Sabah dan Sarawak jadi wilayah? Kami ringkaskan isu ini supaya senang faham

f1

Status kedudukan Sabah dan Sarawak dalam gagasan Malaysia merupakan isu yang hangat dan sensitif di telinga rakyat. Kalau korang masih ingat lagi, ada jugak suara-suara sumbang yang kononnya nak merdeka daripada Malaysia. Siap ada gerakan lagi untuk mencapai matlamat tersebut, diketuai oleh sorang wanita yang berpangkalan di luar negara.

728 X 90

Segelintir ahli politik Sabah dan Sarawak pun tak berhenti memainkan isu ni, kerana ia merupakan isu yang dilihat mampu menyelesaikan isu jurang ketaksamarataan sosioekonomi yang dihadapi oleh rakyat Sabah dan Sarawak. Oleh sebab tulah, persoalan status kedudukan ni agak ‘menggemparkan’ rakyat lepas tersebarnya khabar bahawa Sabah, Sarawak tak dipanggil sebagai ‘negeri’ lagi…

Nampaknya ia bukanlah sekadar khabar angin, ni komen daripada Timbalan Ketua Menteri Sabah

Beberapa hari lalu, kita dikejutkan dengan pengumuman tak rasmi yang dihebahkan oleh sebuah laman sesawang iaitu Malaysia Update. Mula-mula kami pun terkejut jugak sebab benda macam ni boleh menyebabkan perubahan yang besar kepada struktur kuasa di Malaysia. Tak cukup dengan tu, timbul jugak beberapa pertanyaan di hati orang ramai.

Pertama sekali, betul ke PM Muhyidin Yassin dah setuju tentang penukaran istilah tu? Kami maksudkan tentang khabar awal yang mendakwa Sabah dan Sarawak kini disebutkan tak lagi sebagai ‘negeri’, sebaliknya sebagai ‘wilayah’. ‘Wilayah’ Sabah dan Sarawak ni mempunyai sejarah yang panjang dari segi usaha sesetengah pihak yang masih mahukan pengiktirafan yang lebih tinggi berbanding istilah negeri. Hujah yang menyokong kuat usaha ini adalah dahulunya sebelum 1974, Sabah dan Sarawak tak disebut pun sebagai negeri. Selepas 1974, barulah Sabah dan Sarawak ditukarkan statusnya kepada ‘negeri’ Sabah dan Sarawak.

terma panggilan sabah sarawak
Via Odisi

Sebelum 1974 tu jugak, Sabah dan Sarawak dianggap sebagai koloni-koloni British yang dah ada autoritinya sendiri. Bagi sesetengah pihak, kita boleh fahami benda ni sebagai perbincangan tentang hak dan kedaulatan. Sabah dan Sarawak bersama memilih untuk membentuk gagasan Malaysia, bersama dengan Persekutuan Tanah Melayu. Ketika tu, diorang pun dah ada ketua-ketua pemimpinnya sendiri walaupun takde hierarki kuasa yang jelas macam institusi raja di Persekutuan Tanah Melayu.

Lepas ramai dah pening kepala dan meragui pengumuman yang tular tu, barulah ahli-ahli parlimen bersuara. Salah sorang ahli parlimen Sabah merangkap Timbalan Ketua Menteri, Dr. Jeffrey Kitingan mengesahkan berita tersebut.

“Wilayah bukan sekadar satu istilah untuk membezakan Sabah dan Sarawak dengan negeri-negeri lain di Semenanjung. Kita bercakap tentang perkongsian sama taraf antara tiga entiti iaitu Sabah, Sarawak dan Semenanjung,”- Seperti yang dilaporkan Utusan

sabah sarawak wilayah
Via Odisi

Ringkasnya, penggunaan istilah wilayah Sabah dan Sarawak ni sesuai jika ditelusuri konteks penubuhan Malaysia yang dahulunya gabungkan 3 wilayah iaitu Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Pengiktirafan ni sekaligus meletakkan kedudukan Sabah dan Sarawak lebih tinggi daripada negeri-negeri lain.

Istilah ‘wilayah’ yang diperkatakan tu tak sama dengan istilah Wilayah Persekutuan. Misalnya, Labuan dahulunya sebahagian dari Sabah dah diletakkan semula sebagai Wilayah Persekutuan. Menurut Jeffrey Kitingan, istilah wilayah Sabah dan Sarawak lebih tinggi daripada istilah wilayah yang diberikan kepada Labuan. Jelasnya lagi;

“Ia sebagai satu istilah untuk membezakan Sabah dan Sarawak daripada negeri-negeri di Semenanjung, sebab sekarang kita tidak lagi bercakap tentang negeri Sabah dan negeri Sarawak tetapi kita bercakap tentang perkongsian sama taraf dengan Semenanjung iaitu Sabah dan Sarawak setaraf bererti tiga wilayah ini entiti yang sama. Jadi saya percaya kita perlu ada istilah yang lebih tepat dan lebih jelas supaya tiada kekeliruan,”- Seperti yang dilaporkan Sinar Harian

star sabah manifesto englishfinalfinal 7 638
Antara manifesto Parti STAR yang dipimpin Dr. Jeffrey Kitingan.. Via Slideshare

Walaupun begitu, kerajaan negeri masih tunggu kenyataan rasmi daripada Jabatan Perdana Menteri berkenaan penggunaan istilah wilayah tu. Maksudnya, setakat artikel ni ditulis… takde lagi kenyataan rasmi berkenaan hal tersebut. Yang banyak adalah komen-komen rakyat dan ahli parlimen Sabah, Sarawak. Belum ada komen muktamad yang mampu mengesahkan sebenar-benarnya usaha penukaran terma ni. Paling kurangpun, cuma ada laporan media yang dakwa Kementerian Komunikasi tengah tukar terma je lah.

Perkara ni sebenarnya dah dibayangi sejak 2018, iaitu apabila mantan PM Tun Dr. Mahathir pernah berucap nak kembalikan status rakan sekutu kepada Sabah dan Sarawak. Hasrat ni diteruskan lagi oleh Muhyddin Yassin, dengan penubuhan portfolio khas dalam Kabinet bagi uruskan Sabah, Sarawak dan Perjanjian Malaysia 1963.

Ada kata terma tu hanya gimik politik semata-mata, perlu lebih bukti untuk tunjukkan ketulusan kerajaan

Mengikut Dr. Kelvin Yii, ahli parlimen Bandar Kuching pulak… terma ni diharap bukanlah sekadar usaha nak pancing undi untuk pilihan raya negeri akan datang. Tu ada betulnya; hanya tukar penggunaan terma negeri menjadi wilayah tanpa ada sebarang pindaan boleh dilihat sebagai kosmetik je. Walaupun sebelum ni kami kongsikan sekali komen Timbalan Ketua Menteri, awalnya Jeffrey Kitingan tak mengaku ada sebarang pertukaran terma. Siap berpesan supaya jangan percaya laporan awal tu lagi… u-turn ke ni?

berita palsu terma wilayah
Via Sabahkini2

Kelvin bertegas, parlimen kena bersidang tanpa penangguhan dan jelaskan kepentingan tindakan penukaran terma ‘wilayah’ kepada rakyat Malaysia. Kalau tak, ia akan jadi terma tanpa pindaan Perlembagaan Persekutuan lalu semata-mata jadi terma syok sendiri. Kerajaan PN kena bentangkan pindaan perlembagaan yang diperlukan di Parlimen.

Dulu kerajaan PH pernah kemukakan pindaan perlembagaan terhadap Artikel 1 (2) Perlembagaan Persekutuan, yang bertujuan untuk memberikan kuasa undang-undang kepada status asal Sabah dan Sarawak seperti yang disepakati dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Percubaan tu gagal kerana ada penolakan dari pihak pembangkang ketika tu – Umno, PAS dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).

“Yang menjadi perhatian adalah, dengan perubahan nama sekarang tanpa pindaan konstitusional Artikel 1 (2) yang secara jelas menetapkan status istimewa kita, apa yang akan membezakan wilayah kita dari wilayah Persekutuan (wilayah persekutuan) Kuala Lumpur dan Labuan, yang di bawah bidang kuasa dan kuasa kerajaan persekutuan yang membuat dan meluluskan undang-undang untuk wilayah itu? ”- Dr. Kelvin Yii, seperti yang dilaporkan The Malaysia Post

Banyak perkara yang kena diperhalusi sebenarnya sebelum kita tergesa-gesa nak tukar terma. Pengumuman rasmi pun takde, hebahan rasmi pun takde. Sambung Kelvin, kalau PM tulus kembalikan hak kita, tak perlu tunggu PRU berikutnya untuk buka Parlimen. Kat Parlimenlah tempat sebaiknya nak bincang dan murnikan lagi perubahan besar ni. Tak cukup serius nampaknya kerajaan kalau-kalau usaha nak mengiktiraf Sabah dan Sarawak sebagai wilayah tu cuma berdasarkan penukaran terma dan tak lebih dari tu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *