Isu memperkenalkan subjek agama lain di sekolah, ini komen ahli akademik

Bila sebut pasal isu perpecahan kaum dan pendidikan, antara cadangan yang paling ‘glamer’ adalah mansuhkan sekolah vernakular. Selain itu, ada juga yang utarakan solusi bahawa lebih baik jika kita mantapkan lagi penggunaan bahasa Melayu di sekolah. Namun bagi Dr. Maszlee, dua aspek utama yang sepatutnya ditekankan adalah kasih sayang dan empati dalam pendidikan.

Alex Haley kata rasisme ni sebenarnya diajar, bukannya suatu yang lahir dalam diri secara semulajadinya. Kredit imej: Quotefancy.com

Ada cadangan supaya subjek kefahaman agama lain diperkenalkan…

Prof Dr. Tajuddin Mohd Rasdi, dalam tulisannya yang tersiar di Borneo Post bertajuk ‘Love and empathy in modern education’ berkongsi pendapatnya mengenai aspek kasih sayang dan empati dalam pendidikan moden:

Isu hubungan kaum dan kefahaman agama telah dibincangkan dalam sebuah pertemuan bersama dengan belia daripada Jabatan Perpaduan. Daripada pertemuan itu, presiden Majlis Belia Malaysia yang merupakan seorang Melayu, mencadangkan agar subjek kefahaman agama diperkenalkan agar dapat membibitkan kesedaran yang diperlukan untuk mendekatkan jurang perbezaan budaya kesan dari kepelbagaian kepercayaan dalam negara kita.

Berita ini kemudiannya diikuti dengan kenyataan Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan bahawa beliau tidak rasa perlu adanya sebuah lagi subjek baharu. Beliau menggesa bahawa pendidikan agama ketika ini perlu ditumpukan dalam aspek kasih sayang dan empati yang diharap boleh menyelesaikan banyak konflik kaum dan agama.

Kredit imej: Suara.tv

Sejurus benda tu berlaku, seorang ahli akademik Melayu daripada sebuah universiti awam pula mendakwa bahawa penyelesaian konflik kaum dan agama tidak hanya terbatas pada aspek kasih sayang dan empati sahaja. Cadangan untuk mengadakan lawatan ke tempat ibadat sebagai salah satu aktiviti pembelajaran boleh dijalankan di luar kelas, selain dari mengambil para guru daripada pelbagai latar belakang pun ada dilontarkan oleh ahli akademik tersebut.

Akhirnya, idea Menteri Pendidikan tentang penekanan terhadap aspek kasih sayang dan empati dijadikan alasan ‘enggan memperkenalkan subjek pendidikan agama’. Jakim menambah lagi, subjek perbandingan agama hanya akan mengelirukan para pelajar.

Kredit imej: QuestGarden.com

Kami percaya bahawa pendapat ketiga-tiga personaliti Melayu ni ada poin masing-masing. Mungkin pengenalan subjek perbandingan agama masih terlalu awal buat para pelajar. Namun begitu, pendedahan awal terhadap agama dan kepercayaan lain boleh dilakukan untuk peringkat rendah dan menengah.

Prof Dr. Tajuddin percaya yang mengajarkan agama lain penting untuk pelajar

Menurut ahli akademik tu, dia masih ingat lagi pembacaanmya mengenai Siddartha Gautama Buddha, Lao Tse, Muhammad dan Jesus Christ dalam buku sejarah ketika berada di Tahun 6. Menurutnya, dia berjaya hafal biografi mereka dan berjaya mendapat markah tinggi dalam peperiksaan tersebut. Kini, hanya Islam yang jelas nampak begitu penting daripada agama lain, dengan tempoh subjek pendidikan Islam yang lebih lama serta lebih banyak ditekankan dalam silibus Sejarah.  

Dia rasa pengetahuan terhadap agama lain boleh diselitkan dalam subjek Sejarah dan Geografi. Bahkan, ahli akademik ni yakin bahawa amat sukar untuk kita memahami Sejarah tanpa meneliti aspek agama sebagai salah satu elemen pembinaan mana-mana negara atau masyarakat.

Dalam sejarah budaya, aspek agama selalu wujud. Kredit imej: edynamiclearning.com

Bercakap tentang kasih sayang dan empati, dia rasa pihak Kementerian sudahpun menyimpulkan isu yang sebenar dan penyelesaian di sebalik konflik tersebut. Dia ada melemparkan satu soalan – mengapa kita hanya mengajarkan pelajar berumur 17 tahun mengenai ilmu pengetahuan dan kemahiran untuk menjana pendapatan tetapi menyisihkan aspek kasih sayang dan empati sebagai seorang manusia?

Bijak pandai dan pendeta seringkali mengajar kita bahawa kasih sayang dan empati adalah dua kunci utama kepada pencerahan spiritual. Pertama sekali, idea asas kasih sayang adalah untuk menjaga orang lain selain dari diri sendiri, keluarga, kaum sebangsa dan senegara. Pertimbangan inilah yang memisahkan seorang yang hanya menurut dogma agama dengan seseorang yang memiliki asas spiritual yang kukuh.

Bukan manusia jika…

Perasaan sayang kepada orang lain merupakan dimensi manusia yang tak terdapat dalam alam haiwan, dan menjadi perbezaan ketara antara kedua-dua spesis. Haiwan menjaga anak-anak kecilnya, tapi bukan anak kecil haiwan lain. Seekor haiwan akan melindunginya kawanannya sebagai mekanisme pertahanan tapi tidak untuk melindungi kawanan daripada spesis lain. Serangga akan lindungi ratunya kerana naluri kesetiaan atau kawalan namun tidak untuk melindungi ratu spesis lain pula. Hanya manusia yang boleh menyayangi satu sama lain walaupun berbeza budaya dan gaya hidup.

Via Giphy

Empati pula merupakan aspek kemanusiaan yang mampu membuatkan seseorang itu rasa perasaan dan fikiran orang lain jika ditempatkan dalam sesuatu situasi. Seorang Melayu mungkin boleh berempati dengan seorang bukan Melayu yang gagal menempatkan dirinya dalam universiti awam walaupun telah mencapai keputusan 8A kerana penyalahgunaan kuota kemasukan ke dalam institusi pengajian tinggi. Kalau Melayu tidak peduli kepada orang selain dari kaumnya, maka dogma agama telah menguatkan identiti kaum-agama dan tidak lahir daripada keadaan spiritualiti seseorang manusia.

Kredit imej: theoddysseyonline.com

Sebagai Menteri Pendidikan, Maszlee ambil pendekatan yang baik iaitu dengan menumpukan semula penekanan terhadap kedua-dua aspek tu. Ini menjadi tanggungjawab pendidik, guru dan para pentadbir sekolah serta ahli akademik seluruh negara untuk melaksanakannya. Sekolah boleh sahaja gunakan segala bentuk teknik pengajaran, aktiviti dan buku teks; tetapi jika mereka hanya mampu menghasilkan anak muda yang kontang hatinya dengan perasaan sayang dan empati kepada orang lain, ia akan tetap dikira suatu kegagalan, walau berapa banyak sekalipun A-nya.

Dia juga terfikir mengapa sistem pendidikan kita menekankan subjek yang membolehkan para pelajarnya jana pendapatan tapi tidak mengesampingkan apa sebenarnya kehidupan yang bermakna. Seorang murid tahun 1 yang akan bergraduasi 17 tahun kemudian, dengan sekeping ijazah dari sebuah universiti, terus melangkah ke dunia kerja seperti semut atau lebah yang telah diprogramkan untuk terus bekerja.

Penyelesaian terbaik yang kita ada setakat ni

Ramai yang masih tak tahu apa itu kehidupan dan terperangkap dalam perlumbaan mencari kekayaan, tidak henti membandingkan diri antara satu sama lain. Ia merupakan suatu yang agak melucukan apabila kita melihat konflik perkauman dan agama sehinggakan ada yang sanggup mengebom diri sendiri, angkat senjata hanya kerana perbezaan kepercayaan.

Dalam masa yang sama pula, kita lebih banyak bincang tentang sains, teknologi, matematik dan subjek-subjek yang tiada kaitan pun dengan kasih sayang serta empati.

Kredit imej: Autism Awareness Centre.com

Tiada jalan keluar daripada masalah ini. Terdapat beberapa tokoh masyarakat sudahpun mencadangkan agar subjek agama dikeluarkan daripada sistem pembelajaran di sekolah. Secara peribadinya, Prof Dr Tajuddin tak melihat sebarang masalah dalam cadangan tersebut. Tetapi dia juga tidak melihat perkara tersebut akan boleh dicapai dalam waktu yang amat panjang.

Mengeluarkan subjek pendidikan Islam dari silibus sekolah hanya akan beri kuasa kepada kelompok agamawan yang tidak berkredibiliti untuk menguruskannya. Maka, dia berpendapat bahawa pengajaran subjek pendidikan Islam dan Moral perlu lebih berfokuskan pada aktiviti pembelajaran yang dapat merealisasikan elemen kasih sayang dan empati.

Kredit imej: Free Malaysia Today.com

Pendapat Prof Dr. Tajuddin ni ada asasnya. Kedua-dua elemen ni amat penting dalam perkembangan diri kita sebagai manusia tanpa mengira perbezaan agama dan kaum.  Perkembangan untuk didik generasi muda kita tak lagi harus pakai model pendidikan yang sama untuk konflik yang sudah berdekad lamanya belum selesai.

Artikel ini diterjemahkan daripada artikel asal yang bertajuk Love and empathy in modern education tulisan Prof Dr Tajuddin. Beberapa bahagian dalam artikel ini disunting oleh pasukan Editorial ORANGKATA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *