Belum pun 72 jam dilantik sebagai Perdana Menteri, sudah ada DUA isu baru

f1

Baru-baru ini kita telah menerima Perdana Menteri yang baharu, dan dia telah pun memberi ucapan kepada seluruh rakyat Malaysia tentang hal-hal yang ingin dia fokuskan. Walaupun kita telah menerima PM yang baharu, jaminan untuk menerima kerajaan yang stabil masih lagi jauh. Seperti yang diketahui oleh orang ramai, kerajaan ini terbentuk dengan majoriti 114 ahli Parlimen. Majoriti ini amat tipis, dan sebenarnya boleh menyebabkan banyak halangan berlaku untuk PM melakukan sesuatu.

728 X 90

Apa yang kami cuba maksudkan adalah dia perlu menjaga hati ramai pihak, memandangkan sedikit sahaja konflik mampu menyebabkan kerajaan yang baharu itu akan runtuh. Melihat sejarah Umno-Bersatu yang penuh asam garam, amat mudah untuk meramalkan mereka akan menghadapi konflik sekali lagi. Kami tak terkejut jika ada kumpulan daripada Bersatu mengambil keputusan untuk menarik semula sokongan mereka kepada kerajaan hari ini.

Belum pun 48 jam Ismail dilantik sebagai PM, sudah ada konflik berkaitan nama kerajaan baharu

Hal ini terbukti apabila baru sahaja Umno meraihkan kemenangan mereka sebagai parti politik utama dalam menerajui kerajaan Malaysia, sudah ada konflik berkenaan identiti kerajaan baru; sama ada ia merupakan kesinambungan dari Perikatan Nasional yang dulu atau tidak. Sebabnya, sudah tentu kerajaan terdahulu mahu melihat kerajaan baharu ini sebagai legasi yang mereka tinggalkan. Lagipun, Muhyiddin, ketika mengucapkan tahniah kepada Ismail Sabri merujuk kerajaan hari ini sebagai kerajaan PN.

4
Via MalaysiaNow

“Saya memberi sokongan penuh kepada beliau dan insya-Allah akan terus membantu Kerajaan Perikatan Nasional menyampaikan khidmat yang terbaik kepada rakyat, khususnya dalam tempoh pemulihan negara. Saya mendoakan semoga YAB Dato’ Sri Ismail Sabri akan dapat menggalas amanah kepimpinan dengan sebaik mungkin dan mengemudi negara ke mercu kejayaan,” – Muhyiddin, melalui laman Facebooknya

Bukan setakat Muhyiddin je, Azmin Ali turut mengatakan dia percaya Ismail akan terus memimpin kerajaan PN dengan fokus pada pandemik Covid-19 dan pemulihan ekonomi. Nampaknya kebanyakan pemimpin daripada Bersatu memberi gambaran kerajaan hari ini sebenarnya adalah Perikatan Nasional, bukan Barisan Nasional. Dengan 50 ahli Parlimen, PN adalah rakan kongsi terbesar dalam pentadbiran Ismail yang mendapat sokongan 114 ahli Parlimen. BN mempunyai 42 ahli Parlimen.

Pertikaian bab nama ini disinggung oleh Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan yang mengatakan kerajaan baru “bukan kerajaan PN” tetapi “kerajaan Malaysia” termasuk parti-parti dari Barisan Nasional, PN, Gabungan Parti Sarawak dan juga Parti Bersatu Sabah. Pada hematnya, kerajaan baru ini bukan kerajaan PN tapi adalah Kerajaan Malaysia yang dianggotai parti-parti BN, PN, GPS dan PBS. Ini kerajaan campuran. PN hanya dianggotai oleh Bersatu, PAS, Gerakan, Star dan tidak BN, GPS dan PBS, “kata ahli Parlimen Pontian itu

Bekas menteri dan anggota Majlis Tertinggi Umno Abdul Rahman Dahlan malah mempertikaikan bahawa rejim Muhyiddin sebelumn ini adalah kerajaan PN.

“Kerajaan dulu ialah gabungan BN, PN, PBS dan GPS, bukannya kerajaan Perikatan Nasional. Entah siapalah yang memandai-mandai melabelkan kerajaan dulu adalah kerajaan Perikatan Nasional,” – Rahman Dahlan, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Selain daripada isu nama yang sedang terjadi, ada jugak isu siapa yang bakal jadi TPM

Selain daripada isu nama kerajaan baharu, ada juga isu tentang siapa yang bakal menjadi orang nombor dua negara. Menurut beberapa wakil PN, pelantikan jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) adalah tertakluk pada perbincangan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Salah seorang yang dicanang-canang untuk mendapat jawatan itu adalah Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang mengatakan PN menyerahkan sepenuhnya pelantikan jawatan tersebut kepada dua pemimpin berkenaan.

4
Peja. Berita Harian

Semalam diorang mengadakan mesyuarat yang berlangsung kira-kira dua jam dan dipengerusikan Muhyiddin yang merupakan Presiden Bersatu, mesyuarat initurut dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Mengenai khabar angin jawatan TPM akan diisi daripada kalangan pemimpin Bersatu, Ahmad Faizal berkata:

“Alhamdulillah, terima kasih kalau nak bagi (jawatan TPM) kepada Bersatu tapi yang penting satu kabinet yang dibentuk sebagai satu pasukan untuk selamatkan negara keluar daripada kemelut yang kita alami (Covid-19). Pengerusi akan bincang dengan Perdana Menteri dan saya percaya beliau akan buat keputusan yang betul,” – Peja, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Dalam isu nama kerajaan yang baharu, dia berpandangan kerajaan hari ini adalah kerajaan PN, kerana secara matematiknya mereka ada 77 kerusi, BN ada 41. Mereka percaya mereka mewakili kerajaan PN. Ahmad Faizal turut mengatakan PN akan memberi sepenuh sokongan kepada kerajaan yang akan dibentuk oleh Ismail Sabri di samping sokongan padu kepada Pengerusinya, Muhyiddin.

Kita tidak akan memiliki kerajaan yang stabil, cuma kerajaan kena fokus tangani pandemik

Kami pernah mengatakan yang kita tidak akan memiliki kerajaan yang stabil sehinggalah mandat diberikan semula kepada rakyat. Walaupun sudah ramai orang yang meminta suhu politik di Malaysia diturunkan, tapi persoalan kekuasaan ini tidak akan berakhir dengan nasihat-nasihat seperti itu. Cabaran utama kerajaan hari ini adalah pembentukan Kabinet, di sana kita akan lihat ramai orang yang mahukan jawatan akan marah apabila ditinggalkan. Kita perlukan Kabinet yang benar-benar berfungsi untuk mengatasi pandemik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *