Kes MH17 ditembak jatuh, rupanya masih ada yang siasat. Ini perkembangan terbaru

F1
Kes MH17 ditembak jatuh, rupanya masih ada yang siasat. Ini perkembangan terbaru

Korang masih ingat lagi kes MH17? Kami ingat lagi masa tu, satu negara terkejut dan berduka kerana kapal terbang MAS yang membawa nama Malaysia tu tiba-tiba ditembak jatuh oleh misil di negara orang.

Mh17 Crash
Via CNBC

Peristiwa tu benar-benar suatu yang pelik sebab kita takde masalah diplomatik pun dengan Belanda, Rusia mahupun Ukraine. MH17 pulak adalah kapal terbang komersial, memang takde lah bawa senjata api ke harta karun emas pertama ke… banyak persoalan masih belum terjawab.

6 tahun selepas tu, sampai mana dah perkembangan kes tersebut?

Siasatan kes MH17 setakat ni buktikan Rusia ada kena mengena, tapi Rusia masih tak nak mengaku ada kaitan

Pada 17 Julai 2014, salah sebuah kapal milik MAS iaitu MH17 jatuh ditembak di Donetsk dan mengorbankan hampir 300 orang ketika dalam perjalanan dari Amsterdam menuju Kuala Lumpur. 43 daripadanya merupakan rakyat Malaysia.

Ukrain Mh17
Via BBC

Setakat tahun lalu, perkembangan cerita masih tak berkesudahan lagi walaupun kumpulan penyiasat rasmi yang terdiri dari Belanda, pihak polis dan penyiasat jenayah dari Australia, Belgium, Malaysia dan Ukraine mengheret 4 suspek utama yang akan dihadapkan ke mahkamah.

3 daripadanya adalah warganegara Rusia iaitu Igor Girkin, Sergei Dubinsky dan Oleg Pulatov , manakala sorang lagi adalah orang Ukraine bernama Leonid Kharchenko. Perbicaraan kes berprofil tinggi ni dijadualkan pada 9 Mac 2020 di Belanda.

Dakwa Mh17 Pembunuh
Via Reuters

Keempat-empat ni dilihat mempunyai kaitan dengan kerajaan Rusia, walaupun MH17 tu ditembak jatuh kat kawasan Donetsk, Ukraine. Ia dikatakan telah dikawal oleh pihak militan pemisah yang dibayar oleh Rusia untuk lawan Ukraine. Benda ni sudah tentu dinafikan oleh Rusia sendiri. Tapi krisis Ukraine-Rusia tu memang tengah berlaku pun.

Selain tu, banyak lagi bukti jelas yang tunjukkan kaitan Rusia dalam kes ni adalah sistem misil yang tembak MH17 tu. Menurut siasatan JIT (joint investigation team) rasmi MH17 ni, sistem misil BUK tu merupakan sebahagian dari aset briged pembinasa kapal terbang ke 53 (anti-aircraft brigade) milik Rusia di stesen Kursk. Fakta kes tersebut dikeluarkan pada 2017.

Beberapa jam sebelum peristiwa tersebut, ada saksi kata bahawa memang ada konvoi kenderaan tentera yang dikatakan membawa misil tersebut. Ertinya boleh jadi peristiwa tembakan tersebut adalah suatu yang terancang oleh Rusia.

Rusia pulak jawab balik dengan nafikan bahawa senjata milik tentera tu pernah lepasi sempadan Rusia ke Ukraine. Kemudian Rusia tanya balik, “kenapa altitud MH17 sama dengan altitud sebuah kapal pejuang Ukraine”? RT.com pernah lapor pertanyaan tersebut dalam sebuah artikel yang kini dah dipadam, tapi kami berjaya jejaki semula tulisan tu.

“Sebuah jet pejuang Ukraine Air Force dikesan tengah mendaki (altitud) dengan jarak dari Boeing Malaysia hanya 3 hingga 5 km. Kami inginkan penjelasan kenapa jet tentera boleh terbang dalam laluan penerbangan sivil dalam waktu dan ketinggian yang sama dengan kapal penumpang tersebut”.- Ketua Leftenan Andrey Kartopolov, Pengarah Main Operations Directorate Rusia pada 21 Julai 2014

Mh17 Ukraine
Via Youtube

MAS jawab laluan tu tak ditutup oleh pihak berkuasa ICAO (International Civil Aviation Organization), jadi mereka guna je lah laluan tersebut sebab ingatkan masih selamat. MAS jugak bukan satu-satunya syarikat penerbangan yang dibenarkan terbang dalam laluan tersebut, jadi kalau bukan pun MH17, kapal penumpang lain boleh kena.

Flightradar Mh17 India Singapore
Via Twitter

Bellingcat kata benda ni belum selesai lagi, yang didakwa tu bukanlah dalang sebenar dalam kes MH17

Tak ramai orang kenal siapa sebenarnya Bellingcat ni. Berlainan dengan gambaran sebuah kumpulan penyiasat jenayah yang misteri alah-alah Anonymous tu, kumpulan Bellingcat ni ada je laman web dia dan korang boleh akses laporan-laporan kajian mereka khususnya pasal MH17.

Mh17 Eliot Higgins
Eliot Higgins, pemikir dan ketua Bellingcat.. Via Newsweek

Lebih penting, Bellingcat jugak antara kumpulan penyiasat yang tak putus usaha mengkaji siapa sebenarnya dalang dalam kes MH17. Mereka tak percaya kes tersebut hanya disebabkan oleh 4 suspek tu je sebab hal ni melibatkan akses kuasa dari peringkat tertinggi yang boleh mengarahkan aset tentera untuk digerakkan.

Dapatan Bellingcat sama jugak dengan dapatan siasatan rasmi tu; aset pelancar misil BUK tu memang dibawa ke kawasan Donetsk dan ia datang dari kem Kunsk.

Buk Roket Mh17
Pelancar misil Rusia BUK..Via MH17 Magazine

Siasatan Bellingcat ni pun tak salah di sisi undang-undang, sebab pasukan penyiasat rasmi memang buka sumber tu kepada orang awam. Malah Bellingcat pun selalu berkongsi maklumat dengan pasukan siasatan rasmi, kot-kotlah ada yang tertinggal.

Pada akhir tahun lalu, pasukan penyiasat rasmi dah keluarkan 23 panggilan telefon yang mengaitkan seorang pegawai tinggi Rusia dengan kes MH17. Panggilan telefon tu dipercayai berjaya diperoleh beberapa hari sebelum kejadian tersebut, dan ternyata ada nama pelik muncul: Vladimir Ivanovich.

Kalau cari gitu-gitu je, memang tak jumpa sebab rupanya, tu hanya nama samaran. Macam nama kod pun ada jugak. Dalam sebuah artikel yang disiarkan dalam laman web Bellingcat pada 28 April 2020, Vladimir Ivanovich tu kemungkinan besar adalah Jeneral Andrey Ivanovich Burlaka.

Andrey Burlaka Mh17
Via Bellingcat

Bila digali dengan lebih dalam, rupanya dia memang ada terlibat dalam banyak misi operasi Rusia untuk menentang Ukraine. Jika diteliti dari rekod penerbangannya, dia banyak terbang dari Moscow menuju Crimea dan Krasnodar pada 2014 dan 2015. Dia jugak ada terbang ke Rostov dari Moscow pada 18 Julai, sehari lepas kes MH17.

Donetsk takde lapangan kapal terbang dah sebab dah hancur waktu Perang Donbas sekitar 2014 menentang pihak tentera Ukraine. Jadi agak logik jugak bila Andrey Burlaka ni turun ke Rostov, sebab kawasan tu yang paling dekat nak masuk ke Donetsk.

Rostov Donetsk Mh17
Paling cepat nak sampai pun kena makan masa 3 jam lebih.. Via Google Map

Selain tu, Bellingcat ni turut berusaha nak kesan identiti Vladimir Ivanovich menerusi persamaan wajah dan suara. Korang boleh baca proses carian mereka kat sini. Agak kukuh jugaklah bukti tersebut, di samping dengan pangkatnya yang membolehkan dia keluar masuk ke perbatasan kawasan yang dikawal oleh militan pro-Rusia.

Krisis negara lain buatkan kita jadi mangsa dalam percaturan politik pulak, pihak Rusia kena bertanggungjawab

Peristiwa MH17 tak sepatutnya disisihkan sebagai satu collateral damage khususnya untuk pihak Rusia semakin kukuh buktinya untuk disabitkan bersalah dalam hal ni.

Pray For Mh17
Via The Corner

Kami tak nafikan bahawa kes MH17 dulu dibincangkan dengan bermacam teori konspirasi. Namun untuk memberi keadilan pada mereka yang terkesan dengan peristiwa tersebut, artikel ni ditulis dengan merujuk kepada sumber-sumber yang dianggap sahih.

Semoga keadilan dapat disegerakan untuk keluarga mangsa MH17.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top