Mahathir berikan teguran

F1
Isu undang-undang India yang menindas orang Islam, Tun Mahathir berikan teguran

Sejak tahun lalu, India dikecam seluruh dunia apabila Perdana Menteri mereka, Narendra Modi setuju luluskan pindaan terhadap salah satu undang-undang kewarganegaraan mereka. Pindaan ni memang mengejutkan orang ramai kerana secara langsung, ia menampakkan India ni macam pilih kasih pulak di antara pelarian Islam dan bukan Islam. Malaysia sendiri pernah tegur India, tapi kita pula kena marah balik…

Kita bersuara pun kena tegur balik…Via Giphy

Para pelarian bukan Islam di India sebelum 2015 diberi kewarganegaraan…

Pada mulanya, India ni jadi salah satu negara terdekat buat para pelarian dari negara sekitarnya untuk berlindung dari kekerasan dan kekejaman negara lain ke atas kaum minoritinya. Istilah ‘pelarian’ yang diamalkan dalam polisi India sebenarnya ikut istilah UN jugak.

Menurut Indian National Bar Association, pelarian mestilah seseorang yang mempunyai ketakutan yang berasas untuk dihukum atas sebab kaum, agama, kewarganegaraan, keanggotaan dalam kumpulan sosial atau politik yang terpaksa tinggal di luar negaranya dan gagal dapat perlindungan dari negaranya sendiri daripada ketakutan tu.

Lawan Cab India Akta
Antara protes anak muda. Via Change.org

Disember lalu, Citizen Amendment Bill (CBA) diluluskan kat Dewan Rakyat (Lok Sabha) dengan keputusan undi majoriti 311-80 dan di Dewan Negara (Rajya Sabha) dengan undi sebanyak 125 menyokong, manakala 105 menolak. Namun, CBA kemudiannya ditolak ramai khususnya dari aktivis kemanusiaan dan para mahasiswa di sana atas wujudnya unsur diskriminasi dan tak sepadan dengan prinsip India sebagai negara sekular.

Kata India Times, CBA bolehkan mana-mana penganut Hindu, Kristian, Sikh, Buddhisme, Zoroastrian yang jadi pelarian dari Pakistan, Afghanistan dan Bangladesh ke India hingga 31 Disember 2014 akan diserap menjadi warganegara. Selain tu, mana-mana komuniti enam minoriti seperti Hindu, Sikh, Buddhisme, Jain, Parsis dan Kristian hanya perlu tinggal di India selama 5 tahun untuk dapat kewarganegaraan India.

India Modi
PM Modi dikatakan semakin tak popular kerana langgar prinsip sekular negara India..Via ThePrint

Ni bukanlah kali pertama India buat perubahan yang nampak macam melebihkan orang bukan Islam. Pada 2015, mana-mana orang asing bukan Islam yang lari ke India akan diterima walaupun takde dokumen sah masa mereka masuk ke dalam negara tu.

Pelarian, minoriti India Islam ditinggalkan, ramai tak puas hati

Selain dari CAB ni, ada satu lagi benda yang buatkan ramai Muslim kat India tu gusar dengan kedudukan mereka. National Register of Citizens (NRC) ni dikatakan hanya terpakai di Assam, sebuah negeri India yang bersempadan dengan Bangladesh. Rakyat kat daerah tu kebanyakannya merupakan minoriti Islam di negara India, jadi NRC adalah alternatif kerajaan untuk pendaftaran rakyat India dengan pendatang asing dari Bangladesh.

California Nrc Cab
Muslim kat California Utara berdemonstrasi mengenai nasib India Muslim. Via Indica News

Dalam sebuah temu ramah antara jurucakap All India United Democratic Front (AIUDF), Aminul Islam dengan Reddiff.com, masih ramai rakyat Assam yang dah ada kat sana sebelum 1971 dan beragama Islam diketepikan dan tak dapat dokumen kewarganegaraan, serta tak didaftarkan sebagai ‘rakyat’ dalam NRC manakala ada pulak warga Bangladesh yang beragama Hindu berjaya didaftarkan. Mereka yang tak berjaya didaftarkan pula secara automatik akan dianggap sebagai orang Bangladesh.

Dengan wujudnya CAB, rakyat India beragama Islam semakin risau lantaran kerajaan di bawah BJP ni begitu jelas nak angkat nasionalisme Hindu. Benda ni kami dah pernah tulis dulu, sentimen agama ‘menang’ kat India, tapi gagal kat Indonesia.

Kenyataan Protes
Antara kenyataan protes terhadap NRC dan CAB yang dilihat tak adil. Via Livemint

Selain tu, kami pun faham kegusaran mereka. Apatah lagi lepas keluar sebuah kenyataan dari seorang menteri India dan merupakan Presiden BJP yang bagi kami, turut memburukkan keadaan tu.

