Belanjawan 2021 masih tak dapat membantu rakyat miskin, perlu diubah dengan cepat

F1
Belanjawan 2021 masih tak dapat membantu rakyat miskin, perlu diubah dengan cepat

Sebenarnya kami agak terganggu dengan naratif yang kata masyarakat tak mengalami masalah kewangan kerana produk iPhone 12 Pro dan PlayStation 5 habis dijual. Benda macam ni selalu digunakan oleh ahli politik atau badan kajian untuk dapatkan keputusan yang diorang inginkan. Diorang ambik contoh sekumpulan kecil jumlah masyarakat, kemudian menggunakan ia sebagai gambaran keseluruhan masyarakat.

728 X 90

Semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jualan mi segera melonjak naik – menggunakan logik yang sama, kita boleh katakan ramai orang yang tengah jatuh miskin dan hanya mampu beli mi segera yang murah, tetapi tidak sihat.

Kadang-kadang bermasalah apabila kita serahkan elitis untuk gubal polisi untuk orang miskin

Semasa Belanjawan 2021 dibentangkan di Parlimen, kita beberapa kali dengar perkataan golongan rentan, kemungkinan besar ia diterjemahkan dari perkataan ‘vulnerable’. Seperti kebanyakan terma kerajaan yang dicipta oleh kumpulan elit, selalunya ia akan mengandungi definisi yang tak tepat. Dalam konteks Belanjawan 2021, masih ada kelompok yang berada di bawah masyarakat rentan, tetapi ia kurang diberi perhatian.

Setelah kami baca dokumen Belanjawan 2021, kami dapat simpulkan masyarakat rentan yang dimaksudkan kerajaan adalah orang-orang yang ada potensi atau dah kehilangan kerja. Diorang sekurang-kurangnya ada simpanan Kumpulan Wang Bersatu Pekerja (KWSP) dan mencarum dalam Pertubuhan Keselamatan Pekerja (Perkeso).

Disebabkan benda ni perbahasan berkenaan mengeluarkan simpanan sebanyak RM500 sebulan (maksima RM6,000) dan peningkatan tempoh penggantian gaji dalam Skim Insurans Pekerja (SIP) jadi hujah penting kerajaan dalam mengatakan masyarakat rentan telah dibantu. Inilah yang kami maksudkan kumpulan elitis yang merangka perbelanjaan cenderung untuk terlepas pandang masyarakat yang paling ‘rentan’.

The Swordsman Jang Hyuk Korean Movie Review Joe Taslim
Via Dr. NurulHuda

Kami nak perkenalkan kepada kerajaan satu terma baharu, iaitu rentan tegar. Bantuan yang ditawarkan kepada masyarakat rentan tak akan sampai kepada kelompok rentan tegar. Siapa golongan rentan tegar? Mereka adalah pekerja yang tak memiliki perlindungan sosial seperti KWSP dan Perkeso. Mak cik Kiah yang sering dilaungkan kerajaan adalah contoh yang paling mudah, selaku penjual pisang goreng di bandar, dia tidak memiliki perlindungan seperti ini.

Akibat daripada PKPB yang sering diadakan secara tiba-tiba, pendapatannya terjejas. Apabila rakyat diberi kebenaran untuk mengeluarkan KWSP kelak, dia tidak mampu mengeluarkan apa-apa. Mak cik Kiah juga sedang menyewa rumah – keadaan ini bermakna; walaupun tuan rumah mak cik Kiah akan menerima moratorium, mak cik Kiah tetap perlu membayar sewa rumah. Persoalan kami; dari mana mak cik Kiah ingin mendapatkan wang?

Cukup pelik apabila terlalu sedikit orang yang bercakap pasal Universal Basic Income (UBI)

Barangkali ada yang akan berhujah; kumpulan rentan tegar ini akan dibantu melalui Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) yang menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH). Sejak bantuan sosial ini diperkenalkan pada era Najib Razak – kita mengetahui ia sekadar ‘pelegaan’ bukan jawapan kepada masalah kehilangan pendapatan.

F2
Rakyat berkemungkinan akan keluarkan semua wang simpanan mereka. Via TV3

Jika pada situasi normal sahaja bantuan sosial ini tidak cukup dan akan habis kurang daripada sebulan, apa yang membuatkan kita yakin bantuan ini cukup ketika kita berhadapan Covid-19?Melihat situasi pada hari ini, sudah masanya kita mula bercakap tentang Universal Basic Income (UBI) yang boleh dilaksanakan dalam masa 2-3 tahun untuk kumpulan rentan tegar ini.

Kami yakin perbelanjaan tahunan UBI akan lebih rendah berbanding peruntukan yang diberikan kepada JASA. Pemberian pendapatan asas dalam jumlah yang kecil ini akan memastikan tidak akan ada rakyat yang kelaparan. Ia juga latihan yang baik kepada negara – sama ada kita suka atau tidak, pada masa hadapan UBI tetap akan dilaksanakan. Mengapa?

Kebanyakan pekerjaan akan diambil alih oleh mesin dan robot. Ia mungkin akan berlaku dalam 20-30 tahun lagi, ia adalah krisis kehilangan pekerjaan yang hampir sama dengan situasi pandemik hari ini. Kerajaan tidak perlu takut untuk berbelanja dan memberi unjuran kayangan yang terlalu optimis tentang keadaan ekonomi kita. Perbelanjaan harus tertumpu untuk membantu kumpulan rentan dan rentan tegar untuk meneruskan kehidupan mereka.

Kita harus fokus pada perbelanjaan yang akan membantu rakyat, jangan membazir

Masih banyak perbelanjaan pembangunan yang dibentangkan di dalam Belanjawan 2021 yang boleh ditangguhkan, dan pemberian wang kepada Jasa misalnya, boleh dibatalkan. Dana-dana ini boleh dimasukkan dalam apa-apa inisiatif bantuan sosial yang amat mendesak. Belanjawan yang baik adalah belanjawan yang inklusif, bukan elitis.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram
Share on skype
Share on linkedin
Share on pinterest
Share on tumblr
Share on email
Share on print
Scroll to Top