Anifah kehilangan kerusi Parlimen Kimanis, tapi dia kata tak terkejut…

S1
Anifah kehilangan kerusi Parlimen Kimanis, tapi dia kata tak terkejut…

Sejak PRU14, kita dah jalani beberapa Pilihan Raya Kecil (PRK). Kebanyakan PRK ni terjadi disebabkan kematian wakil rakyat kat tempat tu, tapi seperti kat PRK Rantau, ada jugak yang terjadi disebabkan Mahkamah batalkan kemenangan. Nampaknya, satu lagi PRK untuk kerusi Parlimen akan diadakan tak lama lagi disebabkan keputusan Mahkamah Persekutuan.

Kali ini kita akan pergi kat Parlimen Kimanis di Sabah yang dimenangi oleh Datuk Seri Anifah Aman pada PRU14 lepas.

Kemenangan Anifah dibatalkan, SPR akan adakan mesyuarat tarikh PRK Kimanis…

Mahkamah Persekutuan sebulat suara dapati mahkamah pilihan raya tidak melakukan kesilapan dalam keputusannya. Panel yang diketuai Ketua Hakim Negara, Tengku Maimun Tuan Mat turut dapati berlaku pelbagai salah laku dan pelanggaran undang-undang sewaktu pilihan raya kat kerusi Parlimen tu.

S1
Nampaklah muka tengah resah. Via Berita Harian

Anifah menangi kerusi tu dengan majoriti 156 undi menewaskan calon Warisan dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14). Pada 16 Oktober lalu, Mahkamah Pilihan Raya Kota Kinabalu Lee Heng Cheong mengisytiharkan kemenangan Anifah yang juga bekas Menteri Luar sebagai tak sah dan terbatal.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pulak akur dengan keputusan Mahkamah Persekutuan untuk kekalkan keputusan Mahkamah Pilihan Raya yang batalkan kemenangan Datuk Seri Anifah Aman. Pengerusi SPR Datuk Azhar Azizan Harun kata PRK Kimanis perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh SPR terima akuan daripada mahkamah mengenai keputusan tu.

Mesyuarat bagi bincangkan tarikh-tarikh penting PRK tu pulak mesti diadakan dalam tempoh tak kurang daripada empat hari dan tak lebih daripada 10 hari dari tarikh penerimaan akuan dari Mahkamah.

Azhar kata SPR akan ambil langkah sewajarnya untuk elakkan insiden ketidakpatuhan peraturan pilihan raya sehingga menjejaskan keputusan pilihan raya.

S1
Azhar Azizan Harun. Via NST

“Sebelum ini pun, Akademi Pilihan Raya yang bertanggungjawab melatih petugas-petugas pilihan raya telah diarahkan untuk memberi penekanan terhadap hal ini. Perlu dilihat bahawa sejak PRU14, tidak ada lagi apa-apa tuduhan perlanggaran peraturan-peraturan pilihan raya oleh petugas-petugas pilihan raya pada sembilan pilihan raya kecil (PRK),” – Azhar Azizan Harun, seperti yang dilaporkan Astro Awani

Anifah tak terkejut dengan keputusan ni, katanya sampai hari ni dia tak dapat penghakiman bertulis

Datuk Seri Anifah Aman pulak kata dia tak terkejut dengan keputusan Mahkamah Persekutuan kekalkan pembatalan kemenangannya. Bekas menteri luar tu kata dia dah jangka keputusan tu sebab tiga hakim yang sama di Mahkamah Rayuan terdahulu, terlibat dalam penghakiman kali ni.

Reaksi kami ketika dia kata dia tak terkejut. Via Giphy

“Saya berada di mahkamah pagi ini dan terkejut melihat bahawa tiga ahli panel yang sebelum ini membenarkan rayuan Karim Bujang pada 18 November 2018, juga terlibat dalam keputusan rayuan saya. Mereka yang berada dalam panel rayuan terdahulu, telah menyatakan pendirian mengenai petisyen pilihan raya yang sama dan oleh itu (mereka) tidak neutral,” – Anifah Aman, seperti yang dilaporkan Astro Awani

Jelasnya, secara amalan takde hakim Sabah akan putuskan petisyen pilihan raya yang difailkan di Sabah, dan beberapa alasan rayuan yang dikemukakan hari ini juga berkaitan dengan keputusan panel yang terdahulu.

Dia turut menambah, walaupun berjanji untuk menulis alasan penghakiman, panel pada 18 November 2018 lalu, diorang tak melakukannya sehingga hari ini. Sebab tu katanya dia tak terkejut jika panel hakim kali ni tak beri alasan penghakiman bertulis.

Kita mungkin boleh dapat gambaran bagaimana prestasi WARISAN di Sabah

PRK kat Kimanis ni menarik atas beberapa sebab. Pertamanya, kami jangkakan kita akan tengok wakil BN lawan PH, dan dah tentulah Anifah akan pertahankan kerusinya. Kali ni kita boleh tengok sejauh mana prestasi WARISAN kat Sabah, adakah rakyat Sabah akan pilih wakil WARISAN yang kami jangkakan akan bertanding atau kekalkan Anifah.

Korang rasa siapa yang akan menang? Adakah hal yang berlaku di Tanjung Piai akan berulang atau kerusi ini akan menambah jumlah MP PH kat Dewan Rakyat?

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top