Masih tak puas hati, timbalan menteri nak pergi sendiri ke UMS tanya perihal Veveonah

F1
Masih tak puas hati, timbalan menteri nak pergi sendiri ke UMS tanya perihal Veveonah

Baru-baru ini seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah (UMS), Veveonah Mosibin lahirkan rasa kesal terhadap Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin kerana hujahnya yang tak dilakukan semakan, sebelum dikongsi. Ahli Parlimen Padang Besar tu dakwa kisah diceritakan Veveonah dalam YouTube adalah palsu dan sekadar untuk naikkan nama dia je. Tak lama selepas tu, dia mohon maaf menerusi status di akaun Facebook rasminya.

Ketika kita fikir benda ni dah habis, dan semua orang dah mula nak move on dari isu Veveonah ni ada jawab peperiksaan atau tidak, ada dua mangkuk orang tak berapa cerdik masih nak teruskan tomahan terhadap Veveonah.

Timbalan menteri kata; maklumat yang dia miliki diberikan oleh MP Kudat

Timbalan menteri yang main cakap lepas tu kata, dia beri laporan yang salah tentang Veveonah Mosibin kerana dapat maklumat tu dari Anggota Parlimen Kudat, Abdul Rahim Bakri. Katanya MP dari Kudat tu dapat maklumat tu daripada pensyarah Veveonah di Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Whatsapp Image 2020 03 10 At 19.14.12
Tahniah kami ucapkan. Via JPM

Untuk pertahankan dirinya, Zahidi kata dia anggap maklumat tu tak perlu disemak semula sebab ia disalurkan oleh timbalan menteri kewangan.

“Maka, wakil rakyat tersebut (Abdul Rahim) dah maklum kepada kita dan dia dapat maklumat daripada pensyarah,” – Zahidi, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Menurut Zahidi dia sendiri nak pergi ke UMS untuk bertemu pensyarah, kakitangan UMS dan Veveonah bagi dapatkan maklumat sebenar sebagai langkah menyemak semula maklumat tersebut. Zahidi turut mengkritik DAP kerana didakwanya mempolitikkan isu tu, termasuk veteran parti terbabit, Lim Kit Siang.

Sampai tahap tu ye dia buat! Via Giphy

Sebabnya, Lim kata Zahidi kena dirujuk ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Negara klerana memberikan kenyataan salah serta menyifatkan alasan yang “paling lemah”. Kata Zahidi, DAP dianggap sudah bankrap idea, kecewa, dan mahu mengalihkan isu Veveonah untuk mendapat keuntungan politik.

MP Kudat pulak dikatakan dah siap tanya ketua kampung tentang keadaan Veveonah

Selain daripada timbalan menteri ni, MP Kudat, Abdul Rahim Bakri pertahankan dakwaannya tentang Veveonah yang dikatakan takde peperiksaan time dia upload video dia panjat pokok kat Youtube. Jelas Abdul Rahim, dia serta pegawainya telah buat siasatan sebelum keluarkan kenyataan sedemikian.

Katanya, pegawainya dah jumpa dua ketua kampung – Elwin Madisa (ketua kampung Sepatalang) dan Edward Upak (ketua kampung Bilangau Besar) Daerah Pitas, Kota Marudu Sabah – untuk dapatkan maklumat.

“Seperti keterangan kedua-dua ketua kampung, ibu-bapa pelajar ini sudah terlalu lama tidak tinggal di kampung Sepatalang kerana bapanya Mosibin bin [email protected] Makrun bekerja di Koperasi Pembangunan Daerah (KPD) di pekan Pitas. Mereka sebenarnya tinggal menetap di pekan Pitas yang ada khidmat Internet, sebenarnya dia tidak ada rumah di kampung Sepatalang seperti yang dia dakwa,” – Abdul Rahim, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Bagi yang dah lupa, Veveonah ada kata video tularnya tu turut mendapat pengesahan pihak institutnya iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS). Kami pun tak faham apa lagi dua orang ni tak puas hati, sampai tahap nak pergi jumpa ketua kampung.

“Saya juga ada bukti dalam jadual tarikh untuk peperiksaan dan rakan-rakan saya juga tahu. Video tular itu juga sudah diketahui dan disahkan pihak universiti. Takkan universiti mahu cakap saya palsu,” – Veveonah, seperti yang dilaporkan MalaysiaKini

Dengan semua hujah yang ada ni, Abdul Rahim kata dia curiga kalau Veveonah mungkin ada motif tertentu menerusi video tularnya. Dalam bahasa mudah, dia tuduh Veveonah ni buat video dengan tujuan nak famous, bukan nak jawab exam. Cakap je macam tu, simple. 

Tak habis-habislah dia ni. Via Giphy

“Apa perlu pelajar itu membahayakan diri memanjat pokok dan dimuat naik video sedangkan dia ada pilihan hanya berusaha sedikit ke pekan Pitas sama ada menumpang di sekolah atau tempat awam yang liputan baik dan pilihan terbuka luas. Malah difahamkan menurut sumber rumah ibu bapanya pun sebenarnya di pekan Pitas. Jika ia terjatuh dari pokok itu sudah pasti malapetaka pada keluarganya dan akan menjadi tragedi pada negara,” – Abdul Rahim, melalui Facebooknya (post ini telah dipadam)

Kita harus akui, Sabah memiliki masalah jaringan Internet yang agak teruk

Kami pun sampai sekarang cuba faham mengapa kedua-dua ahli Parlimen ni nampak bergitu semangat nak serang seorang pelajar universiti yang begitu muda. Adakah diorang cuba nak nafikan keadaan sebenar di Sabah? Ketika ini masih terlalu banyak kawasan yang tak dapat jaringan Internet. Daripada diorang habiskan tenaga untuk discredit Veveonah, baik diorang fikir macam mana nak bantu penduduk di kawasan yang ada capaian Internet yang rendah.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top