KPKT nak sediakan kawasan merokok terbuka? Kami tanya doktor pakar pernafasan

F1

Sebelum kita masuk tahun 2020, ada orang bising sebab Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) peruntukkan RM1 juta untuk pembinaan kawasan merokok kat tempat awam termasuk kawasan komersial dan medan selera milik 155 pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negara.

Untuk pemilik restoran atau kedai makan (persendirian), KPKT ada garis panduan yang akan dikeluarkan, sebab diorang perlu mohon kebenaran daripada PBT untuk bina kawasan khas merokok dalam skala kecil termasuk premis yang ada dalam lot kedai.

KPKT akan beri peruntukkan sebanyak RM5,000 kepada PBT untuk sediakan kawasan merokok

Tempat merokok yang kami katakan ni bukan sekadar garisan kuning atau bentang tikar, tapi perlu ada bumbung, tempat duduk dan tempat buang puntung rokok. Peniaga jugak boleh bina tempat merokok ni secara berkongsi kalau tempat perniagaan diorang saling berdekatan, cuma kos kena ditanggung mereka sendiri.

S1
Via Awani

“Namun bagi kawasan awam pula, PBT diminta membuat permohonan peruntukan kepada KPKT untuk menyediakan kawasan khas merokok dengan KPKT memperuntukkan setiap sebuah pembinaan kawasan merokok itu kira-kira RM5,000, ” – Zuraida, seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini

Berita Harian laporkan, sehingga kini KPKT dah ada satu model kawasan khas merokok dibina kat Ampang yang ada dua pondok kawasan merokok dengan kelengkapan bumbung, tempat duduk dan tempat buang puntung rokok.

S3
Contoh kawasan merokok. Via Berita Harian

KPKT juga benarkan pemilik restoran atau kedai makan, untuk sediakan kawasan khas merokok di luar premis, yang penting jaraknya sekurang-kurangnya tiga meter dari meja makan terdekat. Cuma untuk kawasan khas merokok tu, perlu disediakan tempat untuk buang puntung rokok dan tak boleh dijadikan ruang makan dan minum oleh perokok.

Pada pandangan doktor pakar ni, menyediakan kawasan perokok merupakan satu pembaziran

Kebetulan kami ada satu member doktor pakar tentang saluran pernafasan yang nampaknya agak cakna dengan isu ni, namanya Dr Helmy Haja Mydin. Kami pun berkesempatan untuk tanya dia beberapa soalan berkenaan pelaksanaan ruangan khas untuk perokok ni. Ini antara soalan dan jawapan Dr Helmy Haja Mydin. Korang boleh ikuti Twitternya kat sini.

S13
Dr Helmy. Via The Star

1. Sebagai pegawai perubatan, apa pandangan umum anda terhadap pelaksanaan ini?

Pelaksanaan ini merupakan satu pembaziran wang rakyat. Sebagai rakyat Malaysia saya merasa kecewa dgn tindakan KPKT akan pembaziran ini. Sebagai seorang doktor saya merasakan tindakan KPKT adalah untuk menggalakkan tabiat merokok. Ini sangat betentangan dengan semangat yang dibawa selama ini iaitu menghindari tabiat merokok.

S1
Via SAYS

Pertubuhan Kesihatan Sedunia menganggarkan lebih 20 ribu kematian akibat merokok berlaku di Malaysia setiap tahun. Jadi saya tidak nampak mengapa pihak KPKT perlu membuat keputusan sedemikian rupa.

2. Adakah ia akan memberi kesan pada orang sekeliling? Kerana kawasan ini terbuka.

Sudah tentu. Kesan merokok bukan sahaja di kawasan tertutup malahan ia boleh memberikan kesan di kawasan tertumpu atau ‘confined spaces’ seperti tempat merokok yg dibina oleh Majlis Perbandaran Ampang. Tambahan lagi kita sekarang bukan hanya bercakap berkaitan secondary smoking, kita juga bercakap tentang tertiary smoking, iaitu partikel- partikel yang melekat di baju perokok masih boleh dihidu oleh orang sekeliling.

3. Sejauh mana asap rokok mampu menjejaskan kesihatan manusia jika kerap menghidu asap rokok di kawasan terbuka?

Kajian oleh WHO menunjukkan asap rokok dan malahan wap vape boleh menjangkau sehingga 10 meter bukan sahaja di dalam kawasan tertutup malahan di kawasan terbuka.

S1
Risiko merokok. Via Wikipedia

4. Apakah kaedah lain yang boleh dilakukan untuk memperbaiki keputusan ini, jika ada.

KPKT kena berhati-hati dalam menentukan tempat merokok. Ia bukan sahaja memberikan implikasi kepada penggalakkan tabiat merokok , ia juga memberikan gambaran kepada anak cucu kita bahawa merokok sesuatu yang diterima masyarakat.

Pada masa yang sama KPKT mesti memastikan undang-undang lain dipatuhi bukan sahaja di luar 3 meter daripada tempat makan malahan lain-lain tempat larangan merokok yang berada di sekitar kawasan tersebut.

Via Giphy

Bagi saya jika terpaksa apa yang patut disediakan adalah tempat pembuangan puntung rokok bukannya tempat merokok. Cukup sekadar satu tong sama seperti tong sampah yang lain.

Mungkin niatnya nak ‘prihatin’ kepada kelompok perokok, tapi ia akan jejaskan kesihatan orang lain…

Tentu sahaja perokok akan berikan argumen yang merokok tu sebenarnya hak diorang, dan sejak PH jadi kerajaan hak-hak untuk diorang merokok di restoran dah takde. Mungkin atas sebab inilah PH nak ‘prihatin’ untuk sediakan perokok-perokok ni kawasan khas untuk merokok. Cuma, apa yang dikatakan oleh Dr Helmy Nadine tu ada benarnya.

Merokok ni bukan setakat berikan kesan buruk kepada mereka yang menghisapnya je, tapi orang di sekeliling pun akan terkena kesan yang sama. Oleh sebab tu dah banyak kempen untuk galakkan orang berhenti merokok dijalankan; dan imej penyediaan kawasan merokok ni dilihat seperti kempen galakkan untuk merokok.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *