Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
F1
Isu SemasaIsu Tular

Pembukaan sekolah ditangguh, ini keputusan terbaru Kementerian Pendidikan

By Subeditor
January 17, 2021 4 Min Read
Comments Off on Pembukaan sekolah ditangguh, ini keputusan terbaru Kementerian Pendidikan

Pada awal tahun ni, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui Perutusan Khas Tahun Baharu 2021 mengatakan sesi persekolahan akan bermula pada 20 Januari depan. Katanya ketika itu, keputusan dibuat kerana kebimbangan ibu bapa terhadap anak-anak yang tak dapat mengikuti pembelajaran secara sempurna di sekolah.

728 X 90

”Mengambil kira keperluan untuk anak-anak mengikuti pembelajaran dalam situasi yang semula jadi di sekolah, saya ingin memaklumkan bahawa kesemua institusi pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia akan dibuka mengikut takwim yang telah diumumkan pada 8 November 2020,” – Muhyiddin Yassin

Sementara itu, kata Muhyiddin, institusi pendidikan swasta dan antarabangsa yang berdaftar dengan KPM, pembukaan bagi sesi 2021 tertakluk kepada kalender akademik institusi tersebut mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

https://www.facebook.com/BernamaTV/videos/475674160500856

Kementerian Pendidikan Malaysia umumkan panduan baharu persekolahan

Ketika ibu bapa telah bersiap sedia dan mengeluarkan wang untuk berbelanja, tiba-tiba semalam Kementerian Pendidikan (KPM) umumkan sesi persekolahan secara bersemuka yang patutnya bermula 20 Januari ni ditangguhkan kerana keadaan semasa jangkitan COVID-19.

https://www.facebook.com/KemPendidikan/posts/3851846901520610

KPM maklumkan sesi persekolahan bersemuka hanya akan libatkan murid yang akan ambik peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dan Diploma Vokasional Malaysia (DVM) tahun 2020 serta peperiksaan antarabangsa yang setara.

“Semua murid sekolah rendah dan murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 di sekolah menengah pula akan mengikuti pembelajaran melalui kaedah Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) mengikut kesesuaian guru dan murid mulai 20 Januari 2021,” – Pengumuman rasmi KPM

Keadaan yang buatkan ramai rasa marah. Via Giphy

Selain tu, memandangkan ada murid yang dah mula mendaftar masuk di asrama mulai 16 Januari 2021, KPM telah membuat dua ketetapan masing-masing membabitkan sekolah berasrama penuh dan asrama sekolah harian seperti berikut:

Sekolah Berasrama Penuh

Murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5:

  • Boleh kekal di asrama dan mengikuti PdP secara dalam talian di sekolah; atau
  • Boleh pulang ke rumah dan mengikuti PdPR. Ibu bapa atau penjaga dibenarkan mengambil anak atau anak jagaan pulang pada bila-bila masa yang sesuai dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Murid Tingkatan 5 (2020) dan Tingkatan 6:

  • Mengikuti PdP secara bersemuka di sekolah sehingga selesai peperiksaan.
Asrama Sekolah Harian

Murid Tingkatan 1, Tingkatan 4 dan Tingkatan 5:

  • Boleh kekal di asrama dan mengikuti PdP secara dalam talian di sekolah; atau
  • Boleh pulang ke rumah dan mengikuti PdPR.
  • Ibu bapa atau penjaga dibenarkan mengambil anak atau anak jagaan pulang pada bila-bila masa yang sesuai dengan mematuhi garis panduan yang ditetapkan.

Murid Tingkatan 5 (2020) dan Tingkatan 6:

  • Mengikuti PdP secara bersemuka di sekolah sehingga selesai peperiksaan.
F12
Via Astro Awani

Selain tu, keperluan makan dan minum murid di asrama akan disediakan oleh pihak sekolah. Bagi tujuan pengoperasian sekolah pulak, kenyataan tu menyebut, semua guru kena kembali ke stesen tempat bertugas masing-masing sebelum 20 Januari 2021.

“Guru yang terlibat dengan kelas peperiksaan SPM/SVM/SKM/STPM/STAM/DVM tahun 2020 perlu hadir ke sekolah untuk tujuan PdP secara bersemuka. Guru yang lain akan melaksanakan PdPR dan kehadiran ke sekolah adalah berdasarkan keperluan yang ditetapkan oleh ketua jabatan,” – Pengumuman rasmi KPM

Bagi pelajar Kolej Matrikulasi, mereka perlu kekal di kolej masing-masing untuk terus mengikuti pembelajaran secara hibrid. Untuk pelajar Institut Pendidikan Guru (IPG) pulak, bagi mereka yang telah berada di asrama, diorang kena kekal berada di asrama kampus. Pelajar yang masih belum mendaftar di asrama boleh memilih untuk masuk ke asrama atau kekal berada di rumah masing-masing.

Ramai yang persoalkan mengapa keputusan ini diambil pada saat-saat akhir

Keadaan ini menyebabkan orang ramai mempersoalkan perancangan yang dilakukan oleh KPM yang dikatakan suka mengubah keputusan pada saat-saat akhir. Memandangkan sesi persekolah sepatutnya bermula pada minggu hadapan, sudah ramai ibu bapa yang berbelanja untuk anak-anak mereka.

Via Giphy

Sudah tentu banyak wang yang dikeluarkan untuk memenuhi keperluan pelajar untuk bersekolah. Kemudian, keadaan ini akan menambah bebanan guru – kerana mereka terpaksa mengajar secara dalam talian dan kelas fizikal. Sepatutnya, apabila kita memasuki 2021 dengan angka mencecah purata tiga ribu kes baharu setiap hari, KPM perlu pertimbangkan untuk menangguh sesi persekolahan dengan lebih awal.

Apabila keputusan saat-saat akhir seperti ini dilakukan, ramai pihak yang akan pening kepala kerana telah melakukan persediaan rapi.

Author

Subeditor

Follow Me
Other Articles
F12
Previous

Tragedi Kapal Sriwijaya Air terhempas, ini rupa-rupanya usia pesawat tersebut

F1
Next

Tajuddin dikatakan terlibat dalam skandal jutaan ringgit sejak 2012, ini ceritanya

boostwin казино
arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

pinup
betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

пинап
1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
https://www.visitbraintreedistrict.co.uk/
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

https://mks-unia.eu/
7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme