займ срочно

Cabaran pertama Ismail Sabri, ini pihak-pihak yang mahu jadi Timbalan PM

f1
Cabaran pertama Ismail Sabri, ini pihak-pihak yang mahu jadi Timbalan PM

Sementara belum ada ura-ura lagi tentang siapakah TPM baharu lepas pelantikan Ismail Sabri, ada jugak terdengar suara yang mencadangkan bahawa TPM seterusnya tak lagi dari Semenanjung Malaysia. Bagi kami, tu suatu cadangan yang menarik dan mungkin boleh dipertimbangkan oleh kerajaan pentadbiran Ismail Sabri lepas ni. Ye lah, sejak penubuhan Malaysia pada 1963… rakyat Sabah dan Sarawak seringkali dakwa diorang dianaktirikan oleh kerajaan pusat. Mungkinkah dengan jawatan TPM ni disandang oleh pemimpin dari Sabah dan Sarawak, hal-hal negeri akan berjaya diselesaikan?

728 X 90

Namun begitu, nampaknya bukan para pemimpin Sabah dan Sarawak je yang menuntut perkara tu. Ada jugak bekas pemimpin dari Bersatu Johor kata perkara tu masih dalam tangan Ismail Sabri jugak. Adakah ni bermaksud, tak semestinya tuntutan para pemimpin Malaysia Timur akan dilayan?

gps sarawak
Via Borneo Post Online

Jawatan PM dan TPM dari Sabah, Sarawak dah lama disuarakan sejak 2014, ramai pemimpin kata ni masanya untuk catat sejarah

Sejak penubuhan Malaysia pada 1963, lantikan TPM sentiasa berputar kat para pemimpin negeri-negeri di Semenanjung Malaysia. Dalam tempoh tu, kedua-dua negeri ni mendakwa diorang diabaikan oleh kerajaan pusat dan tak diberi perhatian khusus tentang keperluan-keperluan negeri. Hasilnya, ketidakpuashatian ni memunculkan pulak beberapa gerakan pemisah yang nak Sabah, Sarawak keluar daripada Malaysia.

Selain tu, ia jugak menjadi retorik politik yang dipakai oleh para calon PRU untuk dapatkan undian. Sentimen anti-Semenanjung dan gesaan sebilangan rakyat untuk kekalkan identiti Borneo jugak kekal berlangsung. Bagi diorang, Semenanjung Malaysia hanya nakkan keuntungan ekonomi daripada Sabah dan Sarawak demi kemajuan Semenanjung Malaysia.

sabah sarawak mintak cerai talak 3 daripada malaya
Via buletinsemasasabah.blogspot.com

Gesaan ni jugak menjadi semakin kuat, terutamanya apabila 2014, ADUN Sabah Datuk Jeffery Kitingan kata kerajaan pusat patut lantik dua orang lagi timbalan perdana menteri, masing-masing dari Sabah dan Sarawak untuk bendung rasa tak puas hati dalam kalangan warga Malaysia Timur. Dalam sebuah forum tentang ‘Perjanjian Malaysia 1963’, dia kata;

“Lantik seorang timbalan perdana menteri untuk setiap wilayah dan perdana menteri akan dipilih oleh wakil rakyat atau menerusi sistem penggiliran… Kita perlu struktur semula, kita tak boleh biarkan begitu saja kerana ia sekarang berat sebelah. Kita perlu selesaikan masalah ini, jika tidak kita harus berpisah dari Malaysia,”- seperti yang dipetik Malaysiakini

jeffery sabah
Jeffery Kitingan.. -Via Rojak Daily

Sebenarnya tak perlu tunggu pun sebarang ‘gerakan pemisah’; pemimpin negeri sendiri dah sebut nak ugut keluar Malaysia. Walau bagaimanapun, seruan ni tak dipandang serius sehinggalah ia dibangkitkan sekali lagi pada 2019 oleh Tun Mahathir. Dalam sebuah majlis pelancaran Bersatu di Penampang, Sabah dulu;

“Saya yakin satu hari nanti Perdana Menteri Malaysia datang dari Sabah atau Sarawak kerana kita semua rakyat Malaysia. Siapa saja boleh muncul sebagai pemimpin asalkan mereka ada kebolehan,”- seperti yang dilaporkan Berita Harian

sabah shafie pm
Via Malaysiakini

Peluang ni terbuka sebentar semasa kita tertunggu siapakah PM seterusnya selepas Muhyiddin letak jawatan baru-baru ni. Shafie Apdal, pemimpin Sabah yang sempat dinamakan sebagai ‘calon’ yang difikirkan boleh jadi PM. Tetapi oleh sebab Gabungan Parti Sarawak (GPS) tak sokong Shafie Apdal dan Anwar Ibrahim, maka Ismail Sabri menjadi calon yang diangkat menjadi PM ke-9 Malaysia. Datuk Rozman Isli, ahli Parlimen Labuan, menyifatkan tindakan GPS hanya merugikan Sabah dan Sarawak je.

