займ срочно

Kajian ini kata orang kaya memang ada masalah sikap, korang rasa macam mana?

f1
Kajian ini kata orang kaya memang ada masalah sikap, korang rasa macam mana?

Pernah tak korang terfikir: kenapa orang kaya ni kedekut? P.Ramlee, tokoh filem kita pernah bikin sebuah filem yang mengisahkan sorang watak bernama Haji Bakhil. Haji Bakhil ni kedekut yang amat; orang datang minta tolong pun dah boleh pengsan. Kedekut ni sebahagian dari keupayaan kita untuk faham apa orang lain rasa. Biasanya orang yang pemurah hati ni cepat faham keadaan orang kurang berkemampuan sebab diorang sedar dengan kelebihan dan kekurangan orang lain. Macam Ebit Liew lah umpamanya…

728 X 90

Walau bagaimanapun, ada jugak sesetengah orang kaya ni macam Haji Bakhil. Paling takpun, lagak sesetengah orang kaya ni antaranya dilihat selalu mementingkan diri sendiri, tak fikir pasal orang lain dan sentiasa nak nampak ‘lebih’ daripada orang lain. Adakah ni tandanya kita dengki kat diorang, atau memang benarlah orang kaya ni sombong dan bongkak?

Via Giphy

Kajian buktikan orang kaya sebenarnya lebih cenderung jadi pemandu yang tak sabar

Ramai orang beranggapan, seharusnya semakin kaya seseorang tu… semakin baik perangainya terhadap orang lain. Bila kita dah rasa kita cukup atau lebih dari cukup, sepatutnya dah lebih senang untuk kita fikirkan nak bantu orang lain. Perkara ni menarik perhatian para ahli psikologi dengan satu persoalan: benarkah semakin kita kaya, kita semakin mudah simpati dengan orang lain?

Jawapannya – tak. Para pengkaji mendapati semakin tinggi seseorang tu di tangga sosial, rasa simpati dan kasihan diorang terhadap orang lain boleh menurun. Ertinya, apa yang kita rasa kat sesetengah orang kaya ni bahawa diorang bongkak dan sombong… betul lah diorang ni bongkak dan sombong. Hal ni dibuktikan dalam beberapa kajian. Paul Piff dan Dacher Keltner merupakan pakar psikologi yang dah buat kajian untuk melihat sejauh mana kelas sosial ni mempengaruhi watak dan tingkah laku seseorang.

Via Giphy

Dalam menentukan ‘kelas sosial’ ini, diorang tengok beberapa ukuran iaitu jumlah kekayaan, prestij kerja dan pendidikan. Bagi diorang, ketiga-tiga ni adalah ukuran sosial yang selalu ‘memisahkan’ bagaimana kita tengok seseorang. Dalam satu kajian diorang, Piff dan rakan pengkaji secara diam-diam memerhatikan tingkah laku pemandu kat sebuah persimpangan empat hala yang sibuk.

Diorang mendapati pemandu kereta mewah lebih cenderung potong jalan pemandu lain berbanding nak tunggu giliran diorang di persimpangan tersebut. Hal ni tak kira jantina, waktu serta jumlah trafik dalam persimpangan tersebut. Dalam kajian lain pulak, diorang turut mendapati pemandu kereta mewah jugak cenderung melajukan kenderaan diorang melintasi sorang pejalan kaki yang nak guna lintasan pejalan kaki meskipun diorang perasan ada orang nak lintas jalan tersebut.

f4.large
Orang yang rasa dirinya tinggi lebih cenderung lajukan kenderaan walaupun jelas ada orang nak lintas jalan.. Via PNAS

Kajian turut buktikan orang kaya memang cenderung pentingkan diri walaupun diorang tahu ada orang lebih perlukannya

Sikap pentingkan diri ni turut jadi fokus kajian Piff. Dalam satu lagi kajian, diorang nak tengok sejauh mana sikap pentingkan diri ni membawa kepada kekayaan. Biasanya orang tanya sebaliknya, tapi kali ni, ia jadi lebih menarik sebab ni menunjukkan sikap pentingkan diri ni sengaja dikekalkan oleh orang kaya kerana termotivasi oleh kekayaan. Kajian tersebut dijalankan dimana diorang nak perhatikan bagaimana tingkah laku orang kaya ni dan perasaan diorang.

Para pengkaji memulakan kajian tu dengan bertanyakan kepada para peserta kajian untuk luangkan beberapa minit, dan bandingkan diri diorang dengan orang yang lebih kaya atau lebih tak berkemampuan dari segi kewangan. Lepas tu, para peserta diperlihatkan sebalang gula-gula dan dimaklumkan diorang boleh ambil gula-gula di dalam tu sebanyak mana diorang nak.

Via Giphy

Diorang turut dimaklumkan bahawa baki gula-gula tu akan diberikan kepada kanak-kanak yang ada kat makmal kajian lain. Para peserta yang diberi masa untuk fikir pasal betapa diorang lebih senang atau kaya daripada orang lain akhirnya ambil lebih banyak untuk diri sendiri, berbanding nak diberi kepada kanak-kanak. Dalam satu lagi kajian berkaitan oleh Keltner pula, diorang nak tengok bagaimana kelas sosial mempengaruhi rasa simpati dan kasihan kepada mereka yang kurang bernasib baik.

Diorang mendapati bahawa individu yang tak berapa kaya lebih rasa simpati dan kasihan, tanpa mengira beberapa faktor bias lain seperti jantina, etnik dan kepercayaan spiritual diorang. Ni disokong oleh sebuah lagi kajian, yang mana peserta yang menerima pendapatan yang kurang dan taraf pendidikan rendah, dilaporkan lebih mudah rasa kasihan bila tengok video pesakit kanser.

Via Giphy

Kajian ni dibina berdasarkan kajian lalu. Kajian lalu menunjukkan bagaimana individual dari kelas atas ni kurang mengenali emosi orang lain dan cenderung untuk tak beri perhatian kepada orang yang diorang berinteraksi. Misalnya, diorang lebih kerap tengok telefon pintar dan lebih seronok buat kerja lain semasa orang tengah bercakap dengan diorang.

Pengkaji simpulkan orang kaya dan tinggi kelas sosialnya lebih sokong sikap tamak

Berdasarkan kajian-kajian lalu, Piff dan rakan pengkajinya menyimpulkan orang kaya ni sukar nak faham, bersimpati ataupun rasa kasihan kepada orang lain kerana kekayaan dan kelebihan yang diorang dapat tu memberikan diorang suatu rasa kebebasan termasuklah bebas daripada terpaksa bergantung dengan orang lain. Semakin kurang kita bergantung dengan orang lain, semakin kita tak peduli dengan perasaan diorang. Ni membuatkan kita jadi lebih fokus kepada diri sendiri je tanpa nak fikirkan orang lain.

Via Giphy

Salah satu sebab lain adalah bagaimana sikap kita terhadap ketamakan. Orang berkelas atasan ni biasanya akan sokong idea “tamak itu baik”. Menurut kajian lepas pun, diorang lebih mudah bersetuju dengan pernyataan bahawa ketamakan tu boleh dijustifikasikan, penting dan boleh dipertahankan secara moralnya. Sikap ni akhirnya memudahkan ramalan kecenderungan para peserta ni untuk terlibat dalam sebarang tingkah laku yang tak beretika.

Kesimpulan ni turut menjelaskan kenapa syarikat antarabangsa Goldman Sachs dan syarikat kewangan lain ni diibaratkan sebagai tanah subur untuk sikap tamak. Walaupun ketamakan ni adalah emosi yang semua orang ada, ia berkemungkinan besar lebih ‘menarik’ perhatian ke atas sesiapa yang dah memiliki banyak kelebihan dan kekayaan, serta dah memang mudah jadi tamak berbanding orang lain.

Meskipun begitu, kajian Piff & Keltner berkenaan tamak ni pun tak boleh sekadar nak memburukkan orang kaya je. Apabila orang yang kurang berada atau yang ada kat tengah-tengah ni dipamerkan pulak sisi positif menjadi tamak, barulah diorang lebih terima sikap tamak ni. Penerimaan diorang bahkan lebih tinggi berbanding orang kaya yang turut dipamerkan sisi positif tamak.

tamak piff keltner kaya
Graf dari kajian Piff & Keltner mendapati orang kaya boleh terima sikap tamak tu. -Via PNAS

Adakah ni menjelaskan jugak kenapa VIP, anak mahupun keluarga terdekat diorang, termasuklah golongan kayangan yang kita lihat hari ni gagal faham apa yang orang kebanyakan rasa ye? Melihatkan kajian yang dah kami ringkaskan ni, boleh jadi kerana diorang rasa diorang dah tinggi kedudukannya… diorang dah tak perlu peduli apa yang marhaen susah kais pagi makan pagi, kais petang makan petang tengah hadapi.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top