Pembangunan Taman Sri Muda bukan punca banjir di Selangor, ini penjelasan kerajaan negeri

bh banjir2 taman sri muda

Berikutan banjir yang berlaku baru-baru ni, Taman Sri Muda antara kawasan yang hangat dibicarakan warganet. Apa taknya, situasi banjir kat Taman Sri Muda agak teruk dan jarang berlaku sehinggakan pihak kerajaan negeri dikatakan sukar nak gerakkan operasi penyelamatan lantaran kekurangan pengalaman hadapi banjir. Maka, timbullah beberapa dakwaan bahawa pembangunan Taman Sri Muda ni tak sepatutnya dilakukan pun.

Demi membidas dakwaan tersebut, pihak Exco Selangor dah tampil menjelaskan hal sebenarnya. Diorang kata, pembangunan kawasan Taman Sri Muda ni takde masalah sebenarnya dan semuanya berpandukan peraturan-peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

taman sri muda
Via Utusan

Taman Sri Muda didakwa sepatutnya jadi tapak takungan banjir, ramai gesa siasat kes ni

Gempar di laman sosial tentang dakwaan bahawa Taman Sri Muda tu sebenarnya dikhaskan jadi tapak takungan banjir, namun dibangunkan pulak jadi kawasan perumahan. Menurut Pengerusi Eksekutif Kumpulan Karangkraf, Datuk Hussamuddin Yaacub:

“Saya menerima maklumat dari sumber yang berwibawa yang mendakwa, Sri Muda sepatutnya menjadi tapak takungan air banjir. Tetapi ia telah dijual kepada pemaju perumahan.

Pemaju sepatutnya mengisi semula 2 meter tetapi ia tidak dilakukan… Pastikan semua yang terlibat bertanggungjawab dan membayar harga akibat jenayah yang dilakukannya ,” – seperti yang dilaporkan Malaysia Dateline

taman sri muda pemaju
Via Trendsmap

Dakwaan ni menyebabkan ramai kecam kerajaan negeri sebab ia memperlihatkan bahawa kerajaan negeri dan pemaju ni seolah tak kisah dan tak peduli terhadap potensi impak banjir yang berlaku baru-baru ni. Lebih teruk, ramai yang terperangkap tanpa bekalan makanan serta kesejukan berhari-hari di atas bumbung rumah diorang.

Dakwa Hussamuddin lagi, pihak berkuasa mesti siasat semula sama ada wujud amalan rasuah dalam projek perumahan Taman Sri Muda. Sambungnya lagi, selain Sri Muda ni sepatutnya jadi kawasan takungan air banjir… ia dijual pulak kepada pemaju untuk projek perumahan.

Zin Mahmud, tokoh wartawan menerusi artikelnya yang tersiar dalam Malaysia Now jugak berkongsi pengalamannya pada 1997. Katanya, dia pernah melawat kawasan Taman Sri Muda ketika ia baru je terbina. Masa tu, dia pun terfikir jugak bagaimanalah nak dialirkan air sungai kalau ia melimpah ke kawasan taman perumahan tu. Memetik perkongsiannya;

“Saya pernah pergi ke Taman Sri Muda pada tahun 1997. Pada masa itu tidak banyak bangunan yang dibina seperti sekarang.

Saya pergi ke kawasan paling hujung taman itu dan berdiri hampir dengan sungai. Lalang dan pohon sendayan memisahkan jalan dengan sungai.

Di seberang kawasan perumahan itu adalah ladang kelapa sawit. Saya memerhati bahawa air penuh di sungai dan ia mengalir perlahan menuju kuala. Sementara kawasan perumahan itu dirasakan begitu rendah.

Terdetik dalam hati saya ketika itu ialah kalaulah air melimpah dari sungai, ia merupakan sesuatu yang tidak mustahil, pasti rumah-rumah teres akan ditenggelami air.

Saya juga pernah melalui kawasan Subang Jaya, Kelana Jaya dan Puchong sebelum dibangunkan pada tahun 1980-an. Ketika itu ia penuh dengan lombong-lombong bijih timah.

Dari jalan, kelihatan lombong-lombong itu penuh dengan air. Apabila lombong-lombong itu dikambus dan dibina bangunan-bangunan, tentu menjadi persoalan, ke manakah air itu disalurkan?

peta taman sri muda
Peta kini Taman Sri Muda, dikelilingi sungai.. -via Reddit

Exco Selangor bidas dakwaan, semuanya dah patuh pada peraturan yang dikenakan

Kerajaan Selangor nafikan dakwaan pembinaan perumahan jadi punca kawasan tu terjejas teruk. Exco Infrastruktur dan Pertanian negeri Izham Hashim kata;

“Tiada kena mengena. Perumahan dan tanah ini ada pemiliknya dan kebenaran merancang telah diperoleh pada 2015 dan submission bangunan diluluskan 2017, maknanya ia mematuhi segala yang kita minta termasuk dari segi kawasan penampan dan kolam takungan bawah tanah,”- seperti yang dilaporkan Malaysiakini

pintu air taman sri muda
Pintu air Taman Sri Muda dikatakan rosak akibat banjir.. -Via Malaysiakini/Facebook

Ni susulan video yang tular berkenaan sorang wanita yang mendakwa pembinaan perumahan tu sebagai punca kejadian banjir di kawasan tu. Fakta tu pulak mirip dengan dakwaan awal bahawa projek perumahan tu tak dibina sesuai dengan syarat teknikal yang dikatakan gagal dipatuhi pemaju.

Izham menjelaskan, kejadian banjir di Taman Sri Muda sebagaimana yang dah dimaklumkan sebelum ni iaitu ekoran jumlah taburan air hujan yang luar biasa dan kejadian air pasang. Sambungnya;

“Taman Sri Muda berada di kawasan rendah dan apabila berlaku air pasang dan ada aliran balik, kami perlu tutup pintu ini, kalau tidak air dari Sungai Rasau dan Sungai Klang akan masuk ke sini.

Bila kami tutup, kaedah yang kami gunakan adalah pam tetapi kejadian banjir baru-baru ini menyebabkan semua pencawang elektrik tenggelam dan bekalan elektrik terputus. Dua tempat untuk proses mengepam air keluar juga terjejas iaitu di pintu air dan kolam takungan yang digantikan dengan cara manual,”- seperti yang dilaporkan Malaysiakini

pintu air1
Via Berita Harian

Untuk langkah segera, kawasan Taman Sri Muda akan ditambah lagi satu pintu air yang lebih berkuasa tinggi iaitu boleh pam 5,100 liter sesaat. Ia dijangka siap dalam masa setahun dan disediakn alat mengepam air berkuasa tinggi mudah alih yang tak bergantung kepada kuasa elektrik. Selain tu, kerajaan negeri jugak akan kenal pasti kawasan untuk dibina lebih banyak kolam takungan atau kolam takungan bawah tanah yang lebih besar selain tingkatkan kapasiti pam untuk atasi isu banjir di Selangor pada masa hadapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *