займ срочно

Takiyuddin dikatakan derhaka kepada Sultan? Polis akan panggil untuk siasatan

f1
Takiyuddin dikatakan derhaka kepada Sultan? Polis akan panggil untuk siasatan

Selesai mesyuarat Majlis Raja-raja pada Rabu lepas, ramai yang tertanya-tanya apa pendirian yang akan diambil oleh mereka berkaitan kedudukan kerajaan dan status darurat yang sedang berlaku ketika ini. Walaupun darurat telah berlangsung dengan cukup lama, kita dapat melihat angka-angka kes baharu masih lagi berada pada paras yang tinggi. Keadaan ini memberi gambaran yang darurat yang dilaksanakan ini telah gagal.

728 X 90

Keadaan darurat bukan sahaja mematikan amalan demokrasi, ia juga menyebabkan keyakinan pelabur asing terhadap Malaysia jatuh merosot. Sudah ada banyak seruan daripada pelbagai pihak untuk menamatkan darurat.

Majlis Raja-raja inginkan Parlimen dibuka segera, percaya darurat tak perlu diteruskan

Selepas mesyuarat Majlis Raja-raja, Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah agar persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin bagi menangani Covid-19 dan menyelamatkan ekonomi negara. Perkara ini perlu dilaksanakan untuk membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat.

“Setelah memperhalusi semua pandangan para pemimpin parti politik, Jawatankuasa Khas Bebas Darurat 2021 dan sembah taklimat para pakar dari agensi-agensi kerajaan, maka Seri Paduka Baginda menzahirkan pandangan bahawa persidangan Parlimen perlu diadakan secepat mungkin. Ini untuk membolehkan Ordinan-ordinan Darurat dan Pelan Pemulihan Negara dibahaskan oleh Ahli-ahli Dewan Rakyat,” – Kenyataan Istana Negara

YDPA turut zahirkan pandangan bahawa perlu adanya pentadbiran kerajaan yang stabil dan kukuh serta berupaya berfungsi dengan efektif dalam menangani wabak Covid-19 dan memulihkan ekonomi negara. Baginda juga menyedari tentang peranan Parlimen sebagai satu platform penting untuk wakil-wakil rakyat bersidang untuk bincangkan pelbagai isu khususnya berkaitan penularan wabak Covid-19.

kilnefelter syndrome chromosome
Majlis Raja-raja. Via Sinar Harian

YDPA turut bertitah bahawa jangkitan wabak Covid-19 dapat dilandaikan dengan segera dan berpandangan vaksinasi merupakan satu-satunya ‘exit strategy’ bagi mengawal penularan wabak Covid-19 di negara ini. Disebabkan hal ini, baginda menyeru supaya proses pembinaan imuniti kelompok dapat dicapai dengan kadar yang segera.

Bagi Takiyuddin maksud segera yang disampaikan YDPA bermaksud tiga bulan

Apabila Istana Negara mengeluarkan pandangan yang macam ni, Menteri Undang-undang, Datuk Seri Takiyuddin Hassan merupakan antara orang yang pertama memberikan respons. Menurutnya, pandangan YDPA supaya persidangan Parlimen dibuat secepat mungkin tak memperincikan bila ia perlu diadakan. Katanya YDPA hanya menitahkan agar ia dilaksanakan segera.

kilnefelter syndrome chromosome
Takiyuddin. Via MyKmu

Dia turut mengatakan, Perdana Menteri telah mengatakan Parlimen boleh bersidang sekitar September atau Oktober sebagai bertepatan dengan saranan ‘secepat mungkin’ yang dizahirkan YDPA.

“Yang di-Pertuan Agong tidak menitahkan persidangan Parlimen perlu diadakan pada bulan berapa… sebaliknya secepat mungkin. Perdana Menteri pun kata, September atau Oktober. Sekarang kita pun sudah hampir penghujung Jun. Lepas ini Julai, Ogos dan September. Pasti (persidangan Parlimen) akan diadakan,” – Takiyuddin, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Dia kata macam tu dalam Bicara Harakah yang bertajuk ‘Proklamasi Darurat: Berjaya atau Sebaliknya’ yang disiarkan secara maya. Kata Takiyuddin juga; semua ahli Parlimen perlu beri tumpuan kepada pandangan dizahirkan Yang di-Pertuan Agong yang mahu Parlimen dijadikan platform untuk wakil rakyat membincangkan pelbagai isu berkaitan Covid-19.

Pemuda PH buat laporan polis, percaya Takiyuddin menyimpang dari undang-undang

Akibat daripada respons yang dikeluarkan oleh Takiyuddin ni, Pemuda Pakatan Harapan (PH) buat laporan polis. Ketua Pemuda Pakatan Harapan (PH), Shazni Munir Mohd Ithnin kata; pihaknya khuatir kenyataan tu sebagai salah satu cara hasut orang ramai untuk bertindak kurang sopan kepada Yang di-Pertuan Agong.

“Kami khuatir ini merupakan hasutan kepada rakyat untuk bertindak sekiranya Seri Paduka Baginda memutuskan sesuatu yang bertentangan atau tidak selari dengan kehendak kabinet yang dianggotai oleh Takiyuddin sendiri. Sekiranya wujud kecenderungan ke arah itu, ia merupakan kesalahan jelas di sisi undang-undang dan kami gesa agar Takiyuddin disiasat segera,” – Pemuda PH, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Pemuda PH turut percaya kenyataan Takiyuddin itu telah menyimpang daripada Seksyen 2 (1) Ordinan Darurat (Kuasa Kuasa Perlu) 2021 yang memperuntukkan hendaklah ditubuhkan suatu jawatankuasa bebas untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai kewujudan berterusan darurat besar. Ia dikatakan mengancam keselamatan, kehidupan, ekonomi dan ketenteraman awam di dalam Persekutuan berikutan wabak penyakit berjangkit iaitu Covid-19.

Turut tampil membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah ialah Ketua Pemuda Amanah Melaka, Muhammad Kamal serta Ahli Jawatankuasa Pemuda Pakatan Harapan, Haziq Norizan dan Shahrul Shahabudin.

Polis dikatakan akan panggil Takiyuddin kerana laporan polis yang menuduh dia derhaka

Susulan daripada laporan pemuda PH ini, polis tak tolak kemungkinan akan panggil Takiyuddin Hassan. Kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin, ia bagi bagi merakamkan keterangan berhubung dakwaan derhaka kepada YDPA.

“Sesiapa sahaja yang melakukan hasutan sehingga menimbulkan rasa kurang senang dalam rakyat, polis akan siasat,” – Hamzah, seperti yang dilaporkan Sinar Harian

Katanya, pihaknya akan jalankan siasatan bagi mendapatkan maklumat terperinci.”Jika ada laporan, sesiapa sahaja kita akan panggil tanpa mengira darjat. Kali ini kita akan ada peluang untuk melihat sejauh mana golongan VIP akan disiasat sekiranya terbukti dia melakukan kesalahan. Kami pun sebenarnya tak faham kenapa perkataan ‘segera’ yang diumumkan oleh YDPA ditafsirkan sebagai TIGA bulan.

Pembukaan semula Parlimen penting untuk perbahasan di antara ahli-ahli Parlimen berlaku. Ia akan membantu negara kita melahirkan dasar-dasar yang lebih baik dalam membendung pandemik Covid-19. Kami yakin inilah yang turut difikirkan oleh Majlis Raja-raja ketika bermesyuarat pada minggu lepas. Malangnya, seruan ini tidak mendapat perhatian yang sewajarnya dari kerajaan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top