Orang Asli meninggal kerana campak, tapi jangan lari dari hakikat pencemaran

Orang Asli meninggal kerana campak, tapi jangan lari dari hakikat pencemaran

Pada hari raya ketiga lalu, negara dikejutkan dengan berita kematian seramai 14 orang asli kaum Bateq di Kuala Koh. Kematian ni pada awalnya dikaitkan dengan penggunaan air daripada sungai yang tercemar. Kemudian,
dua daripada 14 Orang Asli yang meninggal dunia disahkan berpunca daripada radang paru-paru. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad pula buat kenyataan bahawa sebanyak 37 daripada 112 Orang Asli suku Batek, Kampung Kuala Koh, Gua Musang, Kelantan, yang dilaporkan alami gejala jangkitan saluran pernafasan, didapati dijangkiti wabak demam campak.

Dia kata 37 kes demam campak itu disahkan melalui ujian makmal manakala keputusan ujian makmal yang lain seperti tuberkulosis, meliodosis, leptospirosis dan corona virus adalah negatif.

Imunisasi rendah dalam kalangan Orang Asli, ta[i jangan lari dari isu utama

Faktor penyumbang kepada penularan jangkitan demam campak dalam komuniti Orang Asli itu adalah liputan imunisasi measles yang rendah iaitu hanya 61.5 peratus bagi suntikan dos pertama vaksin Measles-Mumps-Rubella (MMR) dan 30 peratus bagi suntikan dos kedua. Maka, ramailah penyokong PAS yang menyindir serta kecam sesiapa yang buat kenyataan rasmi serta pertikaikan niat badan masyarakat madani (CSO), aktivis alam sekitar serta pemimpin masyarakat yang menegur isu pembalakan dan pencemaran di sana.

Via Malaysiakini

Benar, yang terkorban itu kerana demam campak. Namun, nampaknya ramai yang teralih kepada isu utama: isu pencemaran alam serta kelestarian hutan kat negara kita. Sejak berdekad lamanya, ramai Orang Asli yang menggunakan sumber air tercemar, memandangkan diorang mempunyai sumber yang sangat terhad.

Musim kemarau dari Februari hingga April menjadikannya sukar untuk diorang, sehingga tidak mempunyai air minuman yang cukup. Ia juga menyukarkan ibu tunggal untuk mengambil air dari sungai yang jauh, selain mendatangkan kesulitan untuk anak-anak ke sekolah.

Contohnya, di Kampung Sungai Tias berhampiran Kuala Krai, masyarakat Orang Asli di sana menggunakan perigi sempit yang turut mengandungi bangkai haiwan dan sampah sebagai sumber utama air bagi penduduk kampung itu. Perigi tu mengumpul air daripada hujan mahupun daripada bawah tanah. Tapi, ia akan kering apabila musim kemarau, menyebabkan penduduk di sana terpaksa mencari sungai berdekatan.

Perigi tu mengandungi bangkai haiwan termasuk babi hutan, selain keruh, berlumpur dan berkeladak. Ada yang terputus bekalan air bersih untuk tempoh berbulan lamanya, khususnya jika bekalan air daripada bukit telah kering.

Via Awani

Diorang dakwa bahawa Kerajaan Negeri Kelantan tak banyak mengambil tindakan bagi menyelesaikan masalah yang telah berdekad lamanya berlaku ini. Kerajaan Kelantan dilaporkan pernah berikan paip untuk disambungkan dari perigi ke rumah mereka, namun bekalan airnya adalah kotor dan tidak bertapis. Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar menyatakan pada September 2018 bahawa Kelantan, Sabah dan Sarawak telah mencapai takat kritikal dalam isu akses kepada sumber bekalan air yang bersih.

Di Gua Musang juga penduduk terjejas bekalan air, dah 10 tahun gunakan air tandak

Selain itu, lebih 100 penduduk Kampung Mutiara, Aring 2 di Gua Musang, tak dapat gunakan air sungai sebagai keperluan harian selepas mendakwa sumber air itu tercemar sehingga bertukar warna, kotor, berbau busuk dan berkeladak akibat daripada aktiviti perlombongan bijih manganese. Difahamkan, terdapat kira-kira tujuh syarikat perlombongan bijih itu telah beroperasi di kawasan Aring 5 sejak beberapa tahun lalu.

Penduduk mendakwa diorang tak berani gunakan sumber air sungai sejak lebih 10 tahun lalu dan hanya menggunakan air tandak yang dibekalkan oleh Kementerian Kesihatan di kampung tu. Diorang terpaksa gunakan air sungai untuk minuman, selain tidak lagi dapat memancing ikan. Kawasan bekas lombong dipercayai masih mengandungi bahan kimia ammonia yang digunakan untuk mencuci emas, yang tidak larut.

Kan bagus kalau air bersih macam ni. Via Tenor

Terdapat laluan sungai kecil berwarna kehitaman serta berbau busuk memasuki Sungai Aring. Air sungai berkenaan kini berbau busuk dan kotor sehingga menyebabkan banyak ikan mati.

Sudah tentu sikap Orang Asli yang gemar berpindah randah dan meneroka hutan juga menyebabkan mereka amat terdedah dengan keracunan air. Tetapi, segala aktiviti pembalakan, perlombongan serta pembangunan di kawasan hutan juga perlu dihentikan bagi mengurangkan kerosakan terhadap hutan serta alam. Hak Orang Asli perlu diakui serta dipelihara memandangkan mereka juga sebahagian daripada rakyat Malaysia.

Via Metro

Tragedi di Kuala Koh, Gua Musang, perlu menyedarkan kita bahawa usaha memartabatkan masyarakat orang Asli perlu dilakukan secara menyeluruh. Ini bukan isu mereka mati kerana sungai tercemar saja, tetapi lebih daripada itu adalah kesungguhan kita menyantuni keperluan diorang.

Masyarakat perlu berganding bahu menjalankan kempen kesedaran

Selain tu, kempen pendidikan dan kesedaran Orang Asli mesti ditingkatkan khususnya dalam aspek kepentingan vaksinasi dan kelestarian alam sekitar, selain pengukuhan kemudahan asas seperti kesihatan, kesihatan, elektrik, dan liputan internet serta telefon. Isu memartabatkan status pemilikan tanah Orang Asli perlu diberikan perhatian juga – agar kedudukan mereka lebih jelas menerusi kaca mata perundangan selain dapat menghalang tragedi serupa daripada berulang pada masa akan datang.

Kita perlu sedar betapa pentingnya memelihara ekologi alam sekitar yang menjadi kediaman majoriti masyarakat Orang Asli. Rakyat Malaysia perlu melihat tragedi ini dengan kaca mata kepentingan menjaga alam sekitar untuk memahami kesan negatif eksploitasi keterlaluan terhadap alam sekitar terhadap kehidupan manusia.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print