Pemandu Grab dibunuh, orang mula cadangkan pasang pelindung pemandu

Pemandu Grab dibunuh, orang mula cadangkan pasang pelindung pemandu

Pemandu e-hailing bukanlah semata-mata ambik pemandu, kemudian turunkan. Sekali-sekali diorang kena hadap perangai penumpang yang macam-macam. Kalau tak bernasib baik, diorang juga terdedah kepada jenayah yang mungkin akan dilakukan oleh si penumpang. Itulah nasib seorang pemandu e-hailing kat Kota Kinabalu apabila dia dilaporkan hilang Jumaat lalu, dipercayai disamun dan dibunuh sebelum mayat mangsa dibuang di kawasan semak dekat pantai Kampung Shahbandar, Tuaran.

Mangsa telah disamun dan dibunuh, pada bulan Ramadan pulak tu!

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Omar Mammmah, berkata hasil siasatan polis dan kerjasama syarikat Grab, polis berjaya mengesan dua penumpang terakhir yang menggunakan khidmat Grab dipandu mangsa. Susulan itu, polis berjaya mengesan dan menahan dua lelaki di kawasan parkir 1 Borneo, dua hari yang lepas.

“Hasil soal siasat, kedua-dua suspek mengaku membunuh mangsa sebelum membuang mayatnya di kawasan semak di Kampung Shahbandar, Tuaran,” katanDatuk Omar Mammmah pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sabah, di Kepayan, seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian

Lokasi penemuan mayat mangsa. Via Berita Harian

Sejak beberapa hari lepas, tular di media sosial tentang seorang pemandu Grab, Mohd Hanafiee Jaafar, 27, dilaporkan gagal dihubungi ahli keluarga dan rakannya sejak Jumaat lalu.

Pada jam 12.30 tengah malam Ahad lalu, kereta dipercayai milik Mohd Hanafiee ditemui di kawasan tapak bazar Ramadan, Indah Permai, Sepanggar dan pemeriksaan mendapati ada kesan darah di bahagian stereng, brek tangan, pintu depan dan cermin.

Malam tadi, beberapa status dimuat naik di Facebook dan Tweet dipercayai dibuat ahli keluarga Mohd Hanafiee memaklumkan mayat ditemui di Kampung Shahbandar, adalah keluarga mereka yang dilaporkan hilang Jumaat lalu.

Gambar mangsa, moga bersemadi dengan aman. Via KLLB

Siasatan polis mendapati mangsa membawa kedua-dua suspek kira-kira jam 4 pagi Jumaat lalu, dari Kingfisher ke Tuaran. Siasatan juga mendapati sejumlah wang milik mangsa hilang, manakala barang lain masih dalam siasatan.

Suspek adalah seorang warga tempatan dan seorang warga asing

Kedua-dua suspek berusia 20 tahun dan seorang daripadanya adalah warga asing. Kedua-dua suspek juga tidak bekerja. Polis akan memohon reman hari ini ke atas kedua-dua suspek untuk siasatan lanjut.

Mangsa dipercayai sudah meninggal dunia sejak dua tiga hari lalu berdasarkan keadaan tubuhnya yang mula membengkak dan dipercayai kejadian berlaku pada 24 Mei lalu. Siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Suspek utama kejadian. Via KLLB

Sementara itu, Omar berkata, pihaknya masih menjalankan pengecaman ke atas mayat mangsa bagi memastikan mangsa adalah pemandu Grab dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu. Ahli keluarga pemandu Grab sudah dipanggil, tetapi mereka gagal membuat pengecaman itu pemandu Grab terbabit kerana keadaan mayat mulai reput.

Jadi, kita akan menggunakan kaedah lain menggunakan cap jari dan DNA untuk mengenal pasti sama ada mayat itu pemandu Grab terbabit. Bagaimanapun berdasarkan pengakuan, kedua-dua suspek melakukan samun ke atas pemandu Grab sebelum membunuh mangsa.

Ada cadangan untuk pemandu gunakan ‘driver shield’

Memandangkan ini bukanlah kejadian pertama pemandu e-hailing dibunuh oleh penumpang yang diorang ambik, ada cadangan supaya pemandu-pemandu e-hailing pasang ‘drive shield’ kat kereta mereka. Supaya risiko untuk diorang disamun dari belakang kurang. Zaman sekarang ni, macam-macam benda boleh jadi, dan kami rasa cadangan ini agak baik. Korang rasa macam mana?

Ini yang low budget kot. Via FB

 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print