Ku Nan ada aset bernilai hampir RM1 bilion, ada dakwaan kata dia ‘tauke’ judi…

F1

Pernah tak korang dengar lagu Kalau Aku Kaya yang dinyanyikan oleh Altimet dan Awi Rafael? Lagu yang membawa pendengarnya berangan-angan. Kalau kita kaya, macam-macam kita nak buat; macam lirik dalam lagu tu – kalau aku kaya, hari-hari hari raya! Nampaknya di Malaysia kita ada beberapa orang yang ‘kaya’, salah seorangnya baru je dikantoikan di Mahkamah beberapa hari lepas.

https://www.youtube.com/watch?v=_0omRGOqUM4

Kita sebenarnya takdelah kisah kalau ada orang yang kaya gila-gila, sebab itu hal diorang. Cuma, benda yang akan mencurigakan orang – apabila orang tu kaya dan dia pulak ahli politik. Lebih membimbangkan, melalui artikel HARAKAH pada 17/7/2006 – ahli politik yang kami nak cerita ni didakwa merupakan pemegang saham syarikat perjudian…

“Adnan merupakan seorang taukeh judi ‘Sport Toto’. Sport Toto Malaysia yang diasaskan pada tahun 1969 dengan nama asalnya Unilite Electrical Indusries Berhad. Pada tahun 1987, syarikat ini bertukar nama kepada Far East Asset Berhad dan dalam penstrukturan semula pada tahun 1992, ia diambialih oleh Berjaya Group dan dikenali sebagai Berjaya Sport Toto Berhad.

Adnan mempunyai saham dalam Berjaya Group Berhad yang memiliki Sport Toto sebanyak 3.5 juta saham melalui syarikatnya yang bernama Cimsec Nominees. Ini menjadikan Adnan terlibat dalam industri perjudian Sport Toto melalui pegangan sahamnya dalam Berjaya Group Berhad,” – Laporan HARAKAH, 17/7/2006

Biar betul?????????????????? Via Giphy

Ku Nan miliki aset hampir RM1 bilion, beritahu sumbangan RM2 juta untuk pilihan raya kecil

Bagi yang terlepas kapal, bekas menteri Wilayah Persekutuan, Tengku Adnan Tengku Mansor beritahu Mahkamah, dia ada aset lebih RM900 juta. Dia mengisytiharkan aset berjumlah RM938,643,566.16 ketika mula menyertai Kabinet pimpinan Dr Mahathir Mohamad sebagai timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri pada 2001.

S1
Banyak gila harta broher ni. Via MalaysiaKini

Pada 2006, dia isytiharkan aset bernilai RM711,325,822 kepada Perdana Menteri masa tu, Abdullah Ahmad Badawi yang melantiknya sebagai Menteri Pelancongan. Dia kemudiannya mengisytiharkan RM691,770,649 dan RM782,748,061 aset dimilikinya kepada Najib Razak ketika jadi Menteri Wilayah Persekutuan pada 2013 serta 2016.

Ditanya peguamnya Tan Hock Chuan mengenai RM2 juta yang didakwa diterima daripada ahli perniagaan Chai Kin Kong, Tengku Adnan berkata, ia adalah sumbangan politik yang dimintanya daripada Chai untuk Pilihan Raya Kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar pada 2016.

Via Giphy

“Saya tahu wang itu akan datang, jadi saya dahulukan wang saya untuk pilihan raya kecil itu. Saya meminta beliau masukkan cek kepada Tadmansori Holdings kerana saya sering dahulukan wang saya kepada syarikat itu,” – Ku Nan, seperti yang dilaporkan FMT

Ku Nan didakwa menerima RM2 juta daripada Chai yang juga pengarah Aset Kayamas, walaupun tahu syarikat lelaki itu ada urusan dengan Kementerian Wilayah Persekutuan pimpinannya ketika itu.

Dalam pembelaannya, Tengku Adnan kata, dia tak dapat manfaat daripada wang yang dimasukkan ke akaun syarikatnya, Tadmansori Holdings pada 2016 kerana ia adalah sumbangan politik untuk 2 pilihan raya kecil.

Bagi Ku Nan, nilai RM2 juta tu takdelah besar mana, macam wang poket dia

Apabila kes ini bersambung, Ku Nan gagal kawal perasaannya dalam prosiding membela diri, apabila dakwa pihak pendakwaan sengaja ingin menjejaskan reputasinya.

Benda ni terjadi disebabkan, Timbalan Pendakwa Raya, Julia Ibrahim merujuk dan mintak Ku Nan jelaskan ayat di perenggan lapan pernyataan saksinya yang menyatakan dia sedih lihat perkara dan pendakwaan yang dikenakan terhadapnya hanya kerana dia adalah penyumbang dana kepada UMNO dan BN.

Jangan marah-marah nanti cepat tua. Via Giphy

Ku Nan kemudian dengan nada marah menegaskan bahawa pendakwaan terhadapnya adalah tak adil dan berbentuk diskriminasi. Dia kemudian mempersoalkan tindakan Pejabat Peguam Negara yang gugurkan pertuduhan yang sama dikenakan terhadap bekas Menteri Kewangan sebelum ni, sebaliknya mendakwa dan meneruskan pendakwaan terhadapnya.

“Ia adalah tidak adil…anda (Timbalan Pendakwa Raya) dari awal sudah bercakap kepada media dan merosakkan (tarnish) saya. Apa yang ingin saya sampaikan adalah sekiranya Pejabat Peguam Negara boleh menggugurkan pertuduhan terhadap bekas Menteri Kewangan sebelum ini, kenapa pendakwaan ini diteruskan terhadap saya,” – Ku Nan, seperti yang dilaporkan Berita Harian

S2
Ku Nan. Via Malaysian Reserve

Ketika ditanya pendakwaan sama ada wang RM2 juta yang diterima tu direkod dan dimaklumkan kepada Majlis Tertinggi UMNO atau Presiden, dia kata takde rekod mengenainya. Ku Nan kata takde keperluan untuk maklumkan kepada ibu pejabat UMNO kerana wang tu ditujukan kepada UMNO Wilayah Persekutuan, yang ketika itu dia adalah Ketua Bahagian.

Dia juga tegaskan bahawa jumlah RM2 juta tu adalah tak terlalu besar buat dirinya sebaliknya hanya sekadar duit poket je. Dia juga jelaskan bahawa wang berjumlah RM2 juta yang diberikan oleh Pengarah Aset Kayamas Sdn Bhd (AKSB), Tan Sri Chai Kin Kong ialah derma politik untuk UMNO Wilayah Persekutuan.

Latheefa kata nak siasat aset dimiliki Ku Nan, alih-alih dia pergi letak jawatan…

Apabila cerita ni keluar, Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya kata nak lakukan siasatan terhadap aset yang dimiliki Ku Nan. Alih-alih, pada hari ni dia telah menghantar surat peletakan jawatan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

S1
Via Astro Awani

Latheefa kata tindakan tu merupakan keputusannya sendiri dan nafikan spekulasi yang dia terima tekanan untuk meletak jawatan.

“Saya berhasrat untuk kembali sebagai peguam bela hak asasi manusia. Semalam (Khamis) saya telah berjumpa dengan perdana menteri untuk menjelaskan dan berbincang berhubung keputusan ini dan beliau memahami kedudukan saya,” – Latheefa, seperti yang dilaporkan Astro Awani

Jadinya, kami sekarang tak tahulah kalau lepas ni jumlah harta tu akan disiasat atau tidak. Nampak tak betapa besarnya beza kekayaan di antara rakyat biasa dengan pemimpin politik? Kita selalu gaduh sesama kita untuk pertahankan diorang ni, tapi nasib kita macam tu je, tak banyak berubah. Lebih-lebih lagi ahli politik yang suka guna sentimen agama dan bangsa untuk raih sokongan. Sembang nak bela rakyat, tapi rupa-rupanya tengah penuhkan poket.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *