LIMA kisah misteri yang menghantui lebuhraya Karak sehingga ke hari ini…

F1

Dalam hidup korang, pernah tak korang alami kisah misteri atau alami gangguan daripada benda-benda ghaib seperti hantu kat mana-mana tempat yang korang lawati? Korang mesti pernah dengar nama lebuhraya Karak kan? Kali ni kami akan kongsikan tentang cerita-cerita misteri yang pernah berlaku dekat sana. Kalau korang jenis yang suka baca cerita seram, korang berada kat artikel yang betul…

1. Volkswagen kuning yang memotong kereta secara tiba-tiba…

Kisah sebuah kereta Volkswagen kuning yang dianggap berhantu dan sering sahaja mengganggu sesiapa yang melalui lebuhraya Karak. Kereta Volkswagen kuning ini dikatakan telah mula mengganggu kenderaan di lebuhraya Karak sejak daripada tahun 1956 lagi. Namun, selepas lebuhraya Utara Selatan dibina merentasi kawasan yang dinamakan Jelapang, sejak itulah hantu Volkswagen kuning ini semakin berani menunjukkan dirinya.

Ia dikatakan mengganggu hampir semua kereta yang lalu dengan cara memotong kereta yang ada dengan tiba-tiba dan secara mengejut kemudiannya dia akan memperlahankan semula Volkswagen kuning tadi agar anda memotongnya semula. Tetapi, ada yang kata bahawa jangan potong semula kereta Volswagen kuning tersebut jika korang tak nak sesuatu yang tidak diingini terjadi.

https://www.youtube.com/watch?v=p2Mwuni79zo

Punca utama kewujudan kereta Volkswagen kuning ini di lebuhraya Karak adalah dipercayai daripada sebuah kisah yang mana seorang isteri telah berlaku curang dan telah membunuh suaminya dengan kejam dan kemudiannya merampas kereta Volkswagen kuning milik suaminya. Akibat daripada itu, suaminya telah menyimpan rasa dendam yang membara untuk memiliki semula kereta Volkswagen kuning tersebut dan sebab itulah kereta Volkswagen kuning itu sering sahaja dilihat mengganggu sesiapa sahaja yang melalui lebuhraya Karak itu.

2. Budak kecil yang merayau mencari keberadaan ibunya…

Kisahnya bermula apabila pada satu malam ada seorang lelaki daripada Kuala Lumpur yang mahu pulang ke rumahnya. Akibat terlalu penat, lelaki ini telah memilih untuk berhenti dan tidur di tepi lebuhraya Karak. Namun, baru sahaja beberapa minit dia terlelap, dia telah dikejutkan dengan bunyi ketukan tingkap daripada luar dan rupa-rupanya ada seorang budak lelaki sedang merenungnya tanpa berkelip dan menanyakan kepadanya tentang di mana keberadaan ibunya.

Lelaki tersebut panik dan terus menghidupkan enjin kereta dan memecut laju meninggalkan tempat tersebut. Namun begitu, dia melihat budak tersebut masih mengejarnya dengan laju dan bertanya jika dia mengetahui di mana keberadaan ibunya. Kemudian, sebuah kereta peronda polis telah muncul dan mengekori kereta lelaki tersebut dan pada ketika itulah kelibat hantu budak kecil itu tadi menghilangkan diri.

Budak Sesat Cari Mak
Via seramshit.com

Kewujudan hantu budak lelaki di lebuhraya Karak adalah dipercayai daripada sebuah kisah kemalangan yang pernah berlaku di kawasan tersebut yang mana kemalangan tersebut dipercayai berlaku kerana penumpang yang berada dalam kereta tersebut tidak memakai tali pinggang keledar keselamatan semasa memandu.

Dalam kemalangan tersebut, ibu kepada budak lelaki tersebut telah tercampak keluar dan budak lelaki tersebut masih berada dalam kereta tersebut. Oleh sebab itulah hantu budak lelaki itu masih merayau dan tercari-cari di mana keberadaan ibunya. Ada juga yang mengatakan bahawa semasa kemalangan itu berlaku, mata budak lelaki itu telah tercucuk dengan cermin kereta yang pecah.

3. Kisah seorang isteri yang dilarang pandang belakang oleh pihak polis…

Kebanyakan orang yang memilih untuk melalui lebuhraya Karak ini adalah kerana ingin mengelakkan berlakunya traffic jam. Pada suatu malam, sepasang suami isteri telah melalui lebuhraya Karak dan tiba-tiba kereta yang dipandu oleh suaminya telah menghadapi masalah dan enjin terus mati. Suaminya tadi berasa pelik kerana dia yakin yang sebelum memulakan perjalanan tadi dia telah memeriksa kereta tersebut dan tidak mempunyai sebarang masalah.

Suaminya tadi telah keluar dan pergi memeriksa semula enjin namun tidak menjumpai sebarang masalah. Pada mulanya, mereka memutuskan untuk menunggu sahaja jika ada kereta lain yang lalu di kawasan tersebut dan meminta bantuan. Setelah 20 minit berlalu, tiada satu pun kenderaan yang melalui kawasan tersebut. Akhirnya, walaupun keberatan untuk meninggalkan isterinya dan anaknya bersendirian dalam kereta namun suaminya terpaksa memberanikan diri dan dia telah keluar pergi mencari pondok telefon yang berdekatan.

Unnamed
Via thetrandingnow.blogspot.com

Sebelum dia pergi, dia telah menasihatkan isterinya untuk mengunci pintu kereta dan tidak pergi ke mana-mana. Selepas beberapa jam menunggu, tiba-tiba isterinya melihat ada cahaya lampu merah biru yang datang daripada kereta peronda. Seorang anggota polis telah pergi mendekati kereta mereka dan meminta untuk isteri tersebut keluar daripada kereta tanpa menoleh ke belakang.

Dia pun keluar daripada kereta tersebut bersama anaknya menuju ke kereta peronda dan apabila dia sudah berada pada jarak yang selamat, dia akhirnya menoleh ke belakang dan terlihat kepala tanpa badan suaminya berada di atas kereta mereka yang mayatnya belum ditemui sehingga hari ini.

Dipercayai, sepanjang menunggu kepulangan suaminya daripada pondok telefon tadi terdapat beberapa bunyi dentuman kuat yang datang daripada atas kereta mereka.

4. Penemuan kereta misteri yang tak boleh diangkat ke mana-mana…

Penemuan sebuah kereta misteri jenama Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di kilometer 35.4 lebuhraya Karak berhampiran dengan terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara telah menimbulkan pelbagai misteri. Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh daripada Jalan Bentong Lama, Batu 18 sebelum ianya ditemui oleh seorang penunda kereta iaitu Wong Kam Wai yang berumur 31 tahun. Namun, ketua polis daerah Gombak iaitu Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata;

“Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar. Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya.”

S1
Via Dunia Itu

Untuk pengetahuan korang, kereta Kia Optima yang berharga lebih kurang RM100 ribu itu telah ditemui oleh Wong Kam Wai ketika dia sedang menaikkan sebuah kereta jenama Satria Neo yang terbabas di kilometer 35.4 lebuhraya Karak. Bagaimanapun, usaha untuk mengangkat kereta jenama Kia Optima itu tidak berhasil kerana kedua-dua kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.

Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa disemadikan semula di bawah jambatan tersebut.

5. Kisah duit tambang yang bertukar menjadi daun apabila tiba tempat dituju…

Kisahnya bermula apabila pemandu bas yang berada di sekitar situ menceritakan pada satu malam selepas bas terakhir daripada Kuala Lumpur ke Bentong dalam lebih kurang pukul 9.00 malam, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang pada kebiasaannya akan berada dalam keadaan sunyi. Seperti kebiasaannya, konduktor akan memberikan tiket bas kepada semua para penumpang dan mereka akan memberikan wang.

Via Giphy

Keadaan dalam bas pada ketika itu sangat riuh rendah oleh para penumpang dan bila hampir sampai di Bentong para penumpang telah turun di sebuah kawasan hutan ataupun kampung. Namun, setibanya konduktor bas tadi di stesen Bentong dan mahu mengira semula duit yang diberikan oleh para penumpang tadi, dia sangat terkejut kerana melihat dalam beg yang dibawanya hanya penuh berisi dengan daun sahaja dan bukannya duit seperti yang diberikan oleh para penumpang semasa mengambil tiket tadi.

Kalau korang yang kena situasi macam kat atas tu, apa tindakan korang?

Kepada korang yang membawa kenderaan sendiri, berhati-hatilah dalam perjalanan korang. Korang pernah tak bayangkan kalau semua kisah misteri yang terjadi kat lebuhraya Karak ni terjadi kat diri korang sendiri. Korang rasa apa eh tindakan korang? Kalau kami teus terang, kami akan lari. Seram weh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *