займ срочно

Ismail Sabri atau Anwar? Majlis Raja-Raja akan adakan mesyuarat hari ini

f1
Ismail Sabri atau Anwar? Majlis Raja-Raja akan adakan mesyuarat hari ini

Setelah lebih kurang setahun setengah Perikatan Nasional menjadi kerajaan di negara kita, nampaknya kita sekali lagi diseret dalam krisis politik yang tak berkesudahan. Keadaan ini terjadi apabila beberapa pemimpin Umno menarik sokongan terhadap Perdana Menteri. Penarikan sokongan ini terjadi akibat kegagalan kerajaan pada hari ini membendung jangkitan Covid-19.

728 X 90

Ada juga khabar angin yang mengatakan Bersatu semakin besar kepala dengan tidak menghormati rakan-rakan parti yang ada pada Perikatan Nasional. Kami pun tak nak ulas panjang-panjang, kami rasa jumlah kes yang setiap hari semakin meningkat adalah bukti kita telah gagal membendung Covid-19. Begitu juga dengan jumlah kematian yang telah mencecah lima angka, ia sepatutnya dikesali.

Mesyuarat Majlis Raja-Raja akan tentukan siapa PM kita yang baru

Pada hari perbincangan khas Raja-Raja Melayu akan berlangsung pada jam 2.30 petang di Istana Negara bagi membincangkan isu semasa termasuklah isu calon Perdana Menteri baharu. Krisis siapa PM baharu ni memang tengah panas dibincangkan. Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah akan mempengerusikan perbincangan tu, seperti yang telah dimaklumkan Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin.

4
Meeting. VIa Berita Harian

Sebenarnya ia bukanlah kali pertama Perbincangan khas berkaitan kemelut politik berlaku, ia pernah dilakukan pada tahun lepas susulan peletakan jawatan Tun Mahathir ketika itu. Pada 28 Februari 2020, Majlis Raja-Raja Melayu mengadakan mesyuarat khas di Istana Negara berhubung tindakan Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatannya pada 24 Februari.

Kita akan melihat jawapan kepada persoalan siapa calon PM baharu kerana takde parti dan gabungan dalam Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan yang ada jumlah majoriti, maka kerjasama politik diperlukan untuk melantik PM. Sebab itu YDPA dah titahkan semua ahli Parlimen untuk hantar surat akaun bertulis kepada Istana Negara bagi menamakan dan menyatakan sokongan kepada calon pilihan masing-masing.

Perbincangan khas Raja-Raja Melayu hari ini akan tentukan calon yang dah dapat sokongan majoriti dan berkemungkinan satu kenyataan rasmi mengenai perkara tersebut menyusul.

Ahmad Maslan percaya yang Ismail Sabri telah mendapat sokongan majoriti untuk jadi PM

Semalam, Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan sahkan kesemua 114 ahli Parlimen yang menghadiri pertemuan di Istana Negara telah menyatakan sokongan untuk calonkan Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai PM. Menurut Ahmad Maslan, bersandarkan sokongan sebulat suara itu Ismail Sabri kini ada majoriti untuk pegang jawatan pemimpin nombor satu negara.

Katanya, sokongan yang diterima Ismail Sabri tu terdiri dari ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN); Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu); Pas dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Pada hari ini, 114 ahli Parlimen yang berikan sokongan akuan bersumpah (SD) kepada Ismail Sabri sebagai calon Perdana Menteri telah ditemuduga secara ringkas seorang demi seorang oleh Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Dalam pertemuan ringkas tu, setiap ahli Parlimen menyatakan sokongan kepada Ismail Sabri tanpa paksaan dan dilakukan dengan sukarela. Itulah antara dialog ahli Parlimen terutamanya saya sendiri kepada Yang di-Pertuan Agong,” – Ahmad Maslan, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Sementara tu, ditanya sama ada isu berkaitan pembentukan kabinet kerajaan baharu turut dibincangkan dalam pertemuan dengan YDPA, Ahmad sahkan takde sebarang perbincangan lain.

Dia dalam masa yang sama turut berharap agar kerajaan baharu yang akan diterajui Ismail Sabri itu terus membela rakyat dan menyelesaikan isu Covid-19 serta ekonomi negara. Dia secara peribadi turut berharap agar Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) segera dilaksanakan sebaik pandemik Covid-19 reda.

Walaupun Ismail dikatakan semakin hampir menjadi PM, Shamsul percaya Anwar masih ada peluang

Walaupun angin bertiup kencang ke arah Ismail Sabri, PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim masih berpeluang jadi PM. Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Shamsul Iskandar Mohd Akin berpandangan, dari segi jumlah sokongan yang diterima oleh ahli Parlimen Port Dickson, jawatan PM masih muhasabah. Seperti biasalah, benda-benda macam ini akan berterusan sehinggalah kita benar-benar mendapat PM yang baharu.

4
Shamsul. Via MalayMail

“Semalam, kita semua sudah hantar surat akuan bersumpah (SD), proses itu diteruskan dan saya rasa kita tunggu apa pemilihan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. Dari segi sokongan itu, saya fikir munasabah,” – Shamsul, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Dia kata macam tu ketika diminta mengulas adakah Anwar masih ada peluang untuk jadi PM.  Dia menambah, saya fikir ini sekadar proses sesuai dengan peruntukan Perlembagaan iaitu pada hemat baginda mungkin memiliki majoriti dan sesiapa pun yang dipilih dia akan pergi ke Parlimen untuk diundi. Shamsul Iskandar turut berpendapat, sekiranya Ismail Sabri telah dipilih menjadi PM, sepatutnya dia angkat sumpah semalam.

Kerajaan yang baharu harus tolak scheme of things, fokus bantu rakyat

Siapa jua yang bakal dilantik menjadi PM yang baharu, dia seharusnya memikirkan soal kebajikan rakyat yang semakin terabai akibat pandemik. Kita tidak mahu melihat satu lagi ‘scheme of things’ yang menyaksikan jawatan-jawatan penting dihamburkan untuk meraih sokongan. Kita harus melihat kerajaan yang tegas dan tidak menawarkan jawatan semata-mata untuk meraih sokongan. Dasar-dasar yang berkesan perlu dilahirkan melalui Parlimen.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top