Isu pusat perjudian dibuka, kerajaan ditegur dua ahli Parlimen bukan Islam

f1

Tema antara dua darjat telah menjadi tema yang memberi impak yang besar dalam kehidupan rakyat. Keadaan ini berlaku apabila rakyat melihat negara kita seolah-olah mempunyai dua set undang-undang; untuk golongan elitis, dan untuk rakyat biasa. Kita dapat melihat beberapa golongan kayangan yang melakukan apa sahaja yang mereka inginkan – mengambil masa yang panjang untuk disiasat – jika rakyat biasa terus disaman.

728 X 90

Situasi ini bukan sahaja berlaku untuk ‘individu’, tetapi ia turut dilihat berlaku dalam kalangan ‘entiti perniagaan’. Terbaru, ramai yang mempersoalkan mengapa kasino (tempat perjudian) dibenarkan beroperasi, sedangkan perniagaan-perniagaan kecil diberikan kawalan yang amat ketat.

Situasi di Genting Highlands dapat kritikan daripada dua ahli Parlimen pembangkang

Keadaan ini mendapat perhatian dua wakil rakyat pembangkang yang persoalkan mengapa kasino di Genting Highlands dibenarkan beroperasi sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP), sedangkan orang ramai dilarang makan dalam premis restoran. Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago kata tujuan PKP adalah untuk mengekang interaksi sosial antara orang ramai, sesuatu yang pasti berlaku di kasino antara pekerja, penjudi dan lain-lain.

1
Charles Santiago. Via MalayMail

Kasino juga adalah kawasan tertutup yang berisiko lebih besar untuk sebarkan virus berbanding kawasan terbuka dengan pengudaraan yang baik. Menurut panduan operasi Resorts World Genting, Genting Casino, Genting Club dan Genting Club Private Gaming tetap terbuka tetapi untuk ahli Genting Rewards sahaja. Panduan operasi turut nyatakan bahawa kali terakhir ia dikemaskini pada 17 Mei. PKP di seluruh negara berkuatkuasa pada 12 Mei.

Santiago nak tahu siapa yang mengunjungi kasino ini ketika larangan perjalanan antara negeri dan antara daerah masih berkuat kuasa, menyifatkan ia “sangat mencurigakan”.

“Macam mana orang boleh dapat kebenaran untuk pergi ke Genting? Kedua, siapa yang memantau interaksi sosial di kasino? Adakah SOP benar-benar dipatuhi di sana? Adakah jarak fizikalnya mencukupi? Ini jelas tidak adil untuk restoran. Saya benar-benar simpati kepada pemilik restoran ketika ini; Saya tak tahu bagaimana mereka akan bertahan,” – Charles Santiago, seperti yang dilaporkan FMT

Via Giphy

Dalam masa yang sama, Lee Chean Chung, ADUN Semambu, Pahang, tegaskan bahawa tak sepatutnya ada dwistandard dengan SOP PKP, sambil menyeru agar peraturan yang sama diterapkan secara menyeluruh.

Ketua bendahari PKR itu memberitahu FMT: “Di kasino, pengunjung akan duduk lama di situ. Dia turut merasa bingung kerana kasino Genting beroperasi ketika perjalanan merentas negeri adalah dilarang.”

Ismail Sabri tak tahu pun kasino tu buka, dikritik oleh Mahfuz

Sementara itu, Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob mengarahkan kasino Genting Highlands ditutup, dengan mengatakan bahawa dia sebelum ini tidak menyedari bahawa ia masih beroperasi. Pada 7 Mei, Kementerian Kesihatan (KKM) mengesan 16 daripada 28 pelancong dari Alor Setar yang mengunjungi Genting Highlands positif Covid-19.

perbelanjaan
Via Berita Harian

Mereka menaiki dua bas dalam perjalanan dari 22 April hingga 24 April, yang diatur oleh syarikat pelancongan berdaftar di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Ismail tak jelaskan mengenai operasi sebelumnya, atau alasan di sebalik penutupan tersebut atau berapa lama ia akan ditutup. Kenyataan Ismail ni dikritik oleh Naib Presiden Amanah, Mahfuz Omar, yang mengatakan kerajaan mengelak daripada tanggungjawab dengan membenarkan kasino beroperasi sebelum ini.

“Kerajaan takut dengan persepsi masyarakat untuk menyatakan perkara sebenar bahawa aktiviti perjudian dibenarkan. Sepatutnya beliau (Ismail) jawab terus terang, iaitu tempat judi boleh dibuka. Beliau umpama tidak jujur dan takut untuk berdepan persepsi masyarakat kerana dalam tempoh PKP, premis jual nombor ramalan juga masih dibenarkan beroperasi,” – Mahfuz, seperti yang dilaporkan FMT

Bagi mereka yang terlepas, isu operasi kasino ni menjadi kontroversi selepas sekumpulan penduduk di Alor Setar, Kedah, dijangkiti Covid-19 selepas pulang bercuti dari pusat peranginan di Genting Highlands. Selain kasino, ada pelbagai kemudahan rekreasi dan pusat beli-belah di pusat peranginan itu.

perbelanjaan
Via The Edge Market

Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) memaklumkan syarikat pelancongan yang membawa kumpulan pengunjung berkenaan didapati mematuhi semua garis panduan Gelembung Pergerakan Pelancongan Bersasar Domestik yang ditetapkan.

Februari lalu, pengusaha resort dan kasino popular, Resorts World Genting (RWG) di Genting Highlands mengumumkan pihaknya memperoleh kebenaran untuk kembali beroperasi dengan SOP lebih ketat, susulan berakhirnya perintah kawalan pergerakan (PKP) 2.0 di semua negeri di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan pada 18 Februari.

Kerajaan perlu pastikan tak ada SOP yang dilihat berat sebelah oleh rakyat

Ketika menghadapi pandemik Covid-19, amat penting kerajaan datang dengan keputusan-keputusan yang konkrit dan membantu rakyat. Apa yang kita lihat sedang berlaku amat merisaukan; ada banyak hal dalam SOP terlalu mengelirukan rakyat. Sekiranya keadaan ini terus berlaku, sudah tentu rakyat akan bertambah marah, dan akan melakukan sesuatu untuk mengkritik kerajaan. Barangkali disebabkan hal ini #kerajaangagal sudah beberapa kali trending.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *