Beberapa keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia yang memeningkan ramai pihak

f1
Beberapa keputusan Kementerian Pendidikan Malaysia yang memeningkan ramai pihak

Sejak kita dilanda pandemik, sesi pembelajaran di rumah dan melalui Internet jadi suatu norma baharu yang harus diterima oleh semua. Menyedari masalah-masalah infrastruktur yang dihadapi, kerajaan dah janjikan beberapa bantuan untuk memudahkan pembelajaran anak-anak di rumah. Salah satunya pernah mengundang kontroversi satu negara, iaitu kisah guru Sains yang dikatakan tak lancar berbahasa Inggeris sehinggakan menjadi bahan lawak gurau sebilangan masyarakat.

728 X 90

DidikTV takdelah boleh dikatakan sebagai suatu rancangan pendidikan yang sempurna, dan masih banyak lagi ruang kelompangan yang boleh diisi dengan penambahbaikan. Namun ideanya tu dah bagus dah. Ni tak bermakna, DidikTV ni bebas kontroversi lepas isu guru tak lancar berbahasa Inggeris dulu. Baru-baru ni, pembangkang pulak mempersoalkan bukan satu… tetapi dua isu yang muncul berkenaan perbelanjaan kewangan oleh KPM.

Kpm Didiktv
Via Harian Metro

Pelik, kenapa KPM luluskan kontrak jutaan ringgit kepada syarikat yang tengah rugi?

Pada November tahun lalu ketika sidang Parlimen masih lagi berlangsung… kita dapat ketahui sendiri perkembangan wang rakyat tu dibelanjakan kat mana dan tujuannya. Sebelum DidikTV bermula pada awal tahun ni, dahulunya kita ada jugak cuba bikin siri rancangan pendidikan. Nama siri tersebut adalah [email protected], dan syarikat produksinya Radius One Sdn Bhd dianugerahkan RM1.92 juta dari KPM untuk 800 episod. Banyak jugak tu, dan pastinya kita dapat melihat potensi rancangan pendidikan tu untuk pembelajaran anak-anak di rumah.

Walau bagaimanapun, latar belakang syarikat penerbit ni yang membuatkan ramai curiga dan pelik. Pertama sekali, Radius One ni bukanlah syarikat yang ‘cemerlang’ apabila kita meneliti penyata kewangan diorang. Wartawan The Vibes, Emmanuel Samarathisa pernah mengulas status kewangan syarikat tersebut, dan dia mendapati bahawa untuk tiga tahun berturut-turut, syarikat tu rugi besar daripada 2017 hingga 2020. Syarikat tersebut jugak ada aset wang tunai bernilai RM1.55 juta pada tahun fiskal 2019, yang mana ia tak cukup untuk bayar semula hutang RM4.92 mahupun membayar kos keseluruhan projek tu.

radius one youtube
Via The Vibes

Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr. Maszlee Malik bertanya kepada Menteri Pendidikan, Mohd. Radzi Jidin mengenai hal tersebut. Memetik temu bual Dr. Maszlee bersama Malaysiakini;

“Di Malaysia sepertimana yang kita ketahui Kementerian pendidikan telah memberikan kontrak kepada sebuah syarikat, semenjak beberapa bulan yang lalu untuk hasilkan content ataupun kandungan TV pendidikan. Tapi sehingga November ini kita tak nampak mana kandungan tersebut dan kontrak itu bernilai RM1.9 juta. Tapi sehingga kini apakah hasilnya? Kita ingin tanyakan”- Dr. Maszlee, seperti yang dilaporkan oleh Malaysiakini

Hal ni dijawab semula oleh penerbit Radius One Sdn Bhd, Fazli Baharom. Dia kata semuanya berjalan dengan lancar, dan ada beberapa daripadanya dahpun tersiar. Episod rancangan televisyen ni dirancangkan untuk disiarkan menerusi saluran RTM, melalui platform TV Okey. Saluran tersebut, dilancarkan pada 21 Mac 2018, sepatutnya menjadi suatu platform alternatif untuk para pelajar yang takde kemudahan internet agar boleh belajar di rumah. Ia dah bersiaran pada 6 April untuk 2 jam setiap hari dari jam 9 pagi hingga 10 pagi, dan jam 1 petang hingga 2 petang.

 

Menteri KPM, Radzi Jidin turut menjawab soalan Dr. Maszlee dengan mempertahankan keputusan KPM untuk memilih Radius One. Katanya, Radius One dapat tender terbuka tu secara adil. Tarikh tamat projek kemudiannya dilanjutkan daripada 30 November 2020 ke 31 Mac tahun ni kerana dikatakan syarikat tu gagal siapkannya dalam tempoh asal tu. Mengikut kenyataan media Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Harapan:

“Persoalannya, apakah status pembuatan kandungan tersebut pada waktu ini? Apakah kesemua 800 kandungan tersebut telah selesai? Ataupun terpaksa ditangguhkan lagi? Jika benar, berapa lama kerajaan membenarkan penangguhan tersebut? Jika ianya ditangguhkan lagi, apakah tindakan KPM atas kegagalan tersebut? Apakah mereka diberikan penalti? Selain itu, berapakah bayaran yang telah dibuat ada syarikat penyedia kandungan setakat ini? Apakah masih tetap dengan nilai RM1.9 juta juga?

Kami selidik sikit sejauh mana reaksi masyarakat terhadap [email protected], dan salah satu laman berita yang memperkenalkan TV pendidikan ni adalah New Straits Times, KPM dan Bernama. Selain dari portal tersebut, hampir takde lagi usaha hebahan terhadap [email protected] Nampaknya antara [email protected] dan DidikTV atau Tutor TV, ternyata ramai yang lebih mengenali DidikTV berbanding rancangan yang tersiar dalam RTM ni. Ketika kerajaan didesak untuk lancarkan program baharu, mengapa [email protected] tak disebutkan ataupun diperkasakan lagi? Setakat ni, beberapa rakaman video masih boleh dicapai di laman web rasmi RTM. Setakat ni belum sampai 800 episod pun…

kelasdirumah
Paparan [email protected] di platform Youtube

KPM tak yakin ke dengan kebolehan RTM hingga perlu serahkan kepada syarikat swasta Media Prima?

Soalan ni dirumuskan berdasarkan kenyataan media pembangkang. Isu kedua yang melingkari hal saluran TV pendidikan ni adalah mengenai kontrak penyiaran bahan pendidikan jugak. Macam kami sebutkan sebelum ni, orang lebih kenal DidikTV berbanding [email protected] Saluran tersebut bermula pada 16 Februari tahun ni, namun pada 1 Mei, pemegang taruh BSTP KPM dikatakan tak lagi laksanakan sebarang rakaman mahupun penerbitan Rancangan TV Pendidikan.

Semua urusan dah diserahkan terus kepada DidikTV (NT7 Media Prima) secara rundingan terus pada kadar nilai yang tak jelas. Bahkan, kenapa Media Prima jadi pilihan? Kenapa tak RTM je sedangkan kaedah ni percuma dan diorang pun ada fasiliti yang cukup? Yang lebih penting, kenapa sehingga kini kontrak tersebut belum ditandatangani lagi oleh pihak kerajaan dan DidikTV, dan apa hala tuju sebenar Pembangunan Kandungan TV Pendidikan? KPM turut memiliki platform pembelajaran lain seperti Delima dan EduwebTV, tetapi bahan-bahan ni turut tak kelihatan dalam kedua-dua platform ni. Adakah ni bermaksud KPM takde hak cipta ke atas program-program ni?

“Hakikat yang akan dihadapi oleh murid-murid ialah mod PdPR untuk PKP 3.0 akan bermula sejurus selepas cuti Hari Raya Aidilfitri. Persoalannya, bagaimanakah murid-murid boleh mengakses bahan video PdP yang dihasilkan oleh DidikTV dan pembekalan video TV Pendidikan yang sepatutnya telah selesai dihasilkan oleh Radius One (sebanyak 800 video) sedangkan video-video ini masih belum dimuatnaik di platform pembelajaran Dilema dan Portal EduwebTV?

Berapakah bilangan penonton DidikTV sehingga kini? Apakah berbaloi puluhan juta ringgit duit rakyat dilaburkan berbanding bilangan penggunanya? Apa yang pasti semuanya kabur dan masih tidak jelas. Akhir sekali, kami ingin bertanya ke manakah hala tuju TV Pendidikan di bawah Menteri Pendidikan YB Datuk Dr. Radzi Jidin?”

Fuh bertubi-tubi soalan menjelma kat kepala otak kita. Bila kita cuba fikirkan kenyataan pembangkang, bagi kami ni suatu barisan persoalan yang sangat mustahak untuk diperincikan. Dengan ketiadaan sidang parlimen, isu-isu sebegini sepi dibawa angin kosong. Ditambah lagi dengan beberapa isu pendidikan yang lain seperti isu jenaka rogol, masalah lambakan graduan pendidikan dan lain-lain… KPM perlu menjadi lebih proaktif mencipta matlamat baharu untuk pendidikan. Memansuhkan UPSR je tak cukup, dan hal tu sememangnya dah acapkali dibicarakan atas meja. Bagaimana pulak dengan hal-hal pendidikan yang lain?

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top