Semalam kes baharu Covid-19 lebih tinggi dari kes yang sembuh, nampaknya rakyat masih degil

F1
Semalam kes baharu Covid-19 lebih tinggi dari kes yang sembuh, nampaknya rakyat masih degil

Semalam Jumlah kes baru Covid-19 mengatasi kes yang telah pulih. Sudah beberapa hari jumlah kes yang pulih mengatasi jumlah kes baharu, jadi benda ni bukanlah berita baik untuk kita. Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah kata, 60 kes baru dilaporkan semalam, menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia sebanyak 7,245 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah 1,185 kes.

“Ingin dimaklumkan daripada 60 kes baharu yang dilaporkan, 7 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Daripada 53 kes penularan tempatan, 44 kes adalah bukan warganegara Malaysia di mana 27 kes bukan warganegara Malaysia telah dikesan di Depot Tahanan Imigresen (DTI) di Semenyih dan enam kes di sebuah kluster baru di DTI Sepang,” – Dr Noor Hisham, seperti yang dilaporkan oleh BERNAMA

Masih ada lagi rakyat Malaysia yang degil, pergi beraya sakan ketika Covid-19 masih belum berjaya dikalahkan

Selain daripada jiran yang takde common sense sebab main mercun dengan bunyi yang terlalu kuat, sehingga membahayakan diri sendiri dan orang lain yang mungkin ada sakit jantung – kami bimbang jugak dengan orang yang pergi beraya sakan ni. Sebabnya ramai je yang fikir dah menangi cabaran lawan Covid-19, tapi sebenarnya belum lagi.

Budakraya
Kalau nak main mercun pun, janganlah main sampai level macam ni. Besar sangat tu, sekali meletup, terkejut orang. Via Youtube

Ada yang pergi beraya sakan sebab rasa “terkurung” sepanjang Tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dulu. Kalau diorang beraya ke satu tempat je atau dalam jumlah yang betul-betul kurang dari 20 orang, kami boleh terima lagi. Masalahnya ada yang pergi beraya ke beberapa tempat dengan jumlah yang besar. Cuba bayangkan kalau diorang lakukan “kontak” dengan orang yang positif Covid-19?

Diorang akan jadi ejen penyebaran virus ni. Kalau semua nak bawak kepala sendiri je, susahlah. Ini belum cerita lagi orang yang sanggup lakukan penipuan untuk rentas negeri, diorang ni macam sanggup menipu untuk bawak penyakit ke kampung sendiri. Kami rasa tempoh 3 minggu bulan Syawal ni adalah tempoh yang menakutkan. Kalau ada peningkatan kes yang mendadak, nampaknya sia-sia usaha PKP kita.

Budakraya
Kan dah mendapat. Via Harian Metro

Satu lagi, kerajaan hari tu silap apabila diorang umumkan rakyat dibenarkan beraya tak lebih dari 20 orang. Benda ni buatkan rakyat fikir; beraya tu masih dibenarkan dan memperlihatkan masalah Covid-19 di negara kita ni dah tak serius. Sebab itulah ramai yang ambik keputusan untuk pulang ke kampung dan pergi beraya sakan semalam. Kalau kes naik mendadak semasa Syawal ni, kerajaan nak bertanggungjawab ke?

Disebalik semua ni, pakar dari Indonesia ni puji cara Malaysia menangani Covid-19

Okaylah, asyik cerita benda yang menakutkan je, ini kami cerita benda yang boleh kita buat gembira dan berbangga sekejap. Nampaknya strategi kerajaan Malaysia dalam pastikan usaha menangani wabak COVID-19 berada di landasan yang betul dipuji oleh pakar dari Indonesia. Pakar Komunikasi dan Penggiat Literasi Media Santi Indra Astuti dari Universiti Sains Malaysia (USM),  mengenal pasti tiga langkah utama yang menjayakan strategi dalam melawan Covid-19 iaitu penyampai arahan tunggal, ketelusan dan akamodatif.

Budakraya
Via ChannelAsia

Kata Santi, kerajaan Malaysia cekap untuk pastikan maklumat yang disampaikan tu hanya dari satu sumber, lantas mengelak kecelaruan dalam penyampaian maklumat. Pertama adalah narasi (penyampaian maklumat) tunggal daripada pemerintah, takde yang berbeza-beza arahan. Maka, kalau (di Malaysia) Perdana Menteri katakan sesuatu, ia dituruti oleh pihak (atau agensi berkaitan) yang di bawahnya. Bukannya menteri ini menterjemahkan ini, dan menteri itu menterjemahkan yang lain pula.

“Kalau mereka di Indonesia masih tertanya-tanya sama ada lockdown atau tidak, dilakukan PSBB (Perbatasan Sosial Berskala Besar) atau tidak atau ada peraturan lain. Di Malaysia pula tidak ada pertanyaan sebegitu… terus melakukan lockdown (Perintah Kawalan Pergerakan),” – Santi, seperti yang dilaporkan Awani

Penyampaian maklumat tunggal itu sangat penting, dan buatkan rakyat menjadi tak bingung. Yalah, kalau dah banyak sangat maklumat dan arahan yang keluar, kita dengar siapa kan?

Datuk Dr Noor Hisham Abdullah

Selain tu, kerajaan Malaysia dikatakan telus mengenai keadaan sebenar dan memaklumkan langkah yang bakal diambil. Walaupun keputusan yang diambil tu mungkin salah, kata Santi, tapi Covid-19 adalah sesuatu yang baru, maka keputusan dibuat berdasarkan situasi yang dihadapi.

“Sehari setelah kami di bawah perintah PKP di kampus, kami dikehendaki menyertai penstriman langsung di peringkat universiti, dan ia terbuka kepada semua pihak dalam universiti untuk memberi komentar dan mengajukan pertanyaan,” – Santi, seperti yang dilaporkan Astro Awani

Via Giphy

Akhir sekali, Santi kata kita ada kaedah penyelesaian yang baik. Santi beri contoh langkah kerajaan Malaysia yang bukan sahaja meletakkan pelitup mulut dan hidung dalam senarai barangan harga kawalan bagi mengelak peniaga ambiK kesempatan, malah hukuman yang dikenakan ke atas pelaku juga tegas.

“Kalau di Indonesia, undang-undang perdagangan itu hanya mengatur beberapa perkara, maka pihak yang mencatut pelitup hidung dan mulut hanya ditangkap untuk diberi peringatan sahaja,” – Santi, seperti yang dilaporkan Astro Awani

Ramai orang telah bekerja keras untuk mengatasi Covid-19, janganlah kita jadi orang yang musnahkan usaha tu…

Kami yakin korang sedar je ramai orang dah bekerja keras untuk pastikan negara kita selamat dari Covid-19, terutamanya para frontliner yang tak henti-henti bekerja untuk kita. Sifat pentingkan diri dan mengambil mudah keadaan semasa boleh menyebabkan usaha-usaha yang dilakukan ni menjadi sia-sia. Cuba bayangkan kalau jumlah kes ni terus meningkat, adakah kita sanggup untuk menghadapi tempoh PKP lagi?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top