Rakyat makin susah sehingga perlu ke pajak gadai, ini asas urusniaga pajak gadai

F1
Rakyat makin susah sehingga perlu ke pajak gadai, ini asas urusniaga pajak gadai

Nampaknya pandemik Covid-19 benar-benar dah sebabkan ramai rakyat yang hidup dalam kesusahan. Kami rasa ni dah 100 kali dah kot kami cakap; untuk memastikan kita berjaya lawan Covid-19, ada dua elemen yang kita perlu tengok. Pertamanya dari sudut kesihatan, dan keduanya dari sudut ekonomi.

Kami pun tak faham kenapa kerajaan tak umumkan lagi bentuk bantuan sosial yang baru untuk beri ketenangan kepada rakyat dalam menghadapi pandemik ni. Benda dah terang-terang akan beri kesan melebihi bulan Mei, tapi diorang masih relaks tak umumkan apa-apa. Paling minimal, diorang kena panjangkan tempoh bantuan BPN ke Ogos.

Salah satu tanda rakyat dah kehabisan wang, kedai pajak gadai akan jadi tumpuan. Sebab bila korang dah habis wang simpanan, apa yang korang akan buat? Sudah tentulah menggadaikan harta, mana yang ada. Kedai pajak gadai jadi tumpuan orang ramai selepas hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dilaksanakan semalam.

Scam
Orang ramai beratur panjang. Via Perak Today

Pengguna media sosial berkongsi gambar dan video orang ramai yang sanggup beratur panjang di depan kedai pajak gadai menunggu giliran. Perkongsian tu bukan setakat kat kedai pajak gadai di sekitar Kuala Lumpur, tapi beberapa negeri lain seperti Perlis, Terengganu dan Ipoh turut alami situasi sama.

Akta Pajak Gadai 1972 dah perincikan beberapa benda penting dalam urusan pajak gadai

(Bahagian ini merujuk artikel Info Pengguna – Pajak Gadai terbitan Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional)

Bagi yang tak tahu lagi, fungsi kedai pajak gadai adalah beri pinjaman wang tunai terhadap barang gadaian bagi tempoh enam bulan dengan faedah 2% sebulan. Akta Pajak Gadai 1972 dah diluluskan untuk menyeragamkan undang-undang mengenai pajak gadai di seluruh negara. Sebelum tu ada Enakmen yang berbeza-beza untuk kawal aktiviti pajak gadai di setiap negeri di Semenanjung Malaysia.

Whatsapp Image 2020 04 30 At 9.57.25 Pm
Via Pustaka Mukmin

Kalau korang nak gadai barang, selalunya barang kemas atau jam tangan berjenama yang jadi pilihan orang ramai. Setakat ni, harga diri belum boleh lagi digadai. Okay kami gurau. Barangan seperti komputer riba atau telefon bimbit tak boleh dipajak, tapi benda-benda ni korang boleh jual di atas talian. Untuk pajak ni, pinjaman tak melebihi RM10,000 dibenarkan oleh Akta Pemegang Pajak Gadai 1972. Kalau lebih, tak boleh.

Via Giphy

Akta Pajak Gadai 1972 turut jelaskan tentang sekatan perniagaan iaitu:

  • Tidak boleh menerima apa-apa barang antara pukul 6 petang dengan 8 pagi. Tiada boleh mengadakan urusan perniagaan pada waktu tersebut.
  • Tidak boleh berurusan dengan sesiapa yang berumur dibawah 18 tahun.
  • Tidak boleh berurusan dengan sesiapa yang berada dalam keadaan mabuk atau tidak sempurna akal.
  • Tidak boleh menyimpan apa-apa barangan yang mempunyai tanda-tanda hakmilik kerajaan ataupun kerajaan negeri.
  • Apa-apa barangan disyaki “dicuri daripada pemilik asalnya”

Kalau kedai pajak tu alami bencana seperti kebakaran, diorang cuma perlu bayar 25% je…

Faedah yang dibenarkan dalam perniagaan pajak ni adalah 2% atau 24% setahun. Kalau ada yang kenakan caj lebih dari jumlah tu, ia adalah satu kesalahan. Tempoh gadaian ialah selama enam bulan, tapi gadaian tu boleh ditebus pada bila-bila masa. Sekiranya tak dapat tebus gadaian sebelum tamat tempoh, pemajak gadai boleh beritahu kepada pemegang pajak gadai untuk lanjutkan tempoh masa tak kurang daripada tiga bulan.

Scam
Via PajakKita

Kalau pemajak gadai gagal tebus sebelum tamat tempoh, barangan gadaian tu boleh dilupuskan. Pinjaman yang kurang daripada RM200 akan jadi milik pemegang pajak gadai secara automatik. Sekiranya pinjaman tu melebihi RM200, ia boleh dilupuskan melalui lelongan awam oleh pelelong berlesen. Pemegang pajak gadai jugak boleh buat tawaran untuk beli barang gadaian tu.

Antara kelemahan pajak gadai ni adalah kadar faedah tinggi iaitu 2% sebulan atau 24% setahun, jauh melebihi kadar pasaran. Selalunya, barang yang digadai – cincin, gelang atau rantai biasanya tak ditimbang. Banyak aduan diterima di Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional (NCCC) tentang barang kemas yang digadai tu lebih ringgan atau pendek ketika ditebus. Ada jugak aduan yang peniaga pajak gadai dah kikis sedikit emas daripada barang tu.

Oleh sebab tu, pemajak kena minta pemegang pajak untuk rekodkan barangan yang digadai, terutamanya menimbang berat dan ukur panjang rantai emas. Jika berlaku rompakan, kebakaran atau malapetaka ke atas kedai pajak gadai sehingga menyebabkan barang gadaian hilang atau rosak, pemegang pajak gadai hanya perlu bayar jumlah cagaran yang ditambah 25% lagi kepada pemajak gadai sebagai pampasan. Benda ni tak memadai dan tak adil tetapi inilah yang diperuntukan dalam akta yang sedia ada.

Via Giphy

Sebab tu memajak di Institusi perbankan ada kebaikan, andainya berlaku bencana yang tak diingini seperti rompakan atau kebakaran, nilai barangan kemas tu akan dipulangkan oleh pihak bank berbanding dengan kedai pajak gadai hanya bertanggungjawab pulangkan lebihan pinjaman sebanyak 25% je.

Rakyat dah mula bergadai harta untuk meneruskan kehidupan, kerajaan harus segera bertindak…

Apabila dengar cerita-cerita orang terpaksa gadaikan barang ni, kami betul-betul rasa simpati. Takde orang yang saja-saja gadai barang (yang diorang sayang) saja-saja untuk isi masa lapang. Selalunya ia adalah langkah terdesak yang perlu diambil disebabkan wang simpanan dah habis. Macam yang kami selalu katalah; duit simpanan rakyat kebanyakannya dah habis pada bulan April. Harap segeralah diumumkan bentuk bantuan baru kepada rakyat.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top