Dong Zong jumpa Dr Mujahid untuk bincang isu tulisan Jawi, ini hasilnya

F1

Isu Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) dengan tulisan Jawi bukan isu yang boleh bawak main-main. Ada orang yang masih percaya; isu Jawi merupakan salah satu sebab Dr Maszlee letak jawatan sebagai Menteri Pendidikan. Bagi sesiapa yang tertinggal bas, isunya bermula apabila diorang persoalkan tulisan Jawi dalam buku teks subjek Bahasa Melayu sekolah rendah.

Cuma dalam ‘kepanasan’ isu ni; akhirnya hujan rahmat pun turun untuk bagi sejuk sikit keadaan. Sebelum tu mari kita tengok balik kenapa benda ni makan panas masa kita sambut tahun 2020 dulu, sebabnya…

Dong Zong sambut tahun baru dengan hantar memorandum pembelajaran Jawi kepada Kementerian Pendidikan

Dong Zong mulakan tahun baru diorang dengan menyerahkan memorandum penolakan pembelajaran tulisan Jawi di sekolah vernakular kepada Kementerian Pendidikan. Diorang buat benda ni sehari sebelum Dr Maszlee letak jawatan.

Memorandum tu diserahkan Pengerusi Dong Zong, Tan Tai Kim, bersama dua pertubuhan Tamil disertai Pengarah CHILD Information, Learning and Development Centre, K Arumugam dan Presiden Tamil Foundation, M Thiraviam.

Tai Kim kata; pihaknya tak bantah pembelajaran tulisan Jawi tapi perlu dipersetujui secara sukarela oleh Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), ibu bapa dan murid, bukan secara paksaan yang boleh menimbulkan kebimbangan masyarakat Cina serta India.

S1
Tiga muka surat yang menggemparkan negara. Via MalaysiaKini

Dia kata penyerahan tu babitkan empat usul yang diluluskan dengan pendirian mempertahankan hak dan kuasa Lembaga Pengelola Sekolah supaya ada hak dan kuasa penentuan terhadap segala dasar Kementerian Pendidikan di Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK).

Katanya Dong Zong turut minta kerajaan prihatin terhadap pandangan masyarakat Cina dan India supaya pelaksanaan pengajaran tulisan Jawi dibatalkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu Tahun Empat di SJK.

Tan Tai Kim
Tan Tai Kim. Via MalayMail

“Kami setuju sekolah dijadikan medium memupuk semangat kepelbagaian budaya melalui kaedah interaksi budaya yang memperkenalkan seni tulisan pelbagai kaum termasuk Jawi, Cina, Tamil dan kaum lain. Kita juga mencadangkan Kementerian Pendidikan berdialog bersama pertubuhan pendidikan Cina bagi membincangkan masalah ini sebelum dilaksanakan,” – Tan Tai Kim, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Memorandum tu diserahkan kepada Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Sektor Dasar dan Pembangunan Pendidikan), Dr Habibah Abdul Rahim.

Dr Mujahid jumpa wakil Dong Zong dan Jiao Zong untuk bincang isu Jawi di SJK

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Dr Mujahid Yusof bersama Dong Zong dah capai kata sepakat mengenai langkah kerajaan perkenalkan pelajaran Jawi di sekolah vernakular. Benda ni berlaku selepas mesyuarat berlangsung di Putrajaya, semalam.

https://www.youtube.com/watch?v=P3DhaQ_sTBM

Dong Zong dan Persatuan Guru-guru Sekolah Cina Malaysia (Jiao Zong) setuju dengan pihak menteri bahawa Jawi bukan bertujuan untuk islamkan murid tapi ia warisan kebudayaan Malaysia yang perlu dihormati.

“Kami juga bersetuju bahawa tidak timbul isu Dong Jiao Zong menentang pembelajaran dan pengajaran Jawi. Dong Zong bukan pertubuhan yang rasis. Isu yang dibangkitkan adalah kaedah perlaksanaan pembelajaran yang memerlukan perbincangan secara konstruktif oleh semua pihak,” – Mujahid, seperti yang dilaporkan oleh MalaysiaKini

S1
Pertemuan semalam. Via MG

Mujahid kata macam tu kat sidang akhbar semalam. Menurutnya, dia akan bawa hasil pertemuan tu pada mesyuarat Kabinet akan datang. Diorang sepakat semua pihak perlu “meredakan ketegangan” dalam isu-isu yang menyentuh sensitiviti perkauman.

“Kami bersetuju semua pihak perlu meredakan ketegangan dalam isu yang menyinggung sensitiviti mana-mana pihak melalui pendekatan berhikmah dan bijaksana. Suasana ini amat penting agar pihak yang menangguk di air keruh selama ini tidak akan berpeluang mengeksploitasikan keadaan untuk agenda sempit mereka,” – Mujahid, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Siapa je tak suka kedamaiankan? Via Giphy

Berdasarkan polisi yang berkuatkuasa sejak awal tahun ni, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di sekolah-sekolah vernakular akan hantar borang kaji selidik kepada ibu bapa untuk bertanyakan jika diorang menyokong pengajaran pelajaran Jawi sebagai sebahagian daripada subjek Bahasa Malaysia.

Kalau sekurang-kurangnya separuh daripada ibu bapa di sekolah tu setuju, maka tiga halaman pelajaran Jawi tu akan diajar.

Isu tiga muka surat Jawi ni dah ‘ganggu’ keharmonian kaum, dan kami gembira ia dah berakhir

Kami harap pertemuan Dr Mujahid dan wakil Dong Zong bersama Jiao Zong dapat noktahkan pertelingkahan dalam isu ni. Lagipun Jawi ni tulisan je; sama dengan tulisan-tulisan yang ada kat dunia ni. Cuma, sebagai masyarakat Melayu pulak – kita kena faham, masyarakat lain mungkin tak tahu hal ni menyebabkan diorang skeptikal.

Jadinya, tugas korang adalah untuk menerangkan dan berbincang tentang Jawi. Sebab kalau tengok tiga muka surat yang dipersoalkan, ia ajar benda basic gila. Apa-apa pun, semua benda boleh bawak bincangkan? Gaduh banyak-banyak pun tak guna, sebab kita saling memerlukan di antara satu sama lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *