LIMA banjir besar yang berlaku kat Malaysia, libatkan kerugian besar

Mal 20171105 131234

Kalau korang nak tahu, hampir setiap tahun negara kita pasti akan dilanda hujan yang lebat dan berpanjangan sehingga mengakibatkan banjir teruk kan? Sekrang ni beberapa kawasan kat Malaysia tengah berhadapan dengan hujan yang lebat. Kami harap penduduk yang terlibat dalam keadaan selamat dan dipermudahkan urusan.

Hah, hari ni kami nak ceritakan tentang banjir besar yang pernah berlaku kat negara kita.

1. Banjir bah besar di negeri Perak yang mencecah ketinggan143.8 kaki…

Pada tahun 1926, satu banjir besar telah melanda Perak dan kemudiannya telah merebak sehingga ke seluruh Tanah Melayu. Peristiwa ini lebih dikenali sebagai Bah Besar tahun 1926. Pada masa tu, hampir keseluruhan penduduk di Perak dan seluruh Tanah Melayu merasakan pahit getir penderitaan akibat banjir yang mana telah memusnahkan banyak jiwa dan harta.

Banjir ni dah menenggelamkan kebanyakan kawasan kat Perak terutamanya di kawasan penempatan sekitar Sungai Perak, Sungai Kinta, Sungai Batang Padang iaitu Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta Batang Padang dan Hilir Perak.

Banjir Besar Di Perak 1926 1
Via orangperak.com

Kejadian banjir ni dipercayai berpunca daripada demografi kawasan tanah Perak yang rendah dan paras air yang sangat tinggi sehingga melebihi paras tebing Sungai Perak yang biasanya mempunyai ketinggian 105 kaki. Benda ni terjadi ekoran daripada hujan lebat yang turun tak berhenti-henti. Pada 30 Disember 1926, paras air naik melebihi 143.8 kaki iaitu lebih teruk berbanding paras air banjir semasa dalam tahun 1897.

S1
Via orangperak.com

Akibat daripada banjir yang melanda ni, ia dah ranapkan Istana Sri Sayong yang terletak kat tebing Sungai Perak sehingga terpaksa digantikan dengan istana baru iaitu Istana Iskandariah.

2. Banjir yang meragut nyawa enam orang mangsa di Kedah dan Perlis…

Kalau korang nak tahu, kawasan Utara Malaysia adalah kawasan yang mudah untuk dilanda banjir kilat. Pada tahun 2010, banjir terburuk telah berlaku di negeri Kedah dan Perlis yang mana telah melibatkan lebih 50,000 mangsa yang dipindahkan ke kawasan penempatan sementara. Dan yang lebih menyedihkan ada 6 orang mangsa yang meninggal dunia akibat lemas.

Banjir Di Kedah Perlis 2010
Sampai kereta pun tenggelam Via Hazmanfadzil.com

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, punca banjir ni berlaku kerana fenomena La Nina yang merupakan angin kencang dan hujan turun dengan lebat. Kadar air hujan yang turun juga bukan je lebat tapi ianya lebih banyak daripada kadar biasa. Menteri Besar Kedah masa tu kata banjir ni berlaku berpunca daripada Projek Landasan Berkembar Elektrik (PLBE) sebabnya kawasan tapak projek tu tak seediakan saluran air besar untuk menampung limpahan air.

Akibat daripada kerosakan teruk yang dihadapi, Majlis Keselamatan Negara telah cadangkan projek Rancangan Tebatan Banjir (RBT) yang dianggarkan bernilai RM 1 billion dan projek ini telah diluluskan dalam Rancangan Malaysia Ke-9 (RMK9).

3. Banjir di Sabah dan Sarawak, sejarah banjir yang paling teruk…

Negeri Sarawak pernah mencatatkan sejarah banjir paling teruk iaitu pada tahun 2009 yang mana telah mencatatkan kerugian berjumlah lebih kurang RM300 juta. Antara punca yang telah mengakibatkan kejadian banjir ini ialah kerana hujan lebat dan tekanan udara yang rendah di Sarawak dan Kalimantan yang menyebabkan pembentukan awan.

S1
Banjir di Sarawak. Via Twitter

Bila awan hujan banyak, maka mencurah-curah lah air yang turun kan? Selain itu, di Sabah juga terdapat banyak kawasan yang sering dilanda banjir secara tiba-tiba akibat daripada kadar hujan yang turun lebih banyak daripada kadar normal. Pada tahun 2017, berlaku satu banjir yang mana telah menyebabkan runtuhan sebuah jambatan yang menghubungkan jalan ke Kota Kinabalu.

4. Banjir kuning di Kelantan, disebabkan musim monsun setiap tahun

Negeri Kelantan memang dah sinonim dengan situasi banjir setiap tahun. Pada tahun 2014, Kelantan alami banjir yang paling teruk sehingga banjir tu dinamakan sebagai banjir kuning. Menurut kerajaan Kelantan, kejadian banjir teruk yang berlaku pada tahun 2014 adalah disebabkan musim monsun pada setiap tahun yang akan menurunkan hujan yang lebat.

Pada tahun tu jugak, berlaku fenomena angin monsun yang diberi nama “New Moon” dengan kelajuan angin 50-60 KM sejam yang telah menyebabkan kadar paras air laut naik.

Banjir Tenggelam
Via matdingunung.blogspot.com

Kerajaan Kelantan nafikan punca utama banjir kuning ni adalah disebabkan aktiviti pembalakan kerana diorang kata pembalakan di negeri mereka ini mendapat kelulusan dan mematuhi syarat-syarat yang diperlukan. Tapi Sinar Harian ada menemui penduduk yang terjejas akibat banjir dan mereka kata lumpur-lumpur yang dibawa bersama banjir tu sebenarnya adalah kesan daripada hakisan tanah hutan yang dibalak.

https://www.youtube.com/watch?v=ckyhZcWFHWc

Sebab ada juga kawasan banjir lain yang airnya jernih sampai boleh tengok ikan berenang sebab limpahan air sungai seperti di Sungai Golok. Kerugian yang dialami Kelantan akibat daripada banjir kuning ni telah mencecah RM200 juta secara keseluruhannya. Hah, banyak tak?

5. Banjir Termenung di Johor, banjir pun boleh termenung weh…

Pada kebiasannya, kita selalu dengar yang banjir teruk ni pasti akan berlaku di negeri Pantai Timur. Tapi sebenarnya kalau korang nak tahu, negeri di Selatan pun turut disenaraikan sebagai negeri yang akan dilanda banjir apabila tiba musim angin monsun. Negeri Johor adalah antara negeri selatan yang pernah terjejas teruk akibat banjir yang mana masa tu air naik dan tak bergerak sehingga ianya digelar sebagai “Banjir Termenung”.

Termenung Melihat Air Termenung
mangsa yang termenung melihat banjir termenung. Via Sinar Harian

Banjir Termenung dilaporkan berlaku akibat daripada pertembungan air laut dan hujan yang turun secara berterusan dan menyebabkan air lambat nak surut. Kadang-kadang tu, air ni ‘termenung’ tak gerak-gerak sampai sebulan tau. Akan tetapi, walaupun banjir termenung ni berlaku berpunca daripada air laut dan hujan, penduduk mengatakan bahawa air disini naik dan termenung akibat daripada sistem perparitan yang ada tak diselenggara dengan baik. Sebab tu lah aliran air tu tersekat.

Termenung. Via Giphy

Walaupun banjir tu nampak termenung dan tak bergerak, tapi kalau korang nak tahu kerugian yang pernah dicatatkan akibat kesan daripada banjir termenung pada tahun 2016 pernah mencapai lebih RM100 juta tau. Separuh daripada banjir kuning di Kelantan tu.

Kita kena belajar dari pengalaman dulu, macam mana nak uruskan banjir…

Nampaknya beberapa kawasan kat Malaysia akan dilanda banjir. Pertamanya kami harap negeri-negeri yang alami banjir ni belajar dari pengalaman macam mana diorang nak tangani banjir. Moga jugak tempat-tempat yang alami banjir ni penduduknya akan selamat dan dipermudahkan segala urusan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *