Tajuddin dikatakan terlibat dalam skandal jutaan ringgit sejak 2012, ini ceritanya

F1

Ahli politik dan skandal semacam pasangan yang tak dapat dipisahkan, lagi-lagi bila seseorang ahli politik ni membuka sendiri syarikat bersama-sama ahli keluarganya yang lain. Dengan pengaruh yang ada, baik dari segi sumber kewangan dan sumber nak dapatkan kontrak tender dengan mudah; tentulah ahli politik ni lebih senang tercalit fitnah sebegini.

728 X 90

Baru-baru ni, ada sorang ahli Parlimen didakwa terlibat dalam skandal melibatkan ratusan juta ringgit duit rakyat dengan cadangan nak bina bangunan baharu untuk sebuah GLC. Lebih memudaratkan, kontrak pembinaan tu diberikan kepada syarikat ada ‘kabel’ besar je semata-mata. Sang ‘kabel’ besar tu pulak dah banyak isu sejak beberapa tahun lalu.

Didakwa terlibat dalam skandal jutaan ringgit sejak 2012, syarikat yang dilantik ada kaitan dengan ahli keluarganya

Awal Januari ni, Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) mendakwa bahawa ada skandal besar melibatkan ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman yang kini merangkap jawatan Pengerusi Prasarana. Hal ni didedahkan dalam sebuah sidang media yang dianjurkan oleh Muda di luar bangunan LRT Dang Wangi, difahamkan sebagai respons untuk mendapatkan jawapan yang lebih baik lepas sidang media Tajuddin sehari sebelum tu.

Amir Abdul Hadi Muda
Pengasas bersama Muda, Syed Saddiq dan Amir Abdul Hadi… Via Malaysiakini

Menurut Malaysiakini, antara isu utama yang dibawakan Muda adalah konflik kepentingan mengenai keberadaan Tajuddin dalam mesyuarat yang membincangkan mengenai pembatalan projek berkenaan yang dikatakan mungkin membabitkan pampasan kira-kira RM80 juta. Tambah lagi, ia agak membingungkan sebab muncul pulak cadangan pembinaan ibu pejabat Prasarana di lokasi pembinaan tersebut, dikatakan akan menelan kos RM500 juta, sedangkan katanya, satu projek pembangunan ibu pejabat Prasarana yang baru dah pun dijalankan di Subang Depoh yang menelan kos hampir RM150 juta.

“Apa yang akan berlaku kepada pejabat di Subang Depoh, dan berapa banyak kos tambahan diperlukan untuk menukar fungsi bangunan itu, kerana pembangunan sudah pun bermula, arkitek sudah dibayar, tanah sudah dipecah. […] Kita nak tanya, dari mana RM500 juta ini akan didapatkan untuk membangunkan projek ini?” -Amir Abdul Hadi, pengasas bersama Muda, seperti yang dilaporkan Malaysiakini pada 5 Januari 2021

Menerusi laman web yang dibina Muda khas untuk skandal Tajuddin, kami cuba ringkaskan isu yang dibawakan oleh Muda ni. Dalam laman tu, ada beberapa salinan dokumen yang memaparkan beberapa minit mesyuarat dan pendaftaran SSM yang dikatakan mempunyai pertalian dengan Tajuddin. Laman web ni pun tak begitu baik untuk menerangkan apa sebenarnya yang berlaku, mungkin kena belajar lebih kot macam mana nak sampaikan informasi di masa akan datang…

Dokumen Skandal Tajuddin
Laman utama dan satu-satunya post yang diletakkan setakat tinjauan kami pada 13 Januari 2021… Via Skandaltajuddin.com

Jadi kami beralih tumpuan kepada visual yang terpampang dalam ‘banner’ mereka semasa sidang media tersebut. Muda mendakwa skandal Tajuddin ni dah lama, iaitu sejak 2012. Prasarana melantik sebuah syarikat bernama Intan Sekitar Sdn. Bhd. yang merupakan sebuah konsortium antara Crest Builder Bhd. dan Detik Utuh Sdn. Bhd untuk menjalankan projek pembangunan bernilai RM220 juta. Detik Utuh Sdn. Bhd yang memiliki 49% pegangan tu pulak dimiliki oleh keluarga Tajuddin melalui syarikat lain, iaitu Syarikat Tindakan Juara Sdn. Bhd.

