Skip to content
-
Subscribe to our newsletter & never miss our best posts. Subscribe Now!
Orangkata.my
Orangkata.my
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
  • Home
  • Isu Semasa
  • Politik
  • Global
  • Agama
  • Tokoh
  • Sejarah
  • Filem
  • Sukan
Close

Search

  • https://www.facebook.com/
  • https://twitter.com/
  • https://t.me/
  • https://www.instagram.com/
  • https://youtube.com/
Subscribe
Berita

Perkhidmatan balik raya guna helikopter, rakyat Kelantan teramai

By Editor
May 31, 2019 2 Min Read
Comments Off on Perkhidmatan balik raya guna helikopter, rakyat Kelantan teramai

Pulang ke kampung halaman ketika musim perayaan boleh jadi tak menyenangkan, lebih-lebih lagi kalau kena hadap kesesakan jalan raya. Benda boleh sampai dalam 2-3 jam boleh terlajak sampai 7-8 jam sebab banyaknya manusia yang nak balik raya. Kami adalah juga berkawan dengan beberapa orang Kelantan, dan diorang kata memang sesak nak masuk Kelantan apabila tiba musim perayaan. Perantau dari negeri tu akan berpusu-pusu balik kampung, dan jalan jadi sesak.

Bila dah tak tahan hadap jem. Via Giphy

Ada cara baru untuk pulang kampung tanpa hadap jem

Mungkin disebabkan benda ni orang-orang kaya Kelantan tak lagi risau untuk menempuh kesesakan jalan raya atau bimbang tiket pesawat komersial habis pada musim perayaan Aidilfitri. Sebabnya golongan berkemampuan seperti mereka kini memilih untuk balik ke kampung halaman menyambut lebaran dengan menyewa helikopter.

Benda boleh terbang, buat apa naik kereta. Via Awani

Menurut laporan portal berita Sinar Harian, sekurang-kurangnya 20 buah helikopter disediakan bagi perkhidmatan, ‘Balik Raya Elak Jem’ di musim perayaan Aidilfitri ini. Perkhidmatan menyewa helikopter untuk balik kampung merupakan kali pertama diperkenalkan oleh syarikat pengurusan, Hazmi Dimasyq Group.

Menurut pemilik syarikat berkenaan, Hazmi Hanipa, 31, sebelum ini perkhidmatan menyewa helikopter dan jet peribadi sudah diperkenalkan mereka sejak tiga tahun lalu.

Kebiasaannya juga, jelas Hazmi, perkhidmatan berkenaan menjadi pilihan ahli perniagaan.

“Ini merupakan tahun pertama untuk perkhidmatan sempena hari raya. Setakat ini, kita mendapat 11 permintaan yang mana paling tinggi adalah penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu,” kata beliau seperti yang dipetik dari Sinar Harian

Harga penerbangan tu bukan murah, RM30k sehala

Hazmi berkata, penerbangan pertama akan bermula pada 3 Jun ini dan harga sewa penerbangan ke Kelantan mencecah RM30,000 untuk sehala.

“Kita menyediakan lebih 20 buah helikopter untuk musim raya ini manakala penerbangan hari biasa melibatkan enam buah sahaja. “Untuk Kelantan sahaja, kita ada empat penerbangan setakat ini. Kita menyediakan dua jenis helikopter iaitu muatan tiga dan enam penumpang,” ujar Hazmi.

Kalau naik benda ni? Boleh tak? Via 4gifs

Anak jati Kampung Renok Baru, Gua Musang ini tidak pernah menyangka perkhidmatan itu mendapat permintaan tinggi khususnya dalam kalangan ahli perniagaan. Untuk penerbangan enam penumpang, Hazmi berkata, harga sewanya mencecah RM17,000 untuk satu jam. Dengan menaiki helikopter, penerbangan dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu memakan masa tiga jam.

Nampaknya bagi mereka yang berduit, tak perlulah lagi nak hadap jalan yang jem sebab dah ada alternatif pengangkutan lain. Bagi yang rasa tak mampu nak bayar RM30k tu, nampaknya korang kenalah rancangan perjalanan dengan bijak.

Author

Editor

Follow Me
Other Articles
Previous

Pemandu Grab dibunuh, orang mula cadangkan pasang pelindung pemandu

Next

Gadis ni sanggup terbang 6,700km ke Azerbaijan kerana Arsenal

arquitecturaenacero.org
ccsuweb.in
humanics-es.com
iuorao.ru
missia.org

Kategori

betandreas
mostbet
вавада
casino kent
pin up casino
mizky.com
nayora.org
prockomi.ru
provegas.ru
smallteaching.com
мостбет

Arkib

1 win
пин ап казино казахстан
1win
пин ап казино
пин ап казино официальный сайт
pinup
vulkan vegas
вавада казино
7slots
grandpashabet
top 10 online casino belgië
пинап

Nak cari apa?

7к казино
1win
pinco casino
nettcasino
пин ап казино
olimp casino
VAVADA Kasino Croatia bonus
Драгон мани бонусы
pin up
vulkan vegas
1 win
pinco casino giriş
казино
мостбет казино
1win
7к казино
pinap
Copyright 2026 — Orangkata.my. All rights reserved. Blogsy WordPress Theme