Tiada pengeluaran i-Citra untuk mangsa banjir, dah banyak bantuan lain

kwsp

Sejak pandemik melanda dunia, pengeluaran kemudahan i-Citra merupakan salah satu inisiatif yang mengundang kontroversi. Idea i-Citra ni banyak yang menentang, dan banyak jugak yang sokong demi kelangsungan rakyat. Selepas pembayaran kali kedua, ramai masih lagi berharap i-Citra akan diteruskan khususnya selepas banjir baru-baru ni. Ada jugak yang minta tak lagi benarkan pengeluaran i-Citra, atas sebab kegusaran wang pencen mungkin tak cukup untuk persaraan nanti.

Oleh demikian, PM Ismail Sabri mengesahkan kenyataan KSWP baru-baru ni tentang pengeluaran i-Citra buat kali kedua. Katanya, bantuan sekarang ni dah boleh dikira cukup untuk semua khususnya selepas banjir.

pm ismail sabri banjir
Via Harian Metro

Persatuan pekerja minta kerajaan tak benarkan pengeluaran i-Citra, risau pekerja sukar gantikan caruman

Pemangku Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani berpandangan, berikutan pengeluaran i-Citra dulu, ahli terpaksa bekerja lebih lama demi gantikan caruman lalu. Dalam kenyataan yang dipetik Berita Harian pada 14 Disember 2021, beberapa cadangan lalu bagi membantu KWSP bina semula simpanan seperti kadar dividen yang berbeza atau fokuskan projek bernilai tinggi tu tak cukup. Ni kerana impaknya terlalu kecil bagi ubah keadaan sebahagian besar ahli.

“Ini memandangkan hampir separuh daripada mereka mempunyai kurang daripada RM10,000 dalam simpanan persaraan. Ramai ahli yang meminta pengeluaran tambahan ini pula berdepan hutang tertunggak atau perlu menampung perniagaan mereka untuk menyara hidup walaupun ekonomi semakin pulih,”- seperti yang dilaporkan Berita Harian

citra kwsp
Via Buzzkini

Mohd Effendy yang juga Timbalan Presiden MTUC kata, kerajaan sebaliknya perlu sediakan pelbagai bantuan tambahan termasuk bagi peniaga kecil seperti geran, pinjaman bersubsidi dan kredit yang dijadikan sebahagian daripada pakej rangsangan sama ada melalui bank atau secara terus menerusi agensi kerajaan.

Mengikut laporan media pada 9 Disember lalu, isu pengeluaran i-Citra RM10,000 kali terakhir akan dibincangkan serta diperhalusi oleh PM Ismail Sabri dan Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz. Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia (UNI-MLC) pulak gesa pengeluaran i-Citra ditamatkan, malah berpendapat KWSP akan lari daripada matlamat penubuhannya kalau benarkan pengeluaran berterusan.

“UNI-MLC menggesa KWSP menghentikan segera skim i-Citra dengan mengambil kira desakan banyak pihak yang berpendapat ia tidak wajar kerana boleh menjejaskan kehidupan pekerja selepas bersara,” – seperti yang dilaporkan Berita Harian

kwsp icitra
Via MalaysiaGazette

Setiausaha Eksekutif Kesatuan Kebangsaan Pelaut-Pelaut Semenanjung Malaysia (NUSPM), Ikmal Azam Thanaraj Abdullah jugak berpandangan sama. Kerajaan bertanggungjawab untuk bantu pekerja yang perlukan sokongan kewangan.

“Mereka yang mempunyai masalah seperti terlewat membuat pembayaran balik hutang boleh mendapat bantuan bank dalam memberi kelonggaran dan aduan mengenai bank yang tidak memberi maklum balas pula boleh dirujuk terus kepada Bank Negara Malaysia.

Lebih penting lagi, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) mempunyai kuasa untuk menstruktur semula mana-mana pinjaman pengguna dan boleh membantu ahli KWSP terbabit menguruskan beban hutang mereka,”- seperti yang dilaporkan Berita Harian

permohohan icitra
Via Harian Metro

Pada masa kini, 48% pencarum KWSP berusia bawah 55 tahun mempunyai simpanan KWSP pada tahap kritikal, manakala jangka hayat penduduk Malaysia pula lebih panjang iaitu sehingga 72 tahun bagi lelaki dan mencecah 77 tahun bagi perempuan. Jumlah keseluruhan ketiga-tiga pengeluaran  khas KWSP kini meningkat kepada RM101 bilion yang membabitkan seramai 7.35 juta ahli dana persaraan tu.

PM Ismail Sabri takde hasrat benarkan pengeluaran i-Citra, bantuan untuk mangsa banjir mencukupi

Akibat banjir yang menimpa ratusan ribu orang di beberapa negeri, ramai jugak tertanya-tanya sama ada kerajaan nak luluskan i-Citra KWSP bagi kali kedua. Menjawab persoalan tu, PM Ismail Sabri kata dah pelbagai kemudahan kewangan dah cukup untuk membantu mangsa banjir di seluruh negara.

“Tujuan mewujudkan KWSP ini adalah untuk simpanan pada hari tua, dari segi akta KWSP memang tidak boleh dikeluarkan awal kecuali beberapa kali kita kecualikan.

Ada banyak kemudahan diumumkan kepada mangsa banjir. Jika ada yang mahu buka perniagaan untuk yang terjejas banjir, Tekun (Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga) menawarkan pinjaman RM10,000 tanpa faedah dan moratorium, iaitu tidak perlu bayar balik pinjaman selama setahun,”- seperti yang dilaporkan Harian Metro

Kerajaan jugak berkongsi rasa bimbang dengan jumlah baki simpanan dalam akaun pencarum KWSP. Ni kerana susulan dua kali pengeluaran menerusi i-Sinar dan i-Citra dengan ada antaranya berisiko menjadi miskin tegar selepas pencen. Misalnya bagi membeli barang keperluan rumah, Bank Simpanan Nasional (BSN) akan beri pinjaman persendirian RM10,000 tanpa faedah dan moratorium selama 6 bulan.

“Kerajaan sudah sediakan kemudahan ini. Jika apa yang disediakan ini digunakan, insya-Allah ia boleh membantu mangsa banjir,”- seperti yang dilaporkan Harian Metro

infobantuandaruratbanjir2021semenanjung
Via PMO

Beberapa bantuan dah diumumkan sebagai inisiatif meringankan beban yang terbahu pada para mangsa banjir. Harapan kami pulak, semoga inisiatif ni jugak dimudahkan perjalanan proses dan urusannya buat mangsa banjir. Salah satu masalah lazim dalam urusan bantuan kewangan ni adalah kesukaran proses nak dapat kelulusan bantuan tersebut.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *