Bendera hitam berjaya raih sokongan rakyat Malaysia, Ahmad Faizal kata ia tak membantu

f1

Sejak akhir-akhir ini, ada beberapa kempen sosial rakyat tular kerana tekanan hidup yang berlaku sejak pandemik Covid-19 melanda dunia. Kita dapat melihat kempen-kempen sosial rakyat telah beralih ke alam digital memandangkan kita tak boleh melaksanakan kempen-kempen ini secara fizikal kerana kebimbangan akan dijangkiti Covid-19. Kempen secara digital ini ada kelebihannya yang tersendiri – rakyat akan lebih mudah untuk menyertainya kerana tak perlu keluar rumah, dan boleh mengikuti kempen-kempen ini dari dalam rumah.

728 X 90

Selepas kempen bendera putih yang tular, nampaknya ada lagi satu kempen yang kami rasa merupakan kempen terbesar yang pernah berlaku sejak pandemik. Buktinya, tanda pagar kempen ini sohor kini di kebanyakan media sosial yang kami semak. Bukan setakat di media sosial, di akhbar-akhbar pun lebih kurang sama; ramai yang menulis berita berkenaan kempen ini.

Selepas kempen bendera putih tular, kini giliran bendera hitam mengambil tempat di negara kita

Pada awal minggu lepas, gerakan “bendera putih” dimulakan untuk membantu mereka yang terdesak memerlukan bantuan sepanjang krisis Covid-19 dan ekonomi yang semakin memburuk. Sejak kempen ini dilaksanakan, ramai individu dan organisasi mengumpul dan mengagihkan barang keperluan asas kepada mereka yang memerlukan.

Apabila kita tiba pada hujung minggu pula, tanda pagar baru, #benderahitam, menjadi tular di media sosial. Bagi mereka yang tak tahu, kempen ini menuntut Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berundur, menyeru Parlimen dibuka dan darurat ditamatkan. Antara yang tular adalah ciapan emoji bendera hitam oleh Presiden PKR Anwar Ibrahim, tanda sokongannya terhadap gerakan itu turut tular.

Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menghantar gambarnya memakai baju hitam sambil mengibarkan bendera hitam. Turut sama melakukan aksi ini adalah Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang melakukan hantaran video TikTok berdurasi 15 saat tanpa suara, yang menunjukkan latar belakang berwarna hitam. Kita juga dapat melihat pelbagai individu daripada golongan professional melakukan aksi yang sama sebagai tanda protes kepada kerajaan sedia ada.

Dua kempen mengibarkan bendera ini sememangnya membuktikan rakyat sedang berada dalam keadaan ‘tenat’ kerana kehilangan sumber pendapatan dan beberapa pengumuman berkaitan Perintah Kawalan Pergerakan yang meragukan. Keadaan-keadaan ini jika tidak ditangani dengan serius oleh kerajaan akan membawa satu aksi yang lebih hebat daripada rakyat. Ia bukanlah masa untuk berpolitik dengan menutup Parlimen, kerana Parlimen sepatutnya menjadi tempat untuk idea-idea menguruskan pandemik dibincangkan.

3
Bendera hitam dikibarkan menuntut tiga perkara. Via MyKmu

Menurut beberapa laporan akhbar, pihak polis akan membuka kertas siasatan berhubung kempen mengibarkan bendera hitam yang tular menerusi media sosial yang dikatakan berbaur hasutan. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Abd Jalil Hassan, berkata siasatan masih di peringkat awal dan sedang dikemaskini. Sebenarnya, tindakan seperti ini telah dijangka akan berlaku, memandangkan kempen-kempen kritikan terhadap kerajaan akan terdedah dengan risiko siasatan di bawah Akta Hasutan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan, Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” – Abd Jalil Hassan, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Cuma ada ahli politik Perikatan Nasional yang mengatakan tindakan memasang bendera putih itu tak membantu

Walaupun kempen ini seperti mendapat sokongan yang besar daripada rakyat, ada juga pandangan yang berbeza dari ahli politik Perikatan Nasional. Kempen mengibarkan bendera hitam sebagai tanda kegagalan kerajaan PN dikatakan hanya memburukan lagi kesusahan rakyat yang terjejas kehidupan mereka ketika kemelut pandemik Covid-19.

3
Bekas MB Perak. Via Awani

Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, kempen itu tak membantu rakyat yang terkesan akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) malah tiada kena mengena dengan usaha membantu rakyat.

“Kalau masa ini masing-masing nak berpolitik, saya tidak setuju. Ketika rakyat amat terkesan akibat pandemik ini, tapi lebih ramai yang nak berpolitik, desak Parlimen dan DUN bersidang, ahli politik lebih sibuk nak menjatuhkan kerajaan dan ini akan menyebabkan fokus untuk membantu rakyat diketepikan,” – Ahmad Faizal Azumu, seperti yang dilaporkan UTUSAN

3
Trending. Via Twitter

Ahmad Faizal turut mengatakan jika ada sebarang pandangan, gunakan saluran yang betul bukan sebaliknya berkempen kerajaan gagal. Kempen kibar bendera hitam ini tiada kena mengena dengan kesusahan rakyat ketika ini. Dia turut menambah, sepatutnya fokus dan tindakan kita biarlah ke arah yang dapat membantu rakyat, bukan menambah buruk kemelut yang sedia ada.

Kita jangan cepat terpengaruh dengan sentimen perkauman dan agama, kita harus lihat kerajaan secara objektif

Apabila kita bercakap tentang politik, amat mudah untuk kita terbawa-bawa dengan sentimen perkauman atau keagamaan. Di Malaysia, ia adalah alat popular untuk digunakan ketika pilihan raya, sehingga ramai yang terperangkap dengan politik seperti ini. Oleh sebab itu ada beberapa hal yang kita boleh lihat secara objektif. Contohnya angka-angka kes Covid-19 yang baharu – dari sana kita boleh lihat sama ada kerajaan berjaya atau gagal mengawal pandemik.

Kami rasa korang boleh cuba kaedah-kaedah ni kalau nak menilai kerajaan. Cari angka-angka yang relevan untuk menilai kerajaan yang sedia ada, kerana nombor tak pernah menipu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *