Saman langgar SOP naik ke RM10K, Najib kata ia perlu dibincang di Parlimen

f1
Saman langgar SOP naik ke RM10K, Najib kata ia perlu dibincang di Parlimen

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kami yakin ada beberapa keputusan kerajaan yang kebanyakan rakyat tak berapa nak setuju. Contoh yang paling mudah adalah peningkatan kadar kompaun dari RM1,000 kepada RM10,000 untuk mereka yang didapati ingkar Standard Operating Procedure (SOP) pandemik Covid-19. Keadaan ini buat ramai tertanya-tanya tentang kewajarannya.

728 X 90

Ramai je faham kerajaan nak pastikan rakyat mematuhi SOP untuk menangani pandemik Covid-19. Cuma, dalam keadaan rakyat tengah tertekan kerana ramai yang kehilangan sumber pendapatan, sudah tentu ia sangat membebankan rakyat.

Maksud ‘SOP’ terlalu umum, mungkin perlu klasifikasi kesalahan. Yang berat, dendanya lebih berat

Bagi mereka yang terlepas kapal, sesiapa yang didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan dikenakan kompaun sehingga RM10,000 bermula 11 Mac lepas. Bagi syarikat yang didapati melakukan kesalahan yang sama pulak boleh dikompaun sebanyak RM50,000. Kalau kita semak pada Pejabat Peguam Negara, diorang kata benda ni diwartakan di bawah Ordinan Darurat (Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit) (Pindaan) 2021.

Macam yang kami kata tadi, sebelum ni, di bawah Peraturan 3 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020, hukuman yang diperuntukkan adalah hukuman maksimum penjara enam bulan dan denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya.

Antara kesalahan yang boleh dikenakan kompaun ialah tak memakai pelitup muka, gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal, gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan, rentas daerah/negeri tanpa kebenaran dan aktiviti pusat hiburan.

eventis
Jangan lupa scan ye. Via TMR

Januari lepas, Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador berpendapat sudah tiba masanya nilai kompaun kerana ingkar dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) PKP.

Seorang lelaki dapat ‘hadiah’ RM10,000. Najib kata ia perlu dibincang di Parlimen

Pada hari pertama kompaun RM10,000 dilaksanakan, ada gambar tular kat media sosial menunjukkan sekeping surat saman atau surat kompaun kerana tak ikut SOP. Gambar ni dapat pelbagai reaksi netizen dan juga mendapat perhatian daripada bekas Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak.

br
Pening kepala weh kena denda RM10K. Via CeritaMaya

Dia kata Polis terpaksa mengenakan kompaun sebanyak RM10,000 bagi setiap notis yang dikeluarkan. Polis takde kuasa untuk tulis kompaun yang lebih rendah (atau lebih tinggi) sebab terpaksa ikut pindaan Ordinan Darurat dibuat kerajaan PN yang naikkan kompaun bagi sesiapa yang melanggar SOP.

Cara Ordinan tu digariskan kerajaan tak bezakan kesalahan yang tak sengaja dan tak serius seperti lupa/gagal scan MySejahtera atau gagal pakai face mask dengan kesalahan yang amat serius seperti langgar kuarantin wajib atau rentas negeri tanpa kebenaran.

Ini satu lagi contoh kenapa langkah kerajaan wajar dibincang dan diluluskan dalam Dewan Rakyat terlebih dahulu supaya ianya lebih adil pada Rakyat. Namun, nilai kompaun RM10,000 ini masih boleh diturunkan mengikut budi bicara Pegawai Kesihatan Daerah (PKD) jika pesalah membuat rayuan.

“Notis kompaun ditulis bernilai RM10,000 jika melanggar SOP, namun ia bergantung kepada budi bicara pegawai yang diberi kuasa iaitu PKD untuk menetap nilai sebenar kompaun dikenakan.” – Najib Razak

Cuma, Polis Diraja Malaysia (PDRM) ada gak mengeluarkan kenyataan tentang isu ini. Kompaun RM10,000 tu katanya hanya akan dikeluarkan kepada individu yang melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara berulang, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador. Jumlah sebenar kompaun dikenakan tu tertakluk kepada budi bicara Pegawai Kesihatan Daerah (PKD), kalau pesalah buat rayuan.

“Notis kompaun ditulis bernilai RM10,000 jika melanggar SOP, namun ia bergantung kepada budi bicara pegawai yang diberi kuasa iaitu PKD untuk menetap nilai sebenar kompaun dikenakan. Keputusan menaikkan nilai kompaun itu bagaimanapun bukan untuk menghukum orang ramai secara berlebih-lebihan atau membolehkan kerajaan mengutip wang daripada orang ramai,” – Abdul Hamid Bador, melalui sidang media khas Ketua Polis Negara

Abdul Hamid kata, pindaan ini dibuat bertujuan mengingatkan orang ramai bahawa perang ke atas COVID-19 masih belum berakhir. Sekali lagi dia tegaskan, individu yang dikenakan kompaun boleh memohon rayuan kepada PKD untuk dipertimbangkan jumlah bayaran mengikut budi bicara. Jadinya, mana-mana individu yang telah dikompaun dengan jumlah RM10,000 ni, korang boleh pergi ke PKD masing-masing untuk mendapatkan ‘diskaun’.

Setakat semalam, sudah RM3.3 juta saman terkumpul akibat melanggar SOP

Setakat artikel ini ditulis, dilaporkan Sebanyak 330 notis kompaun RM10,000 dikeluarkan kepada individu yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh negara setakat ini. Kalau kita kira betul-betul; jumlah terkumpul untuk saman-saman yang dikeluarkan adalah RM3.3 juta. Ramai jugak yang lakukan seruan supaya benda-benda macam ini dibincangkan di Parlimen.

Kami harap korang akan teruskan mematuhi SOP dan terhindar daripada saman RM10,000 ni. Apa pandangan korang? Wajarkan kerajaan perkenalkan langkah drastik seperti ini?

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top