займ срочно

Beberapa negeri beralih fasa pencegahan Covid-19, Pulau Pinang dan Sabah tak puas hati

f1
Beberapa negeri beralih fasa pencegahan Covid-19, Pulau Pinang dan Sabah tak puas hati

Seperti mana yang korang mungkin dah cakna, kita dah tak main dah akronim senada seperti PKPP, PKPB. Kerajaan dah ambil maklum dan mengorak langkah buat inisiatif yang lebih jelas iaitu dengan pengenalan fasa. Apa tidaknya, ramai melihat pelaksanaan PKP tu pun ada masalah jugak, khususnya dari penetapan yang mungkin berubah-ubah dari semasa ke semasa tanpa ada sebarang indikator atau petunjuk bagi membentuk jangkaan awal kepada rakyat.

728 X 90

Sebelum ni, kami dah kupas seringkasnya pasal strategi negara nak kawal pergerakan rakyat. Strategi ni disebutkan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN), dimana terdapat tiga indikator penting agar kita dapat beralih kepada fasa seterusnya. Satu berita baik, terdapat beberapa negeri yang dah dialihkan peringkat fasanya kepada fasa kedua. Ni bermakna lebih banyak kelonggaran akan diberikan kepada rakyat. Namun begitu, ada jugak negeri yang tak puas hati dengan tindakan peralihan fasa ni.

Mask Covid
Via Forbes

Lima negeri dah beralih masuk ke fasa kedua, semakin jelas terlihat bagaimana strategi pemulihan terlaksana

Oleh disebabkan PPN masih lagi suatu perkara yang baharu, dan sedikit berlainan daripada pelaksanaan PKP terdahulu… kita dah boleh melihat bagaimana kerajaan bercadang nak laksanakannya. Sebelum ni, hanya syarat dan rangka tu je yang dibentangkan jadi masih ramai yang kabur tentang apa yang harus dijangkakan. Korang bayangkanlah, tiap 2 minggu tu rakyat hanya mampu termangu ternantikan je pengumuman sama ada PKPP/PKPB dilanjutkan ke tak.

Sekarang ni, kita tengok kerajaan dah meluluskan peralihan fasa dengan mengikut tahap indikator yang dipenuhi oleh sesebuah negeri. Ni bermakna kerajaan persekutuan perlu bergantung maklumat dengan kerajaan negeri jugak. Pada 3 Julai lalu, kita dah dapat melihat kerajaan persekutuan mengambil keputusan untuk mengalihkan fasa pertama kepada fasa kedua untuk lima negeri: Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang dan Perlis.

pelan pemulihan lima negeri fasa
Via Bernama

Mengikut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, kelima-lima negeri ni mencatatkan liputan vaksin lengkap melebihi 10 peratus. Kapasiti katil ICU jugak dah susut daripada paras kritikal. Ditambah lagi, kes yang dilaporkan daripada negeri-negeri ni jugak tak banyak dah. Maka dialihkanlah fasa diorang daripada fasa 1 bagi seluruh negara, kepada fasa 2 bagi negeri-negeri ni je.

Walaupun begitu, sebenarnya ada lebih dari 5 negeri sebenarnya yang dah layak dialihkan kepada fasa 2. Sambung Menteri Kewangan kita;

“Secara keseluruhan, sembilan negeri sudah melepasi nilai ambang kes purata COVID-19 untuk beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara, iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, Pahang dan Perak. Sabah dan Terengganu pula sudah beralih ke fasa ketiga, bersandarkan nilai ambang purata kes COVID-19, manakala hanya Perlis yang mengecapi fasa keempat.

Sekiranya diteliti nilai ambang bagi liputan vaksin pula, sembilan negeri dan semua Wilayah Persekutuan sudah cukup syarat untuk beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara. Negeri berkenaan ialah Kedah, Kelantan, Terengganu, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis dan Sarawak, selain Putrajaya, Labuan serta Kuala Lumpur,”- seperti yang dilaporkan Berita Harian

kkm nilai ambang 9 negeri fasa 1
Via Berita Harian

Ikut kenyataannya, kita boleh faham bahawa dah banyak negeri yang dah boleh beralih kepada fasa 2. Sementara tu, Perlis pulak sepatutnya dah boleh diisytiharkan sedang berada dalam fasa 4. Tetapi setakat ni, hanya lima negeri je yang diumumkan akan dilonggarkan sekatan sebagaimana yang dah ditetapkan dalam PPN.

Zafrul menjelaskan lagi, empat negeri iaitu Johor, Kedah, Pulau Pinang dan Sabah pulak dah semakin hampir capai indikator purata kes harian bawah 4,000 kes untuk 7 hari, dan hampir catatkan paras sederhana di ICU. Ni bermakna boleh jadi, empat negeri ni akan diumumkan bakal beralih ke fasa 2 walaupun sebelum ni, dah boleh diumumkan awal bersama dengan lima negeri tadi.

Melihatkan perkara ni, kita boleh jangkakan bahawa peralihan fasa ni mengambil kira ketiga-tiga indikator (bilangan kes direkodkan, jumlah penggunaan katil di ICU dan peratusan populasi yang divaksin) dengan mengikut negeri. Selain tu, ia tak diumumkan dengan serentak iaitu sembilan negeri sekaligus walaupun diorang dah layak masuk ke fasa seterusnya.

ribuan pekerja media disuntik vaksin covid 19 169
Via detikhealth

Bagi kami, pendekatan yang fokus kepada negeri boleh menjadi lebih baik kerana setiap negeri ada kapasiti diorang masing-masing bagi setiap indikator yang disebutkan. Yang pasti, peranan kerajaan negeri kini semakin penting khususnya dalam isu pengagihan vaksin. Sebelum ni, dah ada idea daripada beberapa negeri untuk beli sendiri vaksin dan edarkan kepada penduduk negeri diorang berbanding nak tunggu je kerajaan persekutuan edarkan.

Dua negeri tak puas hati dengan strategi peralihan fasa, Sabah minta kerajaan hormat permohonan negeri

Sementara tu pulak, dua negeri ni tak puas hati dengan tindakan kerajaan persekutuan nak umumkan lima negeri je. Memandangkan prestasi Pulau Pinang dan Sabah semakin baik, dan ikut kenyataan Zafrul sendiri, dah boleh masuk fasa dua… kenapa tak diumumkan sekali?

Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP tak puas hati dengan kerajaan negeri kecualikan Pulau Pinang. Dia sifatkan keputusan tu sebagai suatu keputusan yang tak adil, ditambah lagi apabila prestasi diorang lebih baik daripada nilai ambang yang ditetapkan berbanding Pahang. Tapi Pahang pulak yang disenaraikan sebagai lima negeri yang beralih ke fasa 2.

KM Pulau Pinang pulak lebih optimis, dia harap kerajaan persekutuan akan pertimbangkan lagi peralihan Pulau Pinang daripada Fasa 1 ke Fasa 2. Katanya, Pulau Pinang jugak dah berjaya capai 9.9 peratus populasi dewasa yang dah dapat dua dos lengkap. Bilangan kes positif harian pulak setakat 142, menjadikan jumlah kes aktif adalah 1,105 setakat 4 Julai.

Cerita kat Sabah pulak, diorang dahulunya dah umum awal-awal bahawa sekatan akan dilonggarkan lagi pada 29 Jun. Antara kelonggaran tu adalah dah boleh makan dine-in, buat aktiviti sukan dan rekreaksi tak bersentuhan fizikal seperti senaman, golf, memancing dan berbasikal, serta pembukaan beberapa sektor perniagaan seperti kedai gunting rambut dan aktiviti pembuatan dan perkilangan lain.

fasa 1 sabah keliru
Via Sabahnews.com

Kelonggaran ni mirip jugak dengan kelonggaran yang diberikan untuk fasa 2. Tetapi walaupun kerajaan negeri Sabah dah umum bakal berkuatkuasanya kelonggaran ni, MKN persekutuan pulak tak setuju. Hal ni membingungkan ramai kat Sabah, sebab kerajaan negeri kata lain… kerajaan persekutuan pulak kata lain pulak.

Kata Salleh Said Keruak, bekas KM Sabah;

“Tumpang gembira mendengar berita 5 negeri Semenanjung Malaysia dibenarkan masuk Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara namun hairan bila masih belum mendengar berita mengenai SOP Sabah selepas sekian lama.

Harap kerajaan pusat ambil maklum dan tolong hormati permohonan kami di Sabah,”- seperti yang dilaporkan FMT

Menteri Tempatan dan Perumahan Sabah, Masidi Manjun dilaporkan kata, Sabah masih tunggu lagi kelulusan Putrajaya tentang kebenaran aktiviti sosial dan ekonomi seperti diumumkan KM Sabah, Hajiji Noor. Oleh disebabkan kekeliruan ni, dikatakan wujud jugak insiden orang kena saman PKP sebab makan kat dalam restoran akibat salah faham. Diorang ingat dah boleh dine-in, sedangkan rupanya belum dapat kelulusan pun daripada kerajaan persekutuan.

kedai dine in tutup sabah
Antara gambar dari penduduk lepas para pengusaha diarah kemas semula meja yang dibuka.. -Via Inisabahbah

Kami berharap kes sebegini tak terjadi kat negeri-negeri lain, khususnya apabila melibatkan kesalahfahaman yang boleh membawa kepada tindakan saman kepada orang lain. Ada jugak orang kata, “ala, boleh buat rayuan je pun…”, nak rayu pun tetap duit orang kena saman yang kena keluar. Bagi peniaga kecil, RM100 ni penting untuk kelangsungan hidup diorang.

Di samping tu, pelaksanaan peralihan fasa ni jugak perlu melalui proses yang telus dan jelas. Meskipun kita boleh tumpang gembira untuk lima negeri awal yang disebutkan dah beralih kepada fasa 2, kita jugak perlu sedar bahawa terdapat kemungkinan bahawa peralihan ni akan ‘menurun’ jugak, seperti Fasa 2 menjadi Fasa 1 semula sekiranya ada indikator yang tak lagi dipenuhi. Peralihan tersebut menunjukkan bahawa fokus kita kini terarah kepada prestasi negeri dan tak lagi melihat kepada prestasi seluruh negara. Ni sedikit berbeza dengan pelaksanaan sekatan pergerakan sebelumnya, dimana kadangkala ada jugak boleh salah faham baik dari rakyat sendiri atau para penguatkuasa sendiri.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top