займ срочно

Ini sebab mengapa ambil vaksin Astrazeneca di Malaysia masih tak dapat melancong ke EROPAH

f1
Ini sebab mengapa ambil vaksin Astrazeneca di Malaysia masih tak dapat melancong ke EROPAH

Vaksin Astrazeneca pada suatu masa dulu, direbut dan ditunggu-tunggu oleh orang ramai. Kami ingat lagi, dahulunya vaksin Astrazeneca ni mendapat perhatian ramai akibat wujudnya khabar yang menyatakan risiko darah beku lepas guna. Namun begitu, selepas ramai penerima sukarela mendaftarkan diri tanpa sebarang kesan sampingan yang menakutkan ramai sebelum ni… ia akhirnya dimasukkan semula dalam PICK.

728 X 90

Walaupun begitu, warga Malaysia yang terima Astrazeneca di Malaysia berkemungkinan tak dapat masuk ke Eropah. Sekarang ni, Eropah di bawah EU dah nak buka semula sempadan negara masing-masing, dengan pengenalan “green pass”. Yang menjadi persoalan kini, kenapa pulak EU taknak terima masuk warga kita ke sana, dan apa respon Malaysia berkenaan hal ni?

Vaksin Jarum Suntik
Via Nature

Ni sebab kenapa EMA tak iktiraf Astrazeneca yang diterima oleh Malaysia baru-baru ni, termasuklah derma vaksin dari Jepun

Codeblue melaporkan, European Medicines Agency (EMA) ada masalah sedikit nak iktiraf Astrazeneca yang diterima oleh warga Malaysia. Diorang memang dah iktiraf beberapa vaksin yang umumnya kita kenal pada hari ni, seperti Pfizer, Moderna, Johnson & Johnson dan Astrazeneca… tetapi bukan Astrazeneca yang dikilangkan oleh syarikat Bioscience Korea Selatan dan Thailand.

Untuk pengetahuan korang, vaksin Astrazeneca yang kita terima di Malaysia ni sebenarnya dikilangkan di Korea Selatan dan Thailand. Setakat ni, EMA cuma iktiraf beberapa lokasi kilang vaksin iaitu di Eropah sendiri, Amerika Syarikat, United Kingdom dan China. Korea Selatan dan Thailand tak termasuk dalam senarai pengiktirafan diorang.

korea selatan vaksin
Via Pharmaceutical Today

Ni tak bermakna syarikat Bioscience tu tak bagus atau tak diiktiraf vaksin diorang. EMA menjelaskan, bahan aktif dalam Astrazeneca tu memang dah kena iktiraf… tapi tu tak bermakna vaksin Astrazeneca yang dibuat kat Korea Selatan dan Thailand tu diiktiraf pulak kat EU.

“Ia suatu yang penting untuk difahami bahawa dalam konteks pengesahan vaksin, syarikat itu perlu menyerahkan senarai lokasi kilang pembuatan mereka kepada EMA dan menjadi tugas EMA untuk menilai dan mungkin mempersetujuinya. Kebaikan dan risiko vaksin Covid-19 perlu dinilai berdasarkan maklumat terperinci tentang proses pembuatannya dan data bukan klinikal serta ujian klinikal yang dirangka dengan baik”- Kenyataan rasmi EMA kepada Codeblue, seperti yang dilaporkan Codeblue

Baru-baru ni pun, Jepun dilaporkan dah berikan kita sejuta dos vaksin Astrazeneca yang dikilangkan di Jepun. Jepun pun tak termasuk jugak dalam senarai pengilang yang diiktiraf oleh EMA. Bukan tu je, Astrazeneca yang dikilangkan oleh Serum Institute of India pun tak jugak diiktiraf sedangkan ia adalah pembekal vaksin Covid-19 terbesar untuk negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana. Astrazeneca yang diberikan oleh Jepun jugak tak diiktiraf oleh EU.

ema covid green pass
Via India Today

Sinovac dari China dan Sputnik V dari Rusia pulak sekarang ni tengah dinilai oleh pihak EMA. Penilaian tu pulak masih lagi sedang berlangsung, sehinggalah bukti yang cukup dah tersedia untuk permohonan pengesahan pemasaran EMA. EMA takde bagi sebarang tarikh tetap untuk proses diorang, jadi ia masih lagi jadi suatu yang kabur bagi pihak kita memandangkan kita turut mengagihkan Sinovac sebagai sebahagian daripada program vaksin kebangsaan.

Ramai pihak tak setuju dengan layanan EMA, Malaysia pun dah keluarkan kenyataan tak setuju dengan tindakan EU

Perkara ni suatu yang mengundang pelbagai reaksi daripada beberapa pihak. Ye lah, hal ni secara tak langsung dilihat hanya mementingkan pihak EU je berbanding benar-benar nak beri layanan sama rata kepada semua penerima vaksin yang dikilangkan di luar Eropah. Perkara ni sebenarnya dah lama berlaku, lagi-lagi dengan dakwaan ramai bahawa negara kaya sengaja bolot lebihan vaksin untuk kepentingan diorang je.

negara kaya bolot vaksin
Via UNAIDS

Health Policy Watch pada 30 Jun melaporkan bahawa wakil European Comission kata, para pelancong dah divaksinkan dengan vaksin yang dah diiktiraf kat EU perlu dibenarkan untuk masuk ke dalam negara anggota walaupun vaksin diorang mungkin tak dikilangkan untuk dipasarkan di Eropah. Ditambah lagi, vaksin-vaksin ni pun dah diktiraf oleh WHO. Sepatutnya tu dah cukup baik dah…

Namun demikian, ni terpulang kepada keputusan negara anggota. Negara anggota EU dipertanggungjawabkan untuk keluarkan sijil vaksinasi tanpa mengira vaksin apa yang para pelancong tu ambil, tapi European Commission hanya minta negara EU untuk kecualikan sekatan pergerakan seperti kuarantin 14 hari kepada para pelancong yang terima vaksin untuk pasaran Eropah je.

Malaysia pun keluarkan kenyataan membantah tindakan EU. Kenyataan bersama Khairy Jamaluddin dan Dr. Adham Baba membantah tindakan ni, menyifatkannya sebagai satu langkah diskriminasi fasiliti Covid-19. Setiausaha AGung DAP pulak kata sepatutnya WHO yang boleh beri kata putus tentang pengiktirafan vaksin berbanding niat berselindung EU untuk jaga kepentingan geopolitik semata-mata.

https://youtu.be/r60KgcyVpok

Malaysia akan panggil duta EU ke Malaysia untuk mendapatkan penjelasan selanjutnya berkenaan polisi vaksin diorang. Bagi kami, ketegasan negara-negara bukan Eropah amat penting dalam hal kesihatan sedunia khususnya dalam tempoh pandemik ni. Kawalan yang dilaksanakan oleh EU dilihat seperti merendah-rendahkan keupayaan dan kecekapan fasiliti bukan EU terutamanya dalam negara-negara berpendapatan rendah dan sederhana.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top