“Betul, sayang peluang yang jarang ada dan peluang ini adalah yang pertama kali sejak tertubuhnya negara Malaysia. Datuk Seri Shafie sudah ada 105 sokongan Ahli Parlimen, jadi memang Sarawak GPS adalah ‘king maker’. Dengan jumlah 123 sokongan Ahli Parlimen, kita boleh mempunyai kerajaan yang stabil sementara menunggu Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15),

Dengan buat pertama kalinya seorang dari Sabah atau Sarawak menjadi Perdana Menteri, Malaysia akan memulakan era baharu, yang mana ‘psyche’ atau ‘consciousness’ seluruh warganya akan berubah lebih sihat dan menjadikan Malaysia berada di tahap yang baharu. Ia juga adalah peluang besar untuk menyelesaikan isu Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Tapi, mereka (GPS) lepaskan peluang itu. Mungkin mereka mempunyai alasan mereka sendiri,”- seperti yang dilaporkan Berita Harian

GPS tuntut nak jadi TPM, tapi Bersatu pun nak jugak jadi TPM

Kami berpandangan tindakan GPS sebenarnya perlu dilihat dalam konteks politik negeri tersebut. Ada kata, salah satu sebab utama GPS taknak sokong Shafie atau Anwar pun disebabkan DAP yang berada dalam kedua-dua blok pemimpin ni. Di Sarawak, DAP dikatakan musuh politik yang boleh gugat kedudukan GPS di negeri tersebut. Bila sokong DAP, dikhuatiri boleh membahayakan kedudukan politik tempatan.

Bagaimanapun, ni tak menghalang GPS untuk menuntut kedudukan TPM diberikan kepada pemimpin Sarawak khususnya lepas ‘peranan’ diorang yang memberikan kelebihan kepada Ismail Sabri untuk jadi PM baharu.

“Sekiranya Perdana Menteri baharu berhasrat memilih dua individu bagi mengisi portfolio tersebut, pastikan satu untuk parti di Semenanjung dan satu lagi dari Sabah atau Sarawak. Pelantikan ini akan menjadi sejarah buat negara kerana sejak pembentukan Malaysia, Putrajaya tidak pernah mengiktiraf sumbangan kami dalam mengukuhkan Malaysia sebagai sebuah negara.
…Dengan bantuan dan sokongan diberikan oleh ahli parlimen GPS ini, Putrajaya seharusnya mengiktiraf peranan kami dengan memberikan jawatan tersebut kepada gabungan kami. Dan untuk pemillihan tersebut, biarlah gabungan kami (GPS) yang menentukan calon tersebut,’’- Tan Sri James Jemut Masing, Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS)
parlimen sokong ismail sabri pm
Kiraan berdasarkan parti yang sokong pencalonan Ismail Sabri.. -Via Sinar Harian
Hal ni dipersetujui oleh Jeffery Kitingan, Presiden Parti Solidariti Tanah Airku (STAR). Katanya, memang wajar jawatan TPM tu diberikan kepada pemimpin dari kedua-dua negeri sebagai penghargaan kepada sokongan diorang baru-baru ni terutamanya dari Sarawak. Dalam masa yang sama, dia turut berharap Kabinet baharu ni akan beri tumpuan kepada isu Sabah, Sarawak, hubungan negeri-pusat dan hak-hak Sabah, Sarawak dalam perlembagaan serta Perjanjian Malaysia 1963 (MA93). Namun demikian, tak semua sependapat ni kenyataan para pemimpin Malaysia Timur ni.
Bekas Pengerusi Bersatu Johor, Mazlan Bujang rasa jawatan TPM tu perlu diberikan kepada Bersatu sebab dioranglah parti kedua yang lebih ramai dalam gabungan kerajaan hari ni. Sambungnya lagi, sebenarnya takde parti yang betul-betul cukup majoriti dan sesiapa je boleh buat tuntutan pada waktu ni. Jika diteliti, ni boleh bermaksud GPS boleh je tuntut… tapi tak semestinya dapat kerana akan ada proses tawar-menawar di belakang tabir.
“Bila keadaan ini berlaku (tidak cukup majoriti) sudah tentu ada tawar-menawar, saya difahamkan bukan Bersatu sahaja tetapi Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut menuntut jawatan Timbalan Perdana Menteri
….Siapa juga yang menjadi Perdana Menteri sudah tentu akan tertekan berdepan situasi seperti itu kerana pasti ada ugutan sekiranya permintaan tidak dilayan. Perdana Menteri akan sentiasa dalam tekanan, mereka kena hadapilah kerana mereka sanggup (terima jawatan). Kalau Perdana Menteri pilih siapa timbalannya, adakah nanti dipersetujui rakan-rakan dalam gabungan lain,”- seperti yang dilaporkan Utusan
calon tpm bersatu
Via Astro Awani, dipetik dari Sinar Harian
Bersatu dan UMNO sekarang masih bercakaran manja lagi sama ada nak digelar Kerajaan PN atau Kerajaan UMNO, manakala Sabah dan Sarawak pulak nak jawatan TPM sebagai penghargaan. Ni baru tuntutan dari GPS dan Bersatu. Ada jugak suara yang sarankan agar dilaksanakan kerajaan campuran, dimana anggota pembangkang jugak dilibatkan dalam kabinet.
Suhu krisis politik kita baru je hangat minggu lalu. Rakyat sekarang ni dah tak terlalu peduli siapa jadi PM dan pembentukan kabinet baharu ni – semua harapkan kerajaan bertindak pantas untuk selesaikan isu-isu kritikal terutamanya berkaitan pandemik dan ekonomi rakyat. Ingatkan dah habis tukar PM, situasi politik dah boleh kembali ‘sejuk’… rupanya masih lagi belum reda lagi.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top