Lori terbalik di jalan raya, kotak susu dicuri secara berjemaah di Kelantan

Bla
Lori terbalik di jalan raya, kotak susu dicuri secara berjemaah di Kelantan

Dalam kesusahan seseorang, ada kesenangan untuk orang lain. Mungkin itulah ayat yang sesuai untuk gambarkan nasib seorang pemilik lori yang dibawa anaknya kemalangan, dan kotak-kotak susu yang ada dirembat oleh orang-orang yang tak bertanggungjawab. Cuba bayangkan apa perasaan pemandu lori tu, sudahlah baru je kemalangan, kotak susu yang dia bawak pulak kena rembat. Umpama sudah jatuh ditimpa tangga, kemudian peti ais jatuh sekali dengan tangga…

Pemilik lori harap mangkuk-mangkuk yang curi kotak susu tu dapatlah pulangkan kota susu yang diorang curi…

Pemilik lori yang terbalik di Simpang Tiga Beris Kubor Besar, minta orang ramai yang mengambil susu dari kenderaan berat itu memulangkannya kembali untuk elakkannya menanggung kerugian besar. Azizan Zainuddin, 57 tahun, kata; lori yang dipandu anaknya tu bawa 24 palet susu milik sebuah syarikat.

Menurutnya, diorang hanya ambil upah menghantar bekalan susu tin itu dari Klang, Selangor ke sebuah gudang kat Pengkalan Chepa.

“Saya merayu agar sesiapa yang mengambilnya memulangkan kembali kerana susu itu tidak halal diminum kerana bukan milik kita. Setakat ini saya hanya menerima semula dua palet. Satu palet mengandungi 50 kotak susu. Satu kotak ada 48 tin susu, bayangkan berapa banyak kerugian terpaksa ditanggung untuk mengantikan kehilangannya,” – Azizan, seperti yang dilaporkan KOSMO

Azizan kata, pihaknya akan minta pihak masjid mukim Wakaf Zin membuat pengumuman mengenainya dan orang ramai yang terambil boleh meletakkan barangan itu di masjid berkenaan sekiranya malu untuk berurusan secara terus. Orang ramai yang mahu pulangkan susu juga boleh menghubungi dia di talian 014-8498669.

Via Berita Harian

Kejadian pada pukul 4 petang semalam tu tular kat laman sosial apabila orang ramai tanpa segan silu mengambil susu dari lori berkenaan. Kes kemalangan tu turut dilaporkan pada pihak polis pada hari kejadian. Azizan kata jugak, anaknya yang cedera di bahagian dahi sempat melihat muatan susu yang dibawa tidak bertaburan sebelum dihantar ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Punyalah teruk perangai. Via Giphy

Namun tak lama selepas tu, gambar-gambar orang ramai mengambil susu tersebar di laman sosial. Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan Nik Aminuddin Raja Abdullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

Polis dah pun buka kertas siasatan berhubung kes ni, ada jugak orang yang pulangkan kat IPD Bachok…

Polis buka kertas siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri susulan tindakan orang ramai ambil kotak susu tanpa kebenaran daripada sebuah lori yang terbabit dalam kemalangan di Cabang Tiga, Kampung Tawang di Bachok.

Ketua Polis Daerah Bachok, Deputi Superintendan, Nik Aminuddin Raja Abdullah, kata pihaknya menerima laporan kehilangan susu itu daripada pemandu lori berkenaan, Mohd Baihaqi Azizan, 25, pada Rabu lalu.

Via Kotak Media

“Pada mulanya, timbul kekeliruan apabila ada pihak mendakwa pemilik barang itu memberi kebenaran untuk mengambil susu terbabit. Bagaimanapun, pemilik treler tidak pernah memberi kebenaran seperti itu. Pihak pengadu sudah membuat laporan polis petang kelmarin berhubung kemalangan dan kehilangan susu. Susulan itu kita buka kertas siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri, ” – Nik Aminuddin Raja Abdullah, seperti yang dilaporkan Berita Harian

Via Kotak Media

Kebanyakan akhbar melaporkan pemilik treler terbabit tak pernah memberi kebenaran susu itu diambil dan pada masa sama merayu orang ramai memulangkan kembali kerana dia bakal berdepan kerugian RM120,000. Dipercayai selepas tu, ada dalam kalangan orang ramai menghantar kembali susu itu di lokasi kemalangan dan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok. Nik Aminuddin kata, pihaknya sudah memaklumkan kepada pemilik treler, Azizan Zainudin, untuk mengambil semula susu yang dipulangkan penduduk kampung di IPD Bachok.

Dah lah orang tengah susah, dia pergi tambah pulak kesusahan orang…

Dosa bagi mereka yang ambil kesempatan di atas kesusahan orang lain adalah lebih besar berbanding dosa biasa. Merampas dan meragut sememangnya merupakan suatu dosa. Namun apabila ia dilakukan di ketika pemilik harta dalam keadaan cedera kemalangan sama ada di jalan raya atau kemusnahan di dalam rumah. Dosa penjenayah terbabit lagilah berganda. Kami harap kepada sesiapa yang ambik kotak susu tu, cepat-cepatlah pulangkan ye…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print