“Tiada rakyat India yang akan dikeluarkan dari negara (India). Saya ingin maklumkan pada minoriti bahawa fasiliti istimewa akan dibina untuk mereka dan untuk yang lain (untuk NRC). Tapi saya ingin tanya, haruskah kita tetap buka sempadan kita untuk pendatang haram?”- Amit Shah, Menteri Dalam Negeri India

Hasil dari kenyataan tu, ramai dah kecut perut. PM Modi memang dah nafikan takkan wujud idea ‘kem penahanan’, tapi idea tu buatkan orang luar pun lebih risau dengan nasib minoriti Islam kat sana. New York Times misalnya turut melaporkan di Assam, masih wujud cerita nak bina kem penahanan kat sana. Macam yang kami kata tadilah, masalah ketelusan NRC ke atas minoriti Islam kat sana termasuklah agenda ideologi parti kerajaan BJP yang merunsingkan kita.

Comic Cab India Detention Islam
Keratan satira yang dilukis sebagai bantahan terhadap Modi. Via Reddit

Dr Mahathir tegur diskriminasi tak langsung, tak setuju polisi Modi

Mungkin Dr Mahathir ni ramai rakyat kita tak suka, tapi kat luar, tak dinafikan dia memang seorang tokoh pemimpin yang berani. Bab politik ni kami tak condong ke mana-mana ye… kami puji siapa yang patut dipuji, kami kritik siapa yang patut dikritik, kami persoal mana yang patut dipersoalkan. Dalam hal India ni, tak banyak negara nak bising pun. Malaysia antara negara yang peduli hal ehwal minoriti Muslim kat sana.

Mahathir Modi
Kritik kerana sayang…Via Scroll.in

Pada KL Summit tahun lalu yang turut dibelenggu dengan kontroversi, Mahathir mengkritik polisi PM Modi dalam NRC dan CBA yang dikhuatiri akan menjejaskan kehidupan dan kesejahteraan umat Islam kat India. Selain tu, polisi Modi turut disifatkan sebagai sebuah polisi anti-Muslim dan sudah tentu akan menimbulkan ketidakstabilan politik nanti kat India.

“Saya sedih melihat India, yang mendakwa (negaranya) adalah negara sekular kini sudah ambil tindakan untuk menafikan sebilangan Muslim daripada hak kewarganegaraannya… Jika kita buat benda tu di sini (Malaysia), saya tidak tahu apa akan jadi. Ia akan jadi huru hara dan tak stabil, semua akan menderita…”- Mahathir Mohammad, seperti yang dilaporkan oleh Aljazeera.com pada 21 Disember 2019

Cab Assam Rusuhan
Protes besar-besaran di Assam. Via The Indian Express

Tambah lagi, beberapa persatuan bukan kerajaan (NGO) India Muslim di negara kita turut serah memo nak bantah undang-undang warganegara baharu kepada Pesuruhjaya Tinggi India di Kuala Lumpur pada lewat Disember 2019. Antara NGO yang terlibat adalah Dewan Perniagaan dan Industri India Muslim Malaysia (MIMCOIN), Persekutuan Pertubuhan India Muslim Malaysia (Permim), Liga Muslim Penang, Gabungan Persatuan Malabari Malaysia (Umma), Persatuan Sahabat India Muslim Selangor dan Kuala Lumpur.

Reaksi India pulak nampak kurang senang dengan kritikan tersebut, yang mana India nasihatkan Malaysia agar tak masuk campur dengan fakta yang salah. Tapi macam peribahasa Melayu lah kan, ‘kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang’… UN sendiri pun pertikai hal yang terjadi kat India.

“Walaupun undang-undang naturalisasi India semakin diperluas, pindaan-pindaan ini akan memberi kesan diskriminasi terhadap akses orang lain ke arah kewarganegaraan…” – Jeremy Clarkson, jurucakap Pejabat Pesuruhjaya Tinggi UN High Commisioner for Human Rights (UHCHR).

Isu kewarganegaraan usah jadi bahan politik, boleh pecahkan negara

Nak pimpin negara ni bukan senang, apatah lagi dalam sistem demokrasi dan dalam soal kewarganegaraan. Kalau kat negara kita, isu kewarganegaraan sentiasa menjadi satu isu utama yang kadangkala dipermainkan sebagai bahan politik pula. Dah banyak kami bincang dalam beberapa artikel lepas mengenai isu kewarganegaraan ni, dan korang boleh nampak sendiri betapa kerapnya politik dicampur-adukkan dalam isu tersebut seperti Back For Good dan isu Pas Sementara Sabah.

Kat India sendiri, protes demi protes berlaku di atas jalan. Ada yang kena pukul, ada yang sampai kerajaan tutup Internet sebagai cara nak kawal keadaan, ada yang cedera sampai masuk hospital, hinggalah ada mahasiswa kat universiti terdengar bunyi tembakan dilepaskan dan diserang polis ketika mereka khusyuk belajar. Tu ke kita nak kat Malaysia?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top