Mungkin suatu kebetulan yang disengajakan, Tajuddin Abdul Rahman ni dilantik sebagai Pengerusi Prasarana pada Mei 2020. Ni bermaksud monopoli besar ke atas urusan kontrak pembinaan projek pembangunan di bawah nama Prasarana sendiri. Dua syarikat ni dimiliki oleh ahli keluarga Tajuddin, iaitu isteri dan dua lagi anaknya. Didapati bahawa projek pembangunan tersebut tak siap sepenuhnya. Lepas 8 tahun, hanya 15% saja dikatakan siap.

Skandal Tajuddin 2020
Via Malaysiakini

Seterusnya kerjasama Intan Sekitar dan Detik Utuh ditamatkan dan terpaksa bayar ganti rugi sehingga RM87.7 juta. Dah tu, Prasarana turut memohon dana dari Kementerian Kewangan sebanyak RM470 juta untuk bangunkan ibu pejabat Prasarana di tapak projek tersebut. Hal ni pun mencurigakan jugak dan dibalas semula oleh Dr Faizal Tajuddin, anak ahli Parlimen Pasir Salak semasa sidang media terbuka Muda dulu.

Anak Tajuddin kata semua ni boleh dijelaskan, tak takut pada SPRM untuk siasat apa jadi di sebalik kes ni

Dr. Faizal menjelaskan beberapa perkara, seperti kelewatan tempoh pembinaan sehingga 8 tahun tu. Katanya, perintah kebenaran merancang (development order) hanya diberikan pada Nov 2014, pelan pembangunan siap pada Apr 2015, dan urusan tanah hanya siap selesai pada 2017. Dalam tiga tahun projek tu, mereka bergantung pada jualan unit lot tapi tak mendatangkan hasil yang diharapkan. Sebab tulah wujudnya ganti rugi, yang mana ia menggunakan duit syarikat dan bukanlah Prasarana.

“Saya akan cakap terus dengan ayah saya selepas ini. Saya rasa dia lebih daripada sanggup untuk menjemput mereka dan adakan pertemuan profesional, daripada buat begini untuk sensasikan keadaan. Ini politik longkanglah” – Dr. Faizal, seperti yang dilaporkan Malaysiakini

Kan bagus sekiranya kes-kes lepas yang melibatkan Tajuddin pun ada orang turun tolong jawabkan sebagaimana anaknya cuba menyelamatkan nama keluarga. Ye lah, ni bukanlah kali pertama Tajuddin diheret ke dalam skandal melibatkan wang yang besar jumlahnya. Pada 2018, sorang pesara kerajaan dan antara calon PKR Mohammad Maharani buat laporan polis terhadap Tajuddin Abdul Rahman kerana dikatakan menggunakan duit Felcra untuk berkempen semasa pilihan raya ke-13.

Pada tahun yang sama, projek pembinaan UiTM Tapah diberikan kepada syarikat Tajuddin sedangkan Detik Utuh Sdn. Bhd bukanlah sebuah syarikat pembinaan yang aktif dan mempunyai rekod prestasi yang baik. Rafizi Ramli mempersoalkan isu ni dan menyatakan bahawa syarikatnya cuma ambil keuntungan atas angin je. Menurut Rafizi, kos pembinaan UiTM Tapah hanya RM285 juta tetapi Unitapah diberikan konsesi selama 23 tahun untuk membina dan menyenggara kemudahan universiti itu dengan kontrak berjumlah RM1.3 bilion. Pada masa yang sama, kosnya melambung tinggi sehingga lima kali ganda dan menguntungkan Tajuddin.

Tajuddin Abdul Rahman Six Million Dollar Man Uitm Universiti Technologi Mara Tapah Scandal1
Via Finance Twitter

Tajuddin menjelaskan syarikatnya tu antara 12 syarikat yang dipertanggungjawabkan bina kampus universiti menerusi kaedah Inisiatif Pembiayaan Swasta (PFI) berikutan kekangan kewangan kerajaan ketika itu. PFI ni dikatakan mengakibatkan syarikat dulu tanggung modal termasuklah dapatkan pinjaman daripada bank dan kos faedah tinggi lebih 20 tahun. Penjelasan ni kami rasa masih kabur dan perlu diterangkan. Di sinilah peri pentingnya ketelusan untuk mengelak tuduhan rasuah ataupun ketirisan wang kerajaan.

Skandal Tajuddin yang didedahkan ni nampaknya mendapat perhatian SPRM, apabila mereka sahkan dah lancarkan siasatan kes tersebut dan dah ke pejabat Prasarana Berhad. Pendedahan skandal macam ni dah banyak berlaku sepanjang sejarah dan haruslah dipuji usaha mereka yang bersikap kritikal terhadap kerajaan supaya kekal wujud proses semak dan imbang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *