Amin Idris kata masalah air di Selangor dan Kelantan adalah dua benda berbeza

F1
Amin Idris kata masalah air di Selangor dan Kelantan adalah dua benda berbeza

Masalah air ni bukan boleh bawak main-main, cuba bayangkan kalau kita nak pergi buang air besar, lepas tu tiba-tiba air takde, mesti kita akan emosi punya. Air adalah benda asas dalam kehidupan, kalau sesebuah kerajaan tu tak dapat beri bekalan air yang bersih kepada rakyat, tak usah mimpi nak bincang isu-isu yang lain. Dalam apa jua bidang pengurusan, terutamanya pengurusan sesebuah negeri; hal asas perlu diutamakan, sebelum mula bercakap benda-benda kompleks yang lain.

1
Kalau takde air, memang akan rasa rimas. Via Siakap Keli

Kami cakap benda ni bukan sebab nak saja-saja kritik sesiapa, sebab ahli politik boleh bergaduh seberapa banyak yang diorang mahu, tapi pada akhirnya – rakyat jugak yang akan kena. Macam isu air ni, ahli politik nak gaduh-gaduh pun, yang takde air adalah rakyat. Satu lagi, kalau korang nak jadi ahli politik – pastikan pasangan hidup korang bijak; kalau tak bijak, jadilah macam isteri Menteri Besar Selangor. Masa rakyat tengah susah takde air, dia pergi bubuh gambar keluarganya main mandi-manda.

Amin Idris kata, Selangor dan Kelantan perlu segera selesaikan isu berkaitan bekalan air

Semalam, MalaysiaKini laporkan pengacara dan personaliti televisyen Amin Idris ada suarakan harapan supaya kerajaan Selangor dan Kelantan cepat-cepat selesaikan masalah bekalan air di dua negeri tu.

“Kerajaan Selangor pimpinan Menteri Besar Amirudin Shari selesaikanlah masalah air di Selangor cepat-cepat. Begitu jugok kerajaan Kelantan pimpinan Ustaz Ahmad Yakob, selesaikanlah masalah air di Kelantan cepat-cepat. Kasihan kepada rakyat,” – Amin, seperti yang ditulis melalui Facebooknya

Sejak 2019, Selangor dan Kuala Lumpur dah alami sekurang-kurangnya lima gangguan bekalan air. Gangguan terbaru sejak 3 September dah sebabkan orang ramai jadi marah, termasuklah kami. Gangguan kali ini berpunca daripada pembuangan bahan tercemar oleh sebuah kilang di Sungai Gong, yang kemudiannya mengalir ke Sungai Sembah, iaitu antara sungai utama bagi Sungai Selangor.

Pihak berkuasa dah tutup sebuah kilang penyelenggaraan jentera berat di Rawang yang disyaki jadi punca gangguan. Antara pihak yang suarakan kritikan adalah PAS Selangor yang kata pentadbiran PH di negeri itu gagal menangani masalah tu.

Pesuruhjaya PAS Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi menggesa kerajaan Selangor ambik tindakan lebih tegas terhadap pihak yang cemarkan sungai. Benda ni dipandang sinis oleh netizen, sebab masalah air di Kelantan merupakan di antara masalah yang popular dan kerap berlaku. Menurut Amin, masalah pencemaran di Selangor tak boleh dibandingkan dengan masalah infrastruktur bekalan air di Kelantan.

“Cadangan ambo dalam isu air di Selangor, molek juga kawan-kawan dalam PAS Pusat slow sikit part ngonar (jangan terlalu cepat membuat kritikan). Nanti keno backfire…Biar selesai dulu masalah air di Kelate, bukan empat hari tapi bertahun dah,” – Amin, melalui Facebooknya

Empat beradik yang memiliki syarikat yang jadi punca pencemaran dah pun ditahan

Empat beradik pemilik kilang yang disyaki sebabkan pencemaran ni kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang telah pun ditahan polis. Kata Ketua Polis Selangor Noor Azam Jamaludin, kesemua suspek lelaki berumur lingkungan 50 hingga 60 tahun tu ditahan dalam satu operasi bermula kira-kira 11 malam.

Ada tangkapan dibuat di kediaman dan ada yang ditahan selepas tampil di balai polis di daerah Gombak. Siasatan awal dapati kilang tu diusahakan oleh empat suspek yang juga adik-beradik selepas bapa diorang meninggal dunia. Kes ni akan disiasat ikut Seksyen 430 Kanun Keseksaan. Sebelum ni, ada laporan jugak yang mengatakan kilang ni dah pernah disaman di atas kesalahan yang lebih kurang sama.

Untuk kesalahan yang kami sebutkan ni, diorang disaman RM60,000. Sudah tentu bagi syarikat yang besar macam ni – ia umpama duit syiling je kan?

1
Ahli politik tengah nak bahan lawan politiknya. Via Mhdaily

Satu lagi perangai yang tak elok yang datang dari sesetengah ahli politik ni adalah bahan orang memanjang tapi kerja tak jalan. Dia macam ni, takde masalah pun nak bahan lawan dalam dunia politik, ia sebahagian daripada rencah berpolitik, cuma dalam soal keperluan rakyat, kita kena selesaikan dahulu isu tu. Rakyat tengah pening takde air, dia boleh pulak pergi ambik air kolam renang untuk bahan kerajaan Selangor